Pages

Wednesday, 11 July 2012

KAKITANGAN KUIN AKAN LAPORKAN KEPADA SPRM

Keratan Utusan Malaysia (Nasional)
12 Julai - Kenyataan dan siaran media di dalam akhbar pada hari ini memberikan suatu tamparan hebat terhadap kredibliti pentadbiran Jamil apabila sebahahagian kakitangan dengan lantang berani akan membuat laporan penyelewengan Jamil kepada pihak SPRM, sekaligus juga tamparan hebat kepada Kerajaan Pakatan Rakyat.

Usaha ini timbul ekoran kemarahan kakitangan KUIN menular kepada MB Kedah yang dengan jelasa menyokong kemungkaran yang telah dilakukan Jamil.MB Kedah juga menipu rakyat dengan menyatakan semua dakwaan kakitangan adalah tak benar. Kalau tak benar kenapa kakitangan buat repot polis. Skuad BERSIH KUIN enggan menjawab dalam blog ini.Nantikan pendedahan eksklusif tidak lama lagi.

LAMAN KUIN KENA 'HACK'

Akibat di 'hack' gambar dan maklumat di web rasmi KUIN hilang
11 Jun - Laman Web KUIN telah di'HACK'baru-baru ini. Pihak gerakan Bersih amat kesali dengan perkara ini kerana ia merupakan laman rasmi KUIN. Kemungkinan agenda hack ini adalah kerana kemarahan yang tak dapat disimpan oleh sebahagian "Hacker".

Namun laman web KUIN cuba dibangunkan semula, namun semua pictures yang terdapat dalam web sebelum ini gagal diselamatkan.

Tuesday, 10 July 2012

LENSA GRAND HI-TEA "BERSIH KUIN"

Tn Haji Najib disambut pelayan tetamu BERSIH KUIN

Cerita lama dengan orang lama

Pak Ucop disambut Arif

Cikgu Hassan , mantan Kaunselor KUIN turut hadir

Khusuk dengar ucapan

Cenderahati khas pak Ucop

Tn Hj Najib terima cenderahati dari Taufek
Us Azki sampaikan ucapan wakili Gerakan BERSIH KUIN

En Yusuf terharu dengan sambutan

Tn Hj Najib banyak menyumbang kepada KUIN turut sampaikan ucapan


Cikgu Ali yang pernah meletak jawatan kerana protes kepada Jamil turut hadir
Semangat mendengar celoteh Asri yang mempengerusikan majlis

Us Baihaki membaca doa

Group Pakar Media siap dengan Multimedia Presentation

Selamat Menjamu Selera
Abang Mat Ibrahim , mantan Ketua Kerani KUIN turut hadir

Asri sentiasa MASA UNTUK BERUBAH

Sobri antara 6 orang yang teraniaya terpilih menerima sumbangan

SAMBUTAN GRAND HI-TEA BERSIH KUIN DAPAT SAMBUTAN LUAR JANGKAAN

10 Julai -  Gerakan BERSIH KUIN telah menganjurkan Majlis Grand Hi-Tea BERSIH KUIN bertempat di WNS Homestay jalan Stadium Alor Setar bermula jam 5 petang hingga 7 petang. Program yang bertujuan untuk meraikan Tn Hj Mohd Najib Abdullah (Mantan Pendaftar) dan En Yusuf Ismail (Mantan Pemandu) juga diadakan sebagai rasa syukur dan terima kasih kepada semua kakitangan KUIN yang berani menyatakan kebenaran semasa himpunan aman pada 3 julai yang lalu selain jamuan sempena sambutan kedatangan  Ramadhan Al Mubarak.


Hampir 250 kakitangan, pelajar, warga media dan mantan staf KUIN hadir ke majlis tersebut. Majlis dimulakan dengab bacaan doa oleh Us Baihaki kemudian disusului oleh ucapan Ketua Gerakan BERSIH KUIN, Us Mohd Azki. Tn Hj Najib dan En Yusuf turut menyampaikan ucapan rasa syukur dan terima kasih kepada semua kakitangan yang banyak membantu mereka sebelum ini. Cenderamat khas bukan sahaja diberikan kepada mereka berdua , bahkan juga kepada 6 orang mangsa penganiayaan KUIN.

Pelbagai juadah disediakan untuk santapan , namun apa yang penting ialah ukhuwwah dan rasa kasih sayang sesama kakitangan KUIN merupakan azimat yang paling bermakna.

Turut disajikan ialah persembahan Multimedia sepanjang perjalanan aktiviti GERAKAN BERSIH KUIN. Kepada yang tak dapat hadir kerana bertembung dengan Kuliah dan urusan lain, kami iringi denan doa . Syabas dan terima kasih warga KUIN yang menjayakan GRAND HI TEA BERSIIH KUIN.

Keadaan di Kuin Sangat Kritikal

KUALA NERANG - Kemelut yang melanda Kolej Universiti Insaniah (Kuin) sehingga warga kerjanya membuat laporan polis menunjukkan masalah itu semakin kritikal dan bukan perkara kecil.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata apa yang berlaku di Kuin menunjukkan kolej universiti itu berada dalam keadaan kritikal walaupun Pengerusinya Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang juga Menteri Besar mengatakan ia perkara kecil dan tidak perlu campur tangan pihak luar iaitu Kementerian Pengajian Tinggi.

"Kalau dah pensyarah dan kakitangan buat demonstrasi, ini bukan perkara main-main...ia adalah perkara serius yang perlu diambil tindakan segera.

"Ini menunjukkan mereka ada masalah dari segi pengurusan universiti. Itu bukan perkara yang kecil dan ia perlu dipandang serius," katanya kepada pemberita di sini.

Mahdzir berkata beliau bimbang jika masalah itu berterusan ia akan memberi persepsi negatif kepada orang luar dan tidak mustahil suatu hari nanti tidak ramai pelajar yang akan melanjutkan pengajian di kolej universiti milik kerajaan negeri Kedah itu.

"Bila dan jadi masalah ini, ia akan menjejaskan perjalanan universiti. Kalau pelajar makin kurang, macam mana pihak pengurusan hendak membayar pinjaman daripada bank yang dibuat untuk membina kampus tetap universiti itu," katanya.

Mahdzir berkata sepatutnya pihak pengurusan Kuin perlu 'mengukur baju di badan sendiri' sebelum memutuskan untuk menambah bilangan fakulti.

"Macam mana mereka boleh nak buka banyak fakulti sedangkan 'badannya' kecil sahaja. Kalau kita balik kepada asal penubuhan Kuin (fokus kepada pengajian agama), ia tak akan jadi macam ini. Ni semua mereka nak buat. Jadi kerajaan negeri perlu tanggung la.

"Banyak syarikat dah saman... report polis pun dah banyak dibuat... duit pada pensyarah tak bayar... tuntutan hutang tak bayar.. saya tak desak apa-apa sebab ia dah 'loghat dah' (sangat teruk)," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mahdzir yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) berkata tindakan kerajaan negeri membuat ladang rakyat dengan menebang hutan balak adalah sesuatu yang sangat mendukacitakan.

"Di sini, di Kampung Charuk Batang Padi yang terletak bersebelahan Tasik Pedu pun mereka nak buat ladang rakyat," katanya.

Beliau berkata kawasan itu adalah kawasan tadahan air dan jika kerajaan negeri meneruskan juga projek itu, ia akan memberi implikasi kepada alam sekitar dan penduduk di kawasan itu.- Bernama

Monday, 9 July 2012

ARKIB : RENTETAN DEMONSTRASI TAHFIZ AL QURAN MELEDAK KEZALIMAN JAMIL


Demo diadakan kerana pihak pengurusan KUIN melalui sepucuk surat kepada pengetua asrama pada ketika itu telah mengarahkan sebahagian pelajar tahfiz agar mengosongkan sebahagian Blok bangunan untuk memberi laluan kepada penempatan Sekolah Bestari.
1 APRIL 2011 : Selepas menunaikan solat Jumaat sekumpulan pelajar dan pensyarah tahfiz telah mengadakan demonstrasi aman bagi menuntut semula bangunan tahfiz yang telah dirampas untuk pembangunan Sekolah Insan Bestari hingga menyebabkan sebahagian pelajar Tahfiz diarah keluar dari asrama mereka. Himpunan ini turut melibatkan Saudara Faiz Arsyad (Presiden MPM), dan beberapa orang exco MPM yang turun bersama memperjuangkan hak kuliah tahfiz.
3 APRIL 2011 :  Rentetan daripada demonstrasi aman tersebut Ustaz Mohamad Idrus Bin Ismail telah dilucutkan jawatan selaku Timbalan Dekan Kuliah Al-Quran,kerana turut terlibat dalam demonstrasi bantahan pembinaan Sekolah Insan Bestari dan didapati bersalah oleh Panel Penyiasat kerana mengeluarkan kenyataan media. Dekan (Dr Azharuddin bin Sahil) juga turut didapati bersalah oleh Panel Penyiasat kerana mengeluarkan kenyataan media namun tidak ada sebarang tindakan yang diambil ke atasnya.
: Pada 9.00 malam Barisan MT dan Exco MPM bersidang, berbincang mengenai isu permasalahan yang di hadapi oleh pelajar Kuliah al-Quran. Kata sepakat dicapai untuk menghantar surat rundingan antara MPM, Rektor dan Menteri Besar. Namun usaha ini gagal kerana Pihak Rektor dan Menteri Besar enggan bertemu MPM.
4 APRIL 2011 : MB Kedah Mengeluarkan kenyataan akhbar,beliau menyatakan kekesalan kerana menerima surat berbaur ugutan daripada pensyarah kuliah tahfiz
5 APRIL 2011 :  Apabila diteliti segala sumber, surat yang diterima oleh MB rupanya merupakan laporan palsu yang diberikan oleh Dekan Kuliah Al-Quran (Dr. azharuddin bin Sahil). Oleh itu, pada hari yang sama juga Dekan Kuliah al-Quran telah menghantar surat penafian laporan pertama yang beliau beri kepada MB, dan keluar kenyataan media bahawa 'Dekan Kuliah Quran Memohon Maaf’.
: Seperti biasa, Mohd Aiman Razab (Peng.Biro Penerangan) mengadakan speaker corner untuk melakukan penerangan isu kuliah tahfiz dan bukumappixc serta isu-isu berbangkit kepada mahasiswa, namun telah dihalang oleh pihak HEP iaitu Encik Ikhmal, berlaku sedikit ketegangan apabila pihak HEP menuduh Saudara Aiman tidak mengikuti prosuder KUIN.
6 APRIL 2011 : Faiz Arsyad, Azlan Mat Zain dan Mohd Aiman Razab telah mengeluarkan kenyataan akhbar menggesa pertemuan dua mata antara Menteri Besar, Dato' Rektor dan Kuliah al-Quran tanpa kehadiran orang perantaraan dan juga memberikan mengenai beberapa isu dalaman yang berkaitan kebajikan mahasiswa.
7 APRIL 2011 :  Telah berlaku satu cubaan membakar pejabat HEP dan sehingga kini suspek tak dapat dikenal pasti dan MPM mengesyaki ini adalah salah satu provokasi pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memanipulasikan isu yang berlaku.
21 APRIL 2011 :  Timbul cadangan di peringkat tertinggi KUIN agar Diploma Tahfiz al-Quran dipindahkan kepada Yayasan Islam kedah (YINK) manakala bagi Ijazah dan Master akan kekal di KUIN. Ini ada bertujuan untuk mengeluarkan kesemua staf tahfiz (18 orang) dari KUIN sebagai hukuman terhadap demo yang diadakan.
23 APRIL 2011 :  6 Mahasiswa kita, Faiz Arsyad, Aiman Razab, ZukhiLatif, Ahmad Remy, Mohd Farhan dan Mohd Azlan telah menerima 'Surat Cinta' daripada pihak pentadbiran menggesa mereka memberikan surat tunjuk sebab dan perbicaraan tatatertib berkenan keterlibatan mereka dalam demonstrasi, mengeluarkan kenyataan akhbar, dan memberikan ucapan menggunakan pembesar suara (speaker corner).
30 APRIL 2011 :  MPM bersama ITQAN mengadakan solat hajat perdana agar Diploma Tahfiz tidak dikeluarkan daripada KUIN.
2 MEI 2011 : Beberapa Exco MPM dan ITQAN mengadakan Roudtour setiap asrama bagi penjelasan isu dan meraih sokongan mahasiswa terhadap isu Tahfiz
11 MEI 2011 : 6 Mahasiswa yang telah menerima 'Surat Cinta' daripada pihak HEP, telah menghantar surat bantahan terhadap surat  HEP kerana tidak mematuhi prosiding mahkamah dan 'Surat Cinta'  HEP pertama tidak sah!
15 MEI 2011 : 'Surat Cinta'  iaitu surat tunjuk sebab dan perbicaraan tatatertib daripada pihak pentadbiran yang ke dua di proses dan di hantar semula kepada 6 mahasiswa kita,mereka dikehendaki memberi maklum balas dalam tempoh 14 hari.
18 MEI 2011 : Mohd Aiman Razab wakil daripada seluruh mahasiswa KUIN menghantar memorandom 'selamatkan idealisme mahasiswa kepada S/U Pejabat PAS pusat meminta agar Presiden PAS menasihati Kerajaan Negeri Kedah agar bersikap rasional dan adil dalam menangani isu-isu kampus yang berlaku.

21 APRIL 2012 : Mesyuarat Lembaga Pengarah KUIN yang dipengerusikan oleh MB memutuskan untuk meminjam secara paksa seramaI 18 orang staf Kulliyyah Al-Quran ke Yayasan Islam Negeri Kedah selama 2 tahun. Arahan itu dibuat hanya melalui sepucuk surat dan dengan secara paksa. Ini adalah sebagai hukuman dari pihak KUIN terhadap staf tahfiz yang mempertahankan bangunan milik tahfiz daripada diambil alih oleh Sekolah Menengah Insan Bestari.                    

KRONI JAMIL: ANAKNYA , SUDAH CUKUP BUKTI JAMIL BERMAZHAB KRONISME


Keputusan Semester 1 Ramzul Ihsan bin Jamil Mencurigakan
Kulliyyah Al-Quran sentiasa diselubungi pelbagai isu, skandal, dan macam-macam lagilah semenjak ditadbir oleh Bapak Indon Azharuddin. Skandal dan isu KAQ bertambah menjadi-jadi sejak bermulanya program sarjana tahun lalu. Apabila bermulanya program sarjana KAQ maka Jamil melihat ini adalah ruang untuk anaknya Ramzul memperolehi master sekalipun anaknya langsung tidak ada asas dalam bidang al-quran. Mantan Dekan Pusat Siswazah sebelum ini tidak bersetuju dengan permohonan group Multimedia (5 orang termasuk Ramzul) ke Kuiah al-quran. Jangankan nak menghafaz al-quran, nak baca al-quran pun lintang pukang macam mana nak menghafaz. Sedangkan silibus master KAQ mewajibkan pelajar menghafaz 2 juzuk al-quran (juzuk 29 dan 30). Sebahagian subjek pula diajar oleh pensyarah arab yang menggunakan bahasa arab 100% sedangkan Ramzul and the geng tak mampu berbahasa arab. Bercakap pun tak boleh, menulis arab pun tak boleh, membaca arab pun tak boleh. Last-last pelajar2 lain pulak yang nak kena mengajar depa.

Apa yang mencurigakan ialah setelah keluarnya keputusan peperiksaan semester pertama, Ramzul berjaya merangkul serta meraih keputusan yang amat-amat terlalu cemerlang iaitu 3.8 (awat tak bagi 4.0 ja Bapak Indon) sedangkan pelajar lain yang sememangnya berpendidikan dalam bidang al-quran sejak dari peringkat diploma dan sudah menghafaz 30 juzuk al-quran pun hanya mendapat 3.6, 3.7 dan 3.8 saja. Ramzul hanya perlu menghafaz surah al-mulk sahaja (itu pun rasa2 tak habis satu surah kot) untuk memperolehi pointer 3.8. Nanti bila dah dapat master boleh lah Ramzul mengajar di KAQ dengan keputusannya yang cemerlang itu (lingkupweng lah KAQ nanti). Pesanan buat Bapak Dekan, nak buat baik pun berpada-padalah. Perkara ini akan kita panjangkan kepada pihak MQA dan pihak KPT. Minta MQA dan KPT rujuk semula skrip jawapan peperiksaan Ramzul and the geng (jawap dalam bahasa melayu, mengaji dalam bahasa arab) supaya segala bentuk salahguna kuasa oleh Bapak Dekan dihentikan. Jangan jadikan KAQ sebagai batu loncatan untuk kroni-kroni jamil mendapat master secara haram.

Walau bagaimanapun ada usaha-usaha tertentu untuk menyelamatkan Ramzul daripada tindakan MQA atau KPT iaitu dengan menyembunyikan skrip jawapan Ramzul. Kita minta pihak MQA atau KPT sila bersemuka dengan Ramzul dan minta dia baca al-quran. Kalau dia tak mampu nak baca macam mana dia boleh dapat B sedangkan silibus mewajibkan pelajar menghafaz juzuk 29 keseluruhan untuk sem 1.
Persoalan :
1.    Bagaimana Ramzul boleh mendapat keputusan yang baik (B) dalam subjek Hifz Al-Quran sedangkan Ramzul tak mampu baca al-quran, jadi macam mana nak menghafaz?...apa yang pasti ada usaha untuk meluluskan beliau walaupun Ramzul hanya menghafaz surah al-mulk…itu pun tak habis…sedangkan pelajar2 lain diwajibkan mengapai satu juzuk (29)…
2.    Macam mana Ramzul boleh jawap dalam peperiksaan bertulis untuk subjek hifz al-quran?...bolehkan Ramzul tulis balik ayat-ayat yang dia hapai…minta KPT buat ujian kat dia…sebab tu skrip jawapan Ramzul dihilangkan…
3.    Untuk subjek Ulumulquran…macam mana Ramzul boleh dapat (A)…yang ajar tu orang arab yaman…guna bahasa arab 100%...sedangkan Ramzul n geng tak boleh lansung berbahasa arab…bila exam soalan dalam bahasa arab…Ramzul n geng pulak jawap dalam bahasa melayu…ok…yang semak kertas jawapan depa ialah pensyarah arab yang lansung tak boleh bahasa melayu…macam mana dia semak skrip jawapan Ramzul?...dapat (A) pulak tu…pelik-pelik…

Sunday, 8 July 2012

AZIZAN DAN JAMIL : MULA TAKUT KERANA ZALIMI RAKYAT BAWAHANNYA



Dalam akhbar Sinar Harian hari ini 9 Julai 2012, MB telah mengeluarkan kenyataan meminta pihak KPT tidak campurtangan dalam isu KUIN. Alasan yang diberikan oleh MB adalah kerana KUIN adalah milik kerajaan negeri bukannya IPTA. Jadi KPT tidak perlu campurtangan.

Sedarkah kita bahawa semua IPT mesti berdaftar dengan KPT terlebih dahulu sebelum boleh memulakan program pengajian. Setiap program pengajian pulak perlu mendapat pengiktirafan. Setiap tenaga pengajar pulak perlu menpunyai permit mengajar. Semua yang dinyatakan disini adalah menjadi kuasa KPT untuk meluliskan kepada sesebuah IPT.

Apakah selepas ini semua program pengajian di KUIN akan diiktiraf oleh kerajaan negeri sahaja tanpa perlu ke KPT melalui MQA. jika itulah apa yang MB maksudkan dengan KPT tidak perlu campurtangan dalam KUIN nescaya KUIN berada dalam keadaan bahaya. Apakah selepas ini jika KUIN ingin membuka program baru hanya dengan kelulusan kerajaan negeri sahaja dan tak perlu ke KPT jika tidak mahu campurtangan KPT.

KPT bertanggungjawab terhadap semua IPT yang berdaftar dibawahnya. Jika berlaku sesuatu kekalutan dalam sesebuah IPT seperti di KUIN ini adakah KPT tak perlu ambil tahu dan hanya tengok saja. Jika berlaku kekalutan dalam sesebuah IPT ini akan menjejaskan kualiti pendidikan maka itu menjadi tanggungjawab KPT untuk masuk ke sesebuah IPT dan tengok apa masalah yang berlaku.

Apakah KUIN takut tembelangnya pecah jika KPT masuk maka terpaksa bagitau MB yang KUIN ni milik kerajaaan Negeri dan tak perlu campurtangan KPT..` Tepuk dada tanyalah selera`. Kita harap KUIN tak jadi macam UNISEL dalam isu PTPTN bila MB dia bersuara isu PTPTN maka PTPTN terus bertindak. Kita mintak simpang perkara tu berlaku di KUIN..

Ini semua mesti sepak terajang politik Jamil yang penakut dengan KPT , terpaksa mengadu masalah kepada MB supaya desak jangan bagi KPT masuk, kerana jika KPT masuk Jamil akan terpecah tembelangnya.
 

MB KEDAH MULA GELABAH TAKUT PENYELEWENGAN JAMIL DISELONGKAR KPT



Rupanya MB Kedah seorang penakut apabila mengetahui pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) nak bantu kakitangan KUIN . Adakah kerana ketakutan MB kerana pilihanraya. Jawapannya ketakutan MB adalah kerana tembelang Jamil akan dibongkarkan kakitangan KUIN kepada KPT.

MB Kedah ingatka perangai perongos (gedebe) beranilah sangat, tapi penakut juga. Maklumlah demi kekasih MB iaitu Jamil. MB Kedah sanggup Pas kalah , yang penting Jamil tak dipecat. Kasihan oarang kuat politik Azizan , terpaksa menerima kenyataan pemimpin mereka sudah lari dari landasan perjuangan sebenar.

Apa pun , kami berdiam sahaja ni , kami tengah atur strategi yang amat dahsyat. nantikan wahai Jamil dan Azizan.

DEMI KEBAJIKAN STAF KUIN : PEGUAM 'BERSIH TEAM' NASIHAT GUNAKAN KUASA PERUNDANGAN

Pada 28 Jun yang lalu pihak BERSIH TEAM bersama dengan En Yusuf telah mengadakan rundingan dengan KUIN yang diwakili Sayuti di Pejabat Perhubungan Perusahaan Kedah, Anak Bukit. Tujuan tersebut supaya En Yusuf diambil kerja semula kerana penamatan perkhidmatan beliau tidak sah kerana beliau telah pun menandatangani opsyen 60 tahun , namun dipertengahan jalan KUIN membatalkan opsyen tersebut tanpa mendapat persetujuan beliau,apatahlagi beliau masih menanggung isteri, anak dan ibunya.

Setelah cara rundingan gagal, perbincangan dengan peguam BERSIH TEAM telah dijalankan dan kes ini nampak lebih memihak kepada en Yusuf dan BERSIH TEAM bersetuju  untuk membawanya ke Mahkamah dalam masa terdekat.

Friday, 6 July 2012

BERITA TV 1 DEMO KUIN

Untuk melihat berita demonstrasi Desak Rektor KUIN letak jawatan sila KLIK DI SINI

PENGUNDURAN JAMIL SEMAKIN HAMPIR, KITA MESTI BEKERJA LEBIH KUAT

Pengunduran Jamil semakin hampir apabila KPT akan campurtangan dalam kemelut yang melanda KUIN sekian lama. Rupanya gelaombang putih yang melanda KUIN pasa 3 Julai yang lalu tidak sia2 dan telah membuahkan hasil.yang memberangsangkan. Tahniah kepada staf KUIN yang berani untuk berhimpun untuk menyatakan kebenara dan menolak penyelewengan dan kezaliman yang Jamil telah lakukan. Jamil pasti akan mengarah orangnya ke KPT untuk berbincang lebih awal.
 
Kita percaya dipihak Jamil dan kuncu2nya ketika ini akan cuba sedaya upaya untuk menutup segala kemungkaran yang mereka lakukan. Kuncu2nya akan sedaya upaya membantu jamil untuk menutup penyelewengan mereka seperti biasa yang telah mereka lakukan. tapi percayalah kuasa Allah melebihi daripada apa yang mereka rancangkan kerana Allah juga ada perancanhannya.
 
Oleh itu kepada sahabat-sahabat gelombang putih semua marilah kita sama-sama untuk membongkar kezaliman yang telah sekian lama Jamil lakukan kepada kita. Pastikan tidak seorang pun daripada kita bercuti pada minggu depan kerana besar kemungkinan pihak KPT akan turun pada minggu depan. kita akan bongkar segala kemungkaran dan kezaliman yang melibatkan wang rakyat negeri Kedah yang telah diamanahkan kepada Jamil untuk menguruskan KUIN tetapi deberikan kepada kroni2nya yang mempunyai agenda yang busuk.
 
Kita berharap pihak KPT akan memanggil staf yang bertepatan untuk membongkar rahsia sehingga tercutusnya Perhimpunan Aman pada 3 Julai yang lalu. KPT tidak boleh lagi berharap kepada top management atau lebih tepatnya Jamil sendiri untuk memilih staf untuk berdepan dengan KPT. Rujuklah kepada Dato' Hajjah Che Barni, Timb. Rektor Jaringan Industri dan Komuniti untuk perkara yang sebenar dan memilih staf yang bersesuaian untuk berdepan dengan KPT.
 
Wahai sahabat-sahabat gelombanng putih kuatkan semangan azamkan tekad untuk mencegah kemungkaran di KUIN. jangan hirau apa yang MB kata kerana kita percaya beliau hanya terima berita yang baik saja daripada Jamil. Mari kita terus berdoa di bulan yang mulia ini supaya Allah SWT memberkati segala usaha kita untuk selamatkan bumi KUIN yang tercinta

Thursday, 5 July 2012

KPT AKAN TURUN SIASAT KEMELUT KUIN

Kemelut KUIN bukanlah perkara baru. Pada permulaan Jamil mengambil alih tampuk kepimpinan KUIN pada Mei 2008 segalanya dijanjikan dengan gula-gula manis.

Namun bermula pada penghujung 2009 , iaitu selepas setahun Jamil menyembunyikan tembelangnya yang sebenar, pelbagai masalah berlaku. Bermula isu Jamil menggunkan kuasa Rektor untuk kepentingan peribadi apabila menggunakan kemudahan KUIN untuk kenduri anaknya di dewan KUIN. Pemasangan karpet dewan disegerakan untuk kenduri anaknya.Mesyuarat kenduri dibuat di KUIN, kakitangan KUIN digunakan untuk kenduri anaknya . Yang bertambah parah ialah mewujudkan anak syarikat yang menjadi punca utama kemelut kewangan KUIN yang kritikal

Pada penghujung 2010 kemelut KUIN mula menjalar kepada pelajar seperti kemudahan, ptptn, yuran yang dinaikkan tanpa makluman kepada pelajar, pembinaan Insann Bestari sehingga berlaku demonstrasi yang dianjurkan mahasiswa sebanyak tiga kali iaitu pada 11.1.11 dan 1.4.11 dan 27.7.11. Jamil berang lantas mengambil tindakan menggantung pengajian kepada 5 orang mahasiswa , namun mereka mengambil tindakan undang-undang di mahkamah, dan MAHASISWA MENANG.

Kini kakitangan pula bangkit dengan isu kebajikan, penyelewengan Jamil, kronisme Jamil, anak-anak syarikat yang melingkupkan KUIN. Lantas pada 3.7.12 giliran kakitangan KUIN mengadakan demonstrasi , namun kali ini agak tegas dengan mendesak JAMIL MELETAK JAWATAN.

Sehari selepas demo MB membuat kenyataan politik yang dianggap nyanyok:
- MB akan terus pertahankan Jamil
- Kenyataan kakitangan KUIN adalah tidak benar
-demo KUIN adalah gimik politik hampir dengan PRU13
- banyak lagi

Hari ini , kenyataan akhbar memaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menerusi Menterinya Datuk Seri Khaled Nordin, akan turun padang menyiasat kemelut KUIN. KPT juga dijadualkan akan bertemu kakitangan.

Kami amat amat mengalu alukan kedatangan KPT kerana sebelum ini apabila KPT datang bertemu dengan top management , banyak perkara dikelentongkan oleh pengurusan tertinggi. Kami akan dedahkan satu persatu bukti penyelewengan Jamil dihadapan KPT kerana MB kata desakan kami tidak benar. Kami akan buktikan dengan pendedahan rasmi dan report rasmi.

SEBAHAGIAN SIARAN MEDIA 6 JULAI 2012Ut

Utusan Malaysia

Kosmo
Metro

KEMPEN SMS : KAMI MAHU JAMIL LETAK JAWATAN

Mari jayakan kempen TAIP DAN SMS. Apa yang perlu anda lakukan ialah seperti berikut :
1. Ambil telefon bimbit milik sendiri atau rakan.
2.Taipkan " KAMI MAMU JAMIL LETAK JAWATAN"
3.Hantarkan kepada no telefon bimbit Jamil 0162382340
4. Tekan enter untuk tujuan SMS.
5. Anda juga boleh menggunakan aplikasi MMS dan lain-lain lagi.

p/s : Jangan menghantar SMS berbaur hasutan dan ugutan dan makian.

Terima kasih