Pages

Saturday, 22 December 2012

LAWATAN MQA : ADAKAH KUIN YAKIN AZHARUDIN MAMPU BERHADAPAN ?

22 Disember - Setelah diasak oleh media dan masyarakat yang prihatin , maka esok (23 Disember) dan lusa pihak MQA akhirnya turun untuk membuat penilaian terhadap program Ijazah Sarjana Quran yang tidak diberikan perhatian oleh Jamil dan adik angkatnya Azharudin.

Kita tunggu apa pulak nak dikelentongkan kepada pihak MQA... kalau tak tipu bukan KUIN namanya... itu slogan yang dididik Jamil dalam berhadapan pihak Kementerian termasuk isu setara 2011. Kita nantikan ajer....!!



KUIN DALAM MEDIA CETAK 22 DISEMBER




Kosmo

Berita Harian Nasional

Metro


KUIN LEPAS TANGAN ISU GRADUAN IJAZAH AL QURAN TIDAK DIIKTIRAF MQA

Presiden GPMS Kedah sedang membuat kenyataan akhkbar

Sumber :
Bernama
Utusan Malaysia Nasional
Sinar Utara
Kosma Setempat
malaysiakini.com

22 Disember , ALOR SETAR: Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah sedia mengatur pertemuan tujuh graduan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) dengan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkaitan isu Ijazah Sarjana Muda al-Quran dan al-Qiraat mereka yang tidak diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Pengerusi GPMS Kedah, Shamsul Bahar Abd Rani, berkata pihaknya terpanggil membantu tujuh graduan itu selepas pengurusan Kuin serta kerajaan negeri gagal menangani dan dilihat bersikap lepas tangan.


Menurutnya, pada masa sama, GPMS juga kesal kerana sehingga kini pengurusan Kuin masih belum bertemu dan berbincang dengan graduan berkenaan walaupun banyak desakan sudah dilakukan pelbagai pihak.


“GPMS dimaklumkan wakil tujuh graduan itu bahawa pengurusan tidak pernah memanggil atau berjumpa dengan mereka untuk memberi penjelasan berhubung status pengiktirafan ijazah mereka selepas konvokesyen pada September lalu.


“Bagaimanapun, kami difahamkan pada 19 Disember lalu, barulah pengurusan Kuin melalui timbalan dekannya menghubungi seorang graduan untuk membincangkan isu berkenaan.

“GPMS ingin mempersoalkan sikap pengurusan Kuin yang mengambil tempoh lama bagi menghubungi graduan berkenaan menyebabkan masa depan mereka terumbang-ambing selepas tidak diambil bekerja kerana tidak diiktiraf MQA,” katanya pada sidang media di pejabat GPMS Kedah, di sini, semalam.

Friday, 21 December 2012

KISAH JAMIL DIBEKUKAN JEMPUTAN KONVO KHAS UUM

DAULAT TUANKU DARIPADA KAKITANGAN KUIN YANG DIZALIMI OLEH JAMIL

Universiti Utara Malaysia telah berjaya adakan Konvokesyen Khas untuk menganugerahkan Ijazah Kehormat Dr Falsafah Kepimpinan Keamanan kepada Presiden Republik Indonesia  di Istana Negara pada 19 Dis 2012, 

Bagaimanapun cerita menarik  dalam konvo khas ini ialah, pihak urusetia jemputan Konvo Khas UUM  memaklumkan bahawa jemputan kepada Rektor KUIN (jamil Palsu) dibekukan atas arahan Istana Negara.

Belum pernah lagi dalam sejarah Rektor KUIN, jemputan konvo dari UUM dibekukan.  Jamil kena faham isyarat yang diberi oleh UUM, kalau arahan dari Istana Negara macam tu, banyak-banyaklah muhasabah diri, sembahyang taubat banyak2 semak balik di mana kesilapan yang telah dibuat, kenapakah KUIN disingkirkan sedangkan KDYMM Tuanku Sultan Kedah juga SPB YDP Agong adalah Canselor UUM dan KUIN.

Rupa-rupanya pekung busuk Jamil telah sampai kepada Tuanku Canselor, menyebabkan  imej Tuanku turut tercalar.  Kenapa UUM diberi penghormatan adakan konvo khas di  Istana Negara sedangkan KUIN dok tetap tarikh 17 Jan 2013 di Kuala Ketil sampai hari ni belum dapat sebarang maklum balas dari Pejabat Tuanku.

Untuk makluman Jamil, pegawai2 istiadat Tuanku dah meluat sangat2 kat Mr F yang sangat  sombong, sampai depa tak mau berurusan.  selagi berok-berok  Azizan yang macam  ni dok p tehegeh2 ke Pejabat Tuanku,  tak dak sapa nak layan, depa nak muntah sangat2 .   

Tuesday, 18 December 2012

2012 BAKAL MELABUH TIRAI DENGAN TEKANAN KEBAJIKAN KAKITANGAN KUIN

Minggu ini bank adalah menjadi pusat tumpuan orang ramai kerana mendapat gaji serta bonus hadiah daripada Jabatan masing-masing. Nampak semua bersemangat bagi membeli peralatan persekolahan anak-anak di samping perbelanjaan harian yang lain.

Seorang guru yang ditemui di Bank Islam Jalan Pegawai berkata, duit gaji plus bonus tahun ini akan digunakan untuk anak-anak saya yang 3 daripadanya akan menduduki peperiksaan SPM , UPSR dan PMR tahun 2013. Wajahnya nampak semangat dan ceria.

Suasana semangat dan bermotivasi  selepas bertungkus lumus bekerja ubtuk Jabatan ini tidak ada di KUIN. Di KUIN kebajikan diabaikan , soal periuk nasi kakitangan ibarat telur dihujung tanduk, berbeza dengan kroni Jamil yang diberikan gaji tinggi walaupun bekas seorang penjenayah dan rakan-rakan Jamil yang nak dapat duit secara mudah.

kakitangan KUIN diabaikan kebajikan , tiada pembelaan bahkan siapa yang cuba untuk membetulkan keadaan, mereka akan dikenakan tindakan tukar, amaran, nama blacklist, temuduga tak dapat dan lain lain kezaliman ala hiyler oleh kuncu-kuncu Jamil. Kebajikan kakitangan di KUIN sudah di'peronyok' oleh Jamil Palsu, antaranya seperti berikut :

APA PULAK YANG JAMIL NAK BOHONG PADA DATO L

Semasa  awal kedatangan Dato Barni ke KUIN dari D.O Kubang pasu, jamil cuba mempelagakan Dato Barni dengan ramai kakitangan KUIN dengan membuat cerita-cerita palsu.

Taktik Jamil ketika itu mudah iaitu Jamil nak cuci tangan dengan kisah palsu rekaannya agar dato Barni akan bersengketa dengan kakitangan KUIN. Namun usahanya gagal kerana rancangan jahat pasti akan gagal

Kini , kemasukan Pendaftar baru KUIN Dato'  Hajjah Latipah, Jamil pasti akan menggunakan pendekatan yang sama untuk menerangkan kemelut yang berlaku adalah bukan salah Jamil sebagai rektor tetapi Jamil ada strateginya yang tersendiri.

Kita harap Dato L pandai-pandailah dengan taktik Jamil..... dengar boleh, percaya jangan.... Jika sarang tebuan tak diganggu , tebuan tak akan menyengat.

APA PULA SELEPAS BERSIH KUIN 3.0 GELOMBANG PUTIH

Pihak gerakan BERSIH KUIN telah berpakat dan setuju untuk mengajurkan satu lagi desakan yang akan dimaklumkan kepada semua kakitangan KUIN dalam masa yang terdekat.

Jamil yang telah melakukan kezaliman kepada kakitangannya perlu akur bahawa kewujudannya di KUIN telah menghancurkan kredibiliti KUIn dan mengabaikan hak dan kebajikan kakitangan KUIN.

Persoalannya .. nak buat apa.. itulah strategi..Nantikan arahan dari masa ke semasa.


SEORANG YANG BESAR DALAM KUIN JATUH SAKIT ?

Admin menerima email memaklumkan seorang orang kuat jamil  dan juga orang Besar dalam KUIN mengalami masalah kesihatan dan dikhabarkan mengalami masalah darah. Kisah bermula di Highway PLUS

Apa-apa penyakit pun sebagai manusia dan orang Islam mari kita doakan agar Allah memberikan kesembuhan kepada beliau demi kebajikannya dan anak isterinya

Monday, 17 December 2012

KUARTERS KAKITANGAN KUIN DIPOTONG BEKALAN AIR: DEDAHKAN KEPINCANGAN KEWANGAN KUIN


 
 
 
 
Kemelut kewangan KUIN kini menular ke Kuarters Seberang Perak yang diduduki oleh pensyarah dan pentadbiran KUIN. Menurut sumber maklumat yang diperolehi mengesahkan bahawa KUIN tidak menjelaskan hampir RM 100 ribu bil air yang tertunggak kepada pihak sada. Menurut sumber juga bekalan air ke kuarters telah dipotong bermula semalam gara-gara KUIN gagal membayar tunggakan tersebut kerana KUIN tidak ada duit. 

Ini membuktikan bahawa pentadbiran JAMIL bukan hanya menganiya kakitangan KUIN sahaja juga melibatkan keluarga kakitangan yang tidak berdosa. Kuarters perguruan seberang perak didiami sebahagian besar kakitangan KUIN termasuklah beberapa pembesar KUIN seperti Wan Sulaiman, Pak Ya Man dan Wan Kualiti.




JAMIL PALSU MEMANG SUKA TIPU. TAKUT REPUTASI JATUH, JAMIL BOHONG DALAM TV 9


VIDEO BERSIH JAWAB PEMBOHONGAN AZIZAN

PEMBANGUNAN MATERIAL LEBIH DIUTAMAKAN AZIZAN DAN JAMIL BERBANDING MODAL INSAN

Azizan dalam ucapan-ucapan diseluruh negeri Kedah hari ini mesti akan mencanangkan mengenai perkembangan Kuin terutama pembinaan kampus baru dan penambahan program pengajian dari 8 program ke 48 program pengajian.

Tetapi adakah Azizan dalam setiap ucapannya ada menyebut kepada rakyat Kedah disamping kampus baru dan penambahan program pengajian kerajaan Kedah juga memberi insentif kepada semua staf Kuin dengan menaikkan gaji mereka 13% dan juga bonus tahunan kerana komitmen mereka sehingga Kuin berjaya membuka 48 program. Inilah hakikat yg harus diterima oleh staf Kuin apabila pemimpin yg bersandarkan kpd Islam hanya bercakap pasai kejayaan meterial semata tanpa memperdulikan hal2 keinsanan.

Rakyat kedah kena faham disebalik pembinaan kampus baru dan penambahan program pengajian staf Kuin tidak mendapat kenaikan gaji dan bonus tahunan seperti yg mereka perolehi sebelum thn 2008. Malah potongan gaji mereka juga tidak dibayar kpd pihak ketiga menyebabkan ramai staf yg disenaraihitamkan dan nama Kuin juga telah tercalar dikalangan institusi kewangan. Malangnya staf Kuin dibawah pemimpin yg berkata mereka memperjuangkan Islam.

Tuesday, 11 December 2012

MR SS JANGAN PERSENDAKAN KAKITANGAN

Rentetan daripada kes laporan Polis yang dilakukan oleh sebagian staff tetap KUIN, Mr SS berkata , dengan tindakan laporan polis , tiada apa yang dapat daripada perkara tersebut.

Mr SS perlu sedar bahawa apabila laporan polis dibuat barulah jamil terhegeh-hegeh nak bayar. Jika kakitangan berdaim diri, mungkin Jamil akan tunda bayara tunggakan sehingga bulan 12.. Tapi takut nak jawab dengan polis, kenalah juga bayar walaupun tak ada duit.

Jangan jadi bengkang ...

JAMIL PENING MAJLIS KONVO ZERO BUDJET

Jamil sedar bahawa KUIN di bawah pentadbirannya gagal . Jamil tak berani berhadapan dengan kakitangan. Terkini Jamil pening kepala sebab budjet untuk menjayakan Majlis Konvo Khas telah banyak dipotong oleh Kerajaan negeri, walaupun Jamil menerima mandat melaksanakan Konvo Khas dari kekasihnya Azizan yang kini sedang berada di Timur Tengah.

lagi memeningkan kepala SPB YD Agong masih tidak memberikan perkenan jawapan terhadap tarikh 17 Januari. Jamil sangat runsingkepala.

Konvo Khas yang tiada peruntukan yang cukup tersebut lebih dikenali oleh kakitangan KUIN dengan Konvo Zero Budjet. Apa taknya Zero Budjet... semua kerja nak disuruh buat oleh Jamil tetapi tiada peruntukan. Contoh seperti jamuan tengahari , dicadangkan orang kampung akan memasak mengikut PAS cawangan / bahagian. Selapas masakbaru akan diangkut ke Kuala Ketil....Isyyyhhh apanya pemikiran orang ekonomi tue.. tu bukan ekonomi tapi semekedekut.

Monday, 10 December 2012

JOM SAKSIKAN MB BERBOHONG RAKYAT KEDAH

MB Jawab Isu KUIN VS Bersih KUIN : KUIN Swasta


MB Jawab Isu KUIN VS Bersih KUIN : Syaya Beli KUIN