Pages

Wednesday, 29 May 2013

PERBINCANGAN BERSIH KUIN DENGAN KERAJAAN KEDAH : KENAIKAN 13 % AKAN DIBERIKAN KEPADA STAF KUIN

Pihak BERSIH KUIN boleh dikatakan sentiasa berbincang dan mengadakan pertemuan dengan pihak yang yang bertanggungjawab dari pihak Kerajaan terhadap KUIN. 

Hasilnya pihak Kerajaan telah bersedia untuk memulihkan kembali semangat dan motivasi staf dengan memberikan semula kenaikan gaji 13 % kepada kakaitangan KUIN. Ini selaras dengan apa yang dinikmati oleh pegawai Kerajaan yang lain.

Berita gembira ini kemungkinan akan diumumkan sendiri pada Majlis perjumpaan kakitangan KUIN bersama pihak Kerajaan Negeri.

TEMBELANG JAMIL TERBONGKAR PERGUNAKAN PELAJAR

Wakil pelajar sendiri yang memberitahu mereka adakan pertemuan dengan Jamil
Tembelang Jamil mempergunakan pelajar dalam era pentadbirannya dengan mencaturkan mahasiswa KUIN terbongkar baru-baru ini ketika perjumpaan antara exco Kerajaan Negeri dan MPM diadakan di KUIN Mergong.

Ketika salah seorang perwakilan pelajar membangkitkan masalah pelajar antaranya kedudukan asrama dan kemudahan kelas yang tidak selesa amat mengejutkan kerana sebelumm ini mereka mengeluarkan kenyataan akhbar dalam akkhbar tempatan bahawa pelajar selesa dengan asrama yang disediakan (walaupun pelajar berpindah randah) . Perkara ini ditegur oleh pentadbiran atasan KUIN, kenapa dahulu membuat kenyataan akhbar bahawa semuanya selesa tak ada masalah . Kenapa sekarang baru timbul isu 'tidakselesa' dengan kemudahan KUIN. Apa agenda sebenarnya ?

Wakil pelajar tersebut dengan berani memberitahu bahawa sebelum ini kenyataan akhbar itu dibuat setelah mereka dipanggil oleh Jamil dengan beberapa pegawai tinggi KUIN agar tidak mengeruhkan keadaan dengan kebangkitan staf yang menuntut hak kebajikan . Sebab itulah mereka mengeluarkan kenyataan demikian.

Jika anda tak percaya (KLIK DI SINI) untuk melihat kecelaruan dan pertentangan hujah dan fakta sebelum Pilihanraya dan selepas pilihanraya. Presiden MPM kata student tak ada masalah dan berpuas hati, tapi bila bila jumpa Exco Kerajaan baru , wakilnya kata banyak masalah pulak. Apakah ertinya ini? Kita boleh fikir sendiri lahhh.

Memang BERSIH KUIN sudah menjangkakan bahawa Jamil akan menggunakan pelajar untuk menyelamatkan kedudukan beliau, tetapi Allah Maha kuasa.

Adakah selepas ini pelajar akan digunakan oleh pegawai tertentu untuk menuntut atas nama keselesaaan yang telah lama diabaikan sebelum ini....!

AYUH HAYUNAN BERSIH KUIN 15 JUN INI (SABTU)


Mari daftar segera kejohanan untuk melihat hayunan kasih sayang ukhuwah bowling BERSIH KUIN  15 Jun 2013 (Sabtu)

Tuesday, 28 May 2013

HELIKOPTER MENDARAT DI KUIN KUALA KETIL


helikopter mendarat di tapak masjid

Pandangan KUIN dari atas diambil dari heli


BOWLING BERSIH KUIN BAKAL ERATKAN SILATURRAHIM

Sesiapa berminat untuk menyertai kejohanan Bowling BERSIH KUIN untuk kakitangan KUIN bersama pasangan dan anak-anak masih boleh memberikan nama dengan wang penyertaan sebanyak RM 15 seorang kepada amil BERSIH KUIN.

Pertandingan yang bertujuan mengeratkan silaturrahim ini akan diadakan pada butiran berikut :

Tarikh  : 15 Jun 2013 (Sabtu)
Masa   :  8.30 pagi
Lokasi : Tingkat atas Pasaraya Pacific Alor Setar
Yuran  : RM 15 seorang (3 game)

PERJUANGAN BERSIH KUIN HAMPIRI MATLAMAT TETAPI MASIH BELUM SELESAI

Semua staf KUIN diingatkan agar sentiasa mendekatkan diri pada Allah dan sentiasa berdoa agar Allah memberikan bantuan untuk memulihkan kembali KUIN selepas menghadapi situasi masalah kewangan dan pentadbiran yang sangat teruk.

Kini semua mesti berganding bahu membetulkan keadaan dan bijak dalam mengatur strategi bagi kebaikan kakitangan dan pelajar KUIN.


Thursday, 23 May 2013

AYAHANDA US FAUZI AUDZIR MENINGGAL DUNIA

24 Mei - Ayahanda seorang pensyarah KUIN, Ustaz Fauzi Audzir telah menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah jam 6.30 pagi tadi. ayahanda beliau yang menghadapi masalah strok telah mendapat rawatan di Hospital beberapa hari yang lalu.

Jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan pada hari ini di kampung halaman beliau di Batu Hampar Pendang Kedah.

Kepada kakitangan yang berkesempatan bolehlah menghadirkan diri sebagai tanda persahabata Islam. Kami pihak skuad admin BERSIH KUIN mengucapkan takziah dan semoga Allah mencucuri rahmat Almarhum di kalangan penghuni syurga. AL FATIHAH

SYA'YAA DAN ROMLY ANTARA YANG IKUT JEJAK LANGKAH JAMIL

Sekutu kuat Jamil iaitu Romly dan Sya'yaa masing-masing CEO Insaniah Holdings dan Mantan CEO Insaniah Holdings meletak jawatan dalam Holdings berikutan perletakan jawatan jamil sebagai Rektor KUIN.

Perletakan jawatan mereka berdua adalah dijangka kerana Sya'yaa pernah menimbulkan kontroversi apabila pernah menyatakan hasrat untuk membeli 90 % ekuiti KUIN manakala Romly pulak perletakkan jawatannya dijangka kerana bimbang akan menghadapi tekanan dan desakan kakitangan Holdings kerana masalah kewangan yang dijangka memberi kesan kepada pembayaran gaji bulan Mei ini.

BERSIH KUIN berharap Romly dapat menyelesaikan semua masalah yang ditinggalkannya terutama mengenai krisis kewangan yang dihadapi agar kakitangan Holdings tidak menjadi mangsa.

Jangan sudah berak nak suruh orang lain basuh !

Menurut sumber, CEO anak syarikat lain bakal meletak jawatan hujung bulan ini.

EXCO PENDIDIKAN KEDAH KESAL REKTOR LETAK JAWATAN TANPA MAKLUM

Sumber :

Bernama
Utusan 
Berita harian
Sinar

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Kedah Datuk Tajul Urus Md Zin hari ini meluahkan rasa kesal atas tindakan Rektor Kolej Universiti Insaniah (Kuin) Datuk Dr Jamil Osman yang meletak jawatan secara mendadak.

    
Katanya sekalipun kerajaan negeri kini diteraju BN, Jamil sepatutnya lebih profesional dan mengetepikan perbezaan politik demi menangani masalah yang dihadapi Kuin.
    
"Pagi tadi saya berkesempatan melawat ke Kampus Mergong, Alor Setar dan bertemu dengan kesatuan pelajar. Ada dua rungutan utama iaitu berhubung kelayakan pensyarah dan juga kemudahan asrama serta surau yang perlu ditambah baik, manakala sebelah petang saya berkunjung ke kampus di Kuala Ketil di sini.
    
"Ada beberapa perkara yang perlu dibincangkan dengan rektor, tetapi saya dimaklumkan tadi bahawa rektor sudah menghantar surat peletakan jawatan pada 20 haribulan lalu. Saya juga agak kecewa, sepatutnya rektor juga ada bersama hari ini," katanya ketika ditemui media selepas melawat kampus Kuin di Kuala Ketil.
    
Menurut Tajul Urus, beliau dimaklumkan oleh pihak pentadbiran Kuin peletakan jawatan Jamil berkuat kuasa pada hari beliau menghantar surat iaitu Isnin lepas.
    
Tajul Urus dipertanggungjawabkan Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir untuk melihat masalah yang dihadapi Kuin serta mengemukakan penyelesaian yang menjamin kebajikan pelajar dan warga kerja Kuin.
    
Antara masalah berkenaan ialah dakwaan warga kerja Kuin bahawa pihak pengurusan menyeleweng kerana gagal melakukan caruman kepada pihak ketiga walaupun pemotongan gaji dicatat pada slip gaji mereka.
    
Kerajaan negeri dan Kuin juga terpaksa membayar pinjaman bank sebanyak RM46 juta setahun bagi pembinaan kampus induk di Kuala Ketil. Kampus induk itu juga tidak mempunyai kemudahan asrama yang menyukarkan kehidupan pelajar yang terpaksa berpindah-randah. 
    
BN Kedah mewarisi masalah itu yang timbul ketika Kedah diteraju PAS sejak 2008 hingga pilihan raya umum ke-13, 5 Mei lalu.
    
Mengulas pelantikan rektor baru, Tajul Urus berkata seorang pentadbir akan ditempatkan di situ sementara menunggu pelantikan baru oleh Lembaga Pengarah Kuin.
    
Mengenai hasil lawatannya hari ini, beliau berkata ada beberapa perkara yang dibangkitkan termasuk mengenai kursus yang ditawarkan dan bilangan pelajar.
    
"Kita akan minta laporan menyeluruh daripada Kuin dan akan berjumpa dan berbincang dengan Menteri Besar untuk buat cadangan dan keputusan. Apa yang penting, kita mahu Kuin sama seperti kolej-kolej swasta terkemuka yang lain," katanya.
    
Beliau tidak menolak akan berlaku rombakan terhadap program yang ditawarkan Kuin jika tindakan itu memberi manfaat kepada Kuin.
    
Kuin kini mempunyai 6,000 pelajar dengan 1,500 daripadanya belajar di kampus Kuala Ketil yang mula dibuka awal tahun ini, manakala selebihnya masih berada di kampus lama di Mergong.
    
- Bernama
   

BAHAGIAN 2 : LAWATAN EXCO KE KUALA KETIL HAMPA JAMIL MENGHILANG DIRI


23 Mei – Setelah mengadakan lawatan di KUIN Mergong, Datuk Tajul terus bergerak bagi mengadakan lawatan di KUIN Kuala Ketil di sebelah petang. Kehadiran Dato Tajul sebelum ini telah dimaklumkan kepada Jamil.

Namun agak malang, Dato Tajul menyatakan perasaan kesalnya apabila kehadirannya ke Kuala Ketil tanpa kehadiran Jamil. Dimaklumkan Jamil tak hadir kerana bercuti sebelum melepaskan jawatan secara rasmi pada 20 Jun ini (sebulan notis gaji). Dato Tajul berkata, apa salahnya telefon saya, sms atau maklumkan kepada saya kata dia tak boleh hadir kerana kita mai rumah orang kita habaq, tapi tuan rumah tak ada (cabut lari).

Admin masih ingat suatu ketika dahulu Jamil pernah cuti kerana operation jantung tapi dalam waktu cuti itu pun Jamil boleh terkebil-kebil pergi hadiri mesyuarat Lembaga Pengarah KUIN hanya untuk pastikan Lembaga tidak mengguna pakai pekeliling kenaikan gaji 13 % kepada kakitangan KUIN.. Kenapa bila hari ini dia saja saja boleh buat alasan tak mai… emmmmm mesti ada pasai. Bak kata Dato Tajul tadi ,,,sangat tak professional .

Dato Tajul juga mengeluarkan kenyataan media sebentar tadi (liputan media akan dimaklum admin dalam next story).

Dato Tajul juga memaklumkan sepanjang Jamil tiada dan meletak jawatan , urusan pentadbiran KUIN akan dipangku oleh Dato Barni  untuk pulihkan kembali masalah dalaman pentadbiran dan kewangan KUIN.

Selepas selesai mengadakan pertemuan dengan wakil KUIN yang dihadiri Dato L, Mr SS, Muslim dan beberapa pegawai lain dan PC dengan media , beliau terus melawat asrama pelajar di Taman Perwira serta asrama pelajar antarabangsa dalam kampus KUIN. Lawatan ke asrama yang diadakan secara mengejut ini amat mengejutkan terutama di asrama pelajar antarabangsa (kebanyakkannya warga Afrika) yang langsung tak nampak macam asrama sedangkan penginapan mereka itu adalah rumah banglo 2 tingkat.

BAHAGIAN 1 : EXCO PENDIDIKAN KEDAH LAWAT KUIN MERGONG DAN KUALA KETIL

Dato Tajul 3 dari kiri bergambar bersama wakil pelajar
23 Mei - Dato Tajul Arif, Exco Pendidikan, Pengangkutan dan JKR Negeri Kedah hari ini mengadakan lawatan rasmi ke KUIN sebagai tindakan drastik bagi menyelesaikan kemelut dalaman KUIN yang sanat rumit.

Lawatan bermula di Kampus KUIN Mergong pada jam 9.00 pagi. Dato Tajul bertemu dengan wakil Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIN (MPM) dan para pegawai hal ehwal pelajar dan pegawai-pegawai lain.
mesyuarat antara Exco, pentadbiran dan MPM

Antara perkara yang dibangkitkan di dalam pertemuan tersebut ialah :

1. PENGINAPAN PELAJAR

- MPM menuntut agar keselesaan penginapan mereka di asrama diberikan perhatian kerana pelajar didakwa menghadapi masalah keselesaan diasrama. Begitu juga masalah kelas yang dhaif seperti maslaah tiada mikrofon dan masalah penghawa dingin. Namun kenyataan tersebut dipersoalkan oleh dato Barni, Timb Rektor kerana kenapa sekarang baru timbul soal keselesaan sedangkan sebelum ini Presiden MPM pernah mengeluarkan kenyataan akhbar bahawa pelajar tidak ada masalah bahkan selesa asrama KUIN.
Lawatan mengejut ke asrama farabi

- Timbalan Presiden  MPM memaklumkan bahwa sebelum ini kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden MPM itu dibuat selepas mereka telah dipanggil dan diberikan maklumat oleh Jamil dan beberapa pegawai yang lain. Sebab itulah mereka mengeluarkan kenyataan bahawa mereka selesa.

2. DEKAN KULIAH AL QURAN KURANG KREDIBILITI SEBAGAI DEKAN

- Skuad BERSIH KUIN memuji salah seorang MPM yang berani secara terang mengkritik masalah yang berlaku di Kuliah al Quran berpunca daripada Dekan Dr Azharuddin yang didakwa tidak pandai mentadbir Kuliah al Quran dan kurang berkredibiliti selain beliau bukan takhassus dalam bidang al Quran sehingga pengambilan pelajar baru Ijazah dan Diploma tak sampai 10 orang sahaja sedangkan sebelum ini Kuliah Tahfiz adalah kuliah yang sangat popular di KUIN, ini adalah kerana pensyarah al  Quran dibuang  dari KUIN.

- Begitu juga masalah utama dengan Dekan adalah komunikasi di mana bahasa Indonesia yang sukar difahami oleh pelajar selain bahasa Arab beliau juga agak lemah berbanding pensyarah lain, ujar wakil pelajar tersebut.

Tujuan lawatan tersebut adalah pihak Kerajaan negeri mahu mendengar sendiri keluhan dan masalah yang mahu dikeutarakan oleh MPM yang mewakili para pelajar di KUIN.

Setelah perbincangan tamat , Dato Tajul terus mengadakan lawatan ke asrama Farabi. Di sana keadaan amat mengejutkan apabila dilihat bilik yang sangat dhoif sedankan yuran pelajar dinaikkan . Amat menghairankan tiada aduan dibuat sedangkan masalah tersebut amat mencabar kebajikan pelajar. bahkan terdapat beberapa bilik yang tidak langsung mempunyai lampu dan kipas yang didakwa telah diambil untuk dipasang di bilik lain yang mengalami kerosakan kerana Holdings tak ada duit nak beli lampu dan kipas yang rosak kepada pelajar..

Kasihan sungguh nasib pelajar apabila dilihat  keadaan asrama mereka. Tapi persoalan , kenapa MPM langsung tak bersuara ? takkan bila tukar Kerajaan baru nak ngadu asrama tak selesa ?


Wednesday, 22 May 2013

KEMUDAHAN REKTOR PERLU DILEPASKAN SEGERA

Pelbagai kemudahan telah diberikan kepada ketua-ketua jabatan bagi memastikan urusan dan kerja rasmi sesebuah jabatan berjalan lancar .

Jika jawatan dilepaskan maka sewajarnya semua kemudahan yang disediakan perlu juga dilepaskan seperti :
- Kemudahan kenderaan
- Kemudahan minyak kenderaan percuma
- Kemudahan pemandu
- Kemudahan perumahan
- Kemudahan telefon
- Kemudahan komputer bimbit/i Pad
- Kemudahan - kemudahan lain yang diberikan oleh jabatan

MR FIRDAUS ADALAH ORANG PERTAMA IKUT JEJAK LANGKAH JAMIL ?

Mr F pernah berjanji jika Kerajaan Kedah bertukar tangan dialah orang pertama yang akan meletak jawatan. Kini jamil dah letak jawatan.

Adakah Mr F benar-benar bertanggungjawab atas kenyataannya untuk meletak jawatan ?

JAMIL LETAK JAWATAN, ROMLY TAK BOLEH LETAK LAGI, SELESAIKAM HUTANG HOLDINGS

Walaupun Jamil meletak jawatan sebagai Rektor KUIN, Namun skuada BERSIH KUIN mendesak agar Romly (CEO Insaniah Holdings) dan eksekutifnya jangan letak jawatan lagi. Mereka perlu bertanggungjawab dengan hutang yang mencecah puluhan juta ringgit.

Romly harus bertanggungjawab dengan gaji kakitangan anak syarikat bagi bulan Mei yang dikhabarkan memang Insaniah Holding dah tak ada duit. Jika Romly gagal untuk membayar gaji dan tunggakan yang menjadi hak seseorang kakitangan, tindakan mengikut undang-undang akan dicadangkan oleh BERSIH KUIN diambil oleh kakitangan Holdings.

Romly kena ingat mereka juga orang walaupun gaji tak sampai 35 ribu, ada anak bini, ada tanggungjawab, oleh itu Romly kena selesai masalah gaji kakitangan

Romly kena carilah wang macamana pun untuk selesaikan maslaah hutang yang dibuatnya dalam Holdings. Jangan dah pandai buat kotor nak suruh orang lain pulak basuh !

SUATU HARI MEETING ANAK SYARIKAT KUIN

Salah sebuah anak syarikat KUIN yang ditubuhkan oleh Jamil yang kebanyakan anggota tertingginya dibawa masuk dari sebuah Universiti di KL telah mengadakan mesyuarat kelmarin.

Berikut adalah hasil perbincangan dalam meeting tersebut ;

-Feedback daripada Dato Mukhriz ketika bertemu dengan Jamil tidak menguntungkan Holdings.
- Kata mereka geng baju putih sudah memberi maklumat berkenaan Holdings yang tidak menjalankan perniagaan yang menguntungkan
- Dato Jamil akan letak jawatan
- Ceo anak syarikat tersebut juga akan meletak jawatan akhir bulan ini
- Ceo anak syarikat tersebut dan beberapa kawannya yang berasal dari KL merancang untuk berpindah kembali ke Selangor (UNISEL) .
- Mereka dijangkan akan bertemu dengan Rektor UNISEL, jika tak boleh mereka akan bertemu MB Selangor, jika tak approve juga mereka akan jumpa Anwar Ibrahim..
(Tapi ingat geng baju putih harap diploma dan ijazah multimedia jangan dijual pulak, kami dah masak dengan taktik kamu)
- Jika Multimedia diserap ke dalam KUIN gaji akan ikut skim JPA bukan ISJ (Ikut suka Jamil)

Apa=apa pun tahniahlah kepada ketua eksekutifnya yang mahu ikut jejak Jamil.

Kepada staf bawahan yang laiin jangan bimbang, kita doakan yang terbaik untuk KUIN.