Pages

Saturday, 11 August 2012

MAJLIS BERBUKA PUASA KAKITANGAN KUIN

Seperti yang dijanjikan semasa Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat Orang Yang Dizalimi pada akhir Syaaban (19 Julai 2012) yang lalu pihak Gerakan BERSIH KUIN akan menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Kakitangan KUIN bersama  ahli Keluarga  masing-masing pada butiran berikut :

Tarikh    : 25 Ramadhan 1433 bersamaan 14 Ogos 2012 (Hari Selasa)
Tempat  : Restoran Tepi Sungai , Abang Lah, Jalan Stadium (Lakaran lokasi akan dimaklumkan)
Masa     : Bermula jam 7.00 petang hingga selesai berbuka puasa.
Bayaran :  Percuma
Menu     : Nasi BERSIH Special , Cucur Nusantara PUTIH, Air Jus 13 % dan Buah AMANAH JUJUR

Sehubungan itu semua kakitangan KUIN serta keluarga dijemput hadir. Makluman kehadiran hendaklah dimaklumkan kepada 'amil-amil' yang bakal dilantik.

Sumbangan  ikhlas amat diperlukan.

"STAFF IS THE BOSS"

Wednesday, 8 August 2012

TAUKEH BALAK, AZIZAN, JAMIL DAN GAJI KAKITANGAN KUIN

Mungkin ramai kita bertanya apakah kaitan keempat-empat nama dalam tajuk story kali ini :
" TAUKEH BALAK, AZIZAN, JAMIL DAN GAJI KAKITANGAN KUIN"

Menurut sumber memaklumkan kepada admin berita kuin, punyalah terdesak dengan krisis kewangan yang dialami KUIN menyebabkan seorang taukeh balak telah diheret masuk dalam kancah kewangan KUIN bagi membayar gaji kakitangan KUIN bagi mengelakkan demonstrasi kali kedua berlaku.

Persoalannya :

Benarkah wujudnya taukeh tersebut dalam skrip sandiwara senetron KUIN ini?

Siapakah taukeh tersebut?

Kenapa taukeh balak?

Apa hubungan taukeh tersebut dengan orang yang berkaitan?

Penting sangatkah taukeh tersebut dengan permaslahan kewangan KUIN?

Benarkah taukeh tersebut memasukkan wang sebanyak 2 juta ke dalam sebuah organisasi Perbadanan (M**)sebelum di salurkan kepada KUIN?

Jika semua dakwaan ini benar, amat malanglah KUIN yang mendokong Islam buat kali kedua selepas Karpal Sigh kini Taukeh ?

Renung-renungkan apa yang berlaku dalam KUIN?

Tuesday, 7 August 2012

KUIN SAH KERAJAAN BUKAN SWASTA: OPSYEN DITANDATANGANI KAKITANGAN IKUT SSM

Muka 1 : Surat pekeliling mengesahkan opsyen kakitangan KUIN tertakluk di bawah Kerajan
Cuba baca cabutan 1 dan 2 (perkara 1 dan perkara 2 (i) jelas menunjukkan kakitangan KUIN telah t/tangan opsyen Kerajaan (SSM). KUIN bukan swasta seperti yang dibohongi oleh Jamil dan Azizan
Memang sah Jamil dan Azizan sepasang kekasih yang suka bohong rakyat Kedah. Dulu mereka bohong mengenai pelajar, seolah olah pelajar didalangi UMNO. Kini kakitangan juga terkena nasib yang sama apabila dituduh demo kakitangan KUIN didalangi UMNO. Ini semua fitnah dan tipu. Orang yang fitnah dan tipu kami doakan pada Ramadhan ini akan menimpa nasib malang dalam kehidupan mereka.

Jamil dan Azizan terus tipu kakitangan KUIN dengan kata KUIN swasta bukan kerajaan hanya dengan kerana hendak menafikan kenaikan gaji dan elaun kakitangan KUIN.

Lihat lapiran dibawah, opsyen
Cabutan 1 muka 1 : Pertukaran Institut kepada  Kolej Universiti menggunakan Pekelilingf Kerajaan Bil 17 Tahun 2002

Cabutan 2 muka 1 : Sah kakitangan KUIN telah memilih opsyen tertakluk kepada Sistem Saraan M'sia (SSM)


KONVO bersih KUIN 13 % TUNTUT DEPAN AGONG ?

KUIN akan mengadakan konvo yg 14 pada 17 DAN 18 September 2012 dan konvo kali ini akan dihadiri oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Adakah ini masa yang sesuai bagi staf KUIN untuk menyerahkan memorandum untuk memohon Kebawah Duli Tuanku untuk membantu nasib staf KUIN yang telah ditindas oleh rejim Jamil?

Staf KUIN pernah menyerahkan memorandum kepada MB semasa majlis kualiti dan adakah perlu staf KUIN mengadakan perkara yang sama ketika berlangsungnya Konvo ke 13?

Semua persoalan ini bakal terjawab sekiranya staf KUIN tidak mendapat apa sepatutnya yang mereka dapat. Tuanku adalah Canselor kepada KUIN dan Tuanku perlu tahu apa yang berlaku di KUIN ini hingga staf mengadakan demonstrasi pada 3 Julai yang lalu. Staf KUIN percaya Tuanku seorang yang prihatin terhadap rakyat Baginda dan sedia mendengar luahan hati rakyatnya. Staf KUIN percaya sekiranya ini adalah jalan terbaik maka perkara ini akan diusahakan pada konvo yang ke 13 kelak

Staf KUIN diminta terus berdoa agar kezaliman dan penindasan dapat dihindarkan di KUIN ini dan orang yang terlibat dikeluarkan daripada KUIN yang kita sayangi ini

GAJI ELAUN KAKITANGAN KUIN DITAHAN, ELAUAN MESYAUARAT JAMIL DAN AZIZAN DINAIKAN 400 % HINGGA 800 %

Azizan dan Jamil adalah lambang kezaliman pemerintahan Kedah.. Kononnya Azizan merupakan pemimpin yang prihatin dengan masalah rakyat dengan memotong elaun untuk dimasukkan di dalam Tabung Tunku Mahmud, namun apa yang telah dilakukan oleh Azizan yang sebenarnya.Azizan saja nak bagi orang kata dia bagus, tapi sebenarnya hanya warga KUIN yang tahu siapa Azizan yang sebenar.

Azizan pada mesyuarat Lembaga Pengarah KUIN pada 20 Disember 20111 telah membuat keputusan menaikkan kadar elaun hadir Mesyuarat Lembaga Pengarah KUIN dari RM 200.00 masa zaman dulu kepada RM 2000.00 pada zaman pemerintahannya. Manakala elauan bagi Jamil dinaikkan kepada RM 1000.00.

Kalau masuk poket mereka , wahhhhh bukan main lagi , kedarah duit jabatan walaupun KUIN memang tak ada duit. Bila mai giliran kakitangan tuntut nak naikkan gaji 13 % dan elaun sara hidup , suruh redho takdir  tak dapat naik gaji . Lambang kezaliman Azizan dan Jamil.

Inilah contoh pemimpin yang akan tumbang pada pilihanraya kali ini. Bila dah buat zalim nantikan balasannya. Kalau tak tumbang pun, sihat ?????

Monday, 6 August 2012

JAMIL BUAT MESYUARAT SENAT SERENTAK DENGAN MESYUARAT EXCO , APA AGENDANYA?

7 Ogos - Rabu lepas sepatutnya Jamil kena present laporan KUIN tapi , Jamil gagal siapkan. Mesyuarat exco ditunda, supaya Jamil dapat bentang pada hari ahad berikutnya, namun Jamil lari lagi. Sepatutnya esok Jamil perlu bentang laporan KUIN kepada exco buat kali ketiga namun Jamil buat mesyuarat senat pada hari yang sama , supaya nak buat alasan kepada exco Kerajaan bahawa di sibuk dengan mesyuarat senat. Itulah cara berfikir seorang Rektor KUIN. Betul kata warga KUIN , Kalau tak bohong tu bukan KUIN lahhhhhh.

MADAM AZLINA BERKOMPLOT RAIH SIMPATI SETIAUSAHA POLITIK MB KEDAH


Mari kita tengok akai mereka pikiaq, Sanusi (s/u politik Azizan) memang telah ditolak oleh student KUIN kerana suka fitnah orang ,Dengaq kata orang PAS ramai tak suka kat dia sebab kaki merokok dan kuat amfu sana dan anfu sini. Sebab itulah bila dalam blog hentam kes rahsuah dia mula gelabah, nak saman lah konon???

Yang dia dok fitnah orang boleh, orang tegakkan kebenaran atas kezaliman MB dia melenting. Tengok dan baca pautan kelentongnya Sanusi budak hingusan Azizan ini (BERITA KUIN, KLIK DISINI)

Jangan bodek sangat Azizan tu wahai sanusi???? Azlina? dah lama dok bodek...



BENARKAH PERISIK JAMIL DIMASUKKAN KE DALAM KUIN ?

Kita mungkinankan melihat muak-muka baru yang tidak dikenali sedang bertugas di KUIN. Benarkah mereka adalah petugas yang mahu bekerja untuk KUIN atau mereka ditugaskan bekerja untuk Jamil.

Sehubungan itu semua kakitangan perlu berwaspada dan berhati-hati apabila mengeluarkan fakta-fakta ketika bersembang kerana perisik Jamil akan ditempatkan di Jabatan-jabatan yang panas dan mempunyai banyak maklumat tentang KUIN dan berdokumen penting.

Strategi menghatar penyiasat persendirian bukanlah taktik baru , bahkan beberapa siri pembongkaran usaha penyelewengan dalaman KUIN dan Holding telah pun cuba ditangkis dengan usaha membawa masuk beberapa staf dan pelajar upahan.

Mari kita hati-hati. Kerja mesti SMART.

Sunday, 5 August 2012

AUDIT NEGARA BAKAL AUDIT KUIN?

Kenderaan Jabatan Audit Negara memasuki KUIN
6 Ogos - Pagi ini admin Berita KUIN menerima email gambar kelihatan kereta dari Jabatan Audit Negara memasuki kawasan kampus KUIN. Kehadiran Audit Negra menimbulkan bermacam macam spekulasi  di kalangan warga kerja KUIN.

Bagi kakitangan KUIN kehadiran mereka sudah lama ditunggu agar akaun KUIN dan ank syarikat KUIN diaudit secara telus oleh Jabatan Audit Negara,

Manakala bagi Jamil akan terketar-ketar dan ketakutan jika audit akan membuktikan penyalahgunaan wang KUIN untuk beberap anak syarikat yang melingkupkan KUIN.

Nantikan terjahan dari Admin Berita KUIN

KENAPA JAMIL GAGAL BENTANG LAPORAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN KUIN DAN HOLDING

Jamil dan sekutu rapatnya di kalangan Holding sudah dua kali gagal hadir ke dalam mesyuarat Exco kerajaan Negeri Kedah kerana takut membentangkan laporan terkini pengurusan kewangan KUIN dan Holding.

Pihak exco pada mesyuarat yang lalu telah memutuskan memanggil Jamil membentangkan laporan kewangan semasa KUIN dan Holding yang didakwa mengalami krisis kewangan yang sangat kritikal.

Kenapa Jamil tidak dapat menyiapkan laporan untuk dibentangkan kepada exco :
1. Bila dah laporan yang Jamil kelentong Azizan dalam mesyuarat lembaga tak betul dan penipu , jadi Jamil tiba tiba gentar nak bentang dalam exco kerana sedar dia dikelilingi oleh orang yang geliga penipu.
2. Penyata anak syarikat dan Holding tak seiring menyebabkan debit dan kredit lintang pukang
3. Sejak ditubuhkan anak syarikat dan Holding belum pernah laporan kewangan  dihantar kepada Suruhanjaya syarikat Malaysia (SSM) sehinggaka Holding diberi amaran perlu menghantar report sebelum 31 Julai 2012.
4. Jamil menjaga pegawai penjenayah yang dibawamasuknya sebagai Pengurus Kewangan (FC) agar tembelang ala penjenayah yang telah disabitkan Mahkamah Tinggi dapat dilindungi.
5, Azizan sedar kekasihnya Jamil dah ketar nak bentang , lalu Azizan cover line supaya jamil melengah-lengahkan pembentangan.
6. Azizan sedar bahawa KUIN tidak akan dan tidak berupaya untuk berpindah ke Kuala Ketil walaupun kampusnya mampu siap pada masanya kerana masalah kewangan merupakan masalah utama perpindahan Kuala Ketil.
7. Azizan sedar, dia akan malu sebagai seorang Menteri Bohong (MB) Kedah yang telah banyak ditupu Jamil dan Azizan pun dok cakap tipu, kalau Jamil bentang maka exco akan mengetahui memang Jamil dan Azizan bekerja dengan cara tipu.

JAMIL MENGGUNAKAN TAKTIK "TANGGUH DAN LARI", JAMIL TAK HADIR BENTANG LAPORAN KUIN PADA EXCO

5 Ogos - Hari ini ialah hari yang sangat dinanti-nantikan oleh semua warga kerja KUIN apabila sepatutnya pada hari ini Jamil perlu membentangkan semua laporan kewangan dan pentadbiran KUIN di hadapan Exco Kerajaan Negeri Kedah setelah gagal membentangkannya pada Rabu yang lalu (1 Ogos ).

Malangnya , Jamil memang sudah takut dan kecut perut apabila hari ini buat kali kedua gagal hadir membentangkan laporan perkembangan KUIN. Semua exco yang menunggu-nunggu pembentangan laporan Jamil hampa apabila Jamil mendapat sokongan kekasihnya Azizan. Azizan tak telus, jika betul Azizan membawa wadah perjuangan keadilan dan kesejahteraan rakyat , warga KUIN cabar segerakan laporan KUIN. 

Azizan boleh tunjuk hero di peringkat nasional membela tradisi kebajikan rakyat dan pentadbiran telus, namun semua rakyat Kedah sudah mengtahui tembelang Azizan yang menggunakan politik kepartiannya untuk menutup kelemahannya.

Jamil pula tiada pilihan , terpaksa menggunakan taktik "TANGGUH DAN LARI" supaya laporan yang tak akan siap akan dimiinta tangguh sehinggalah exco akan sibuk dengan pilihanraya , dan kemudian akan lupa dan kemudian akan tidak dibentangkan. 

Jamil memang tak dapat menutup kelemahan , penyelewengan kewangan dan pentadbiran di dalam Insaniah Holding . Segalanya kini tunggu masa untuk meletup. Segalanya akan terkubur. jamil jangan ingat dia bagi jawatan pada Romliy akan melupakan semua kejahatannya.

Jamil dah mula gentar, terketar-ketar, jantung berdebar debar, penyelewengannya sudah tersebar dan kemarahan staf kepadanya semakin menular., tukar, tukar, tukar.... Jamil keluar

Thursday, 2 August 2012

AHAD 5 OGOS : EXCO AKAN DENGAR PEMBENTANGAN KUIN

Hampa marah Jamil sama hampa marah aku
Sungguh memalukan jika sebuah mesyuarat yang besar peringkat negeri boleh ditangguhkan hanya kerana seorang kekasih. disebabkan kekasih itu belum bersedia 100 % bagi membentangkan laporang pengurusan kewangan dan pentadbiran KUIN.

Maka tarikhnya telah ditetapkan pada ahad ini 5 Ogos . Kemungkinan Jamil akan lari dan faktor ini boleh diambil kira :

1. Bimbang exco non muslim akan nampak kelemahan Azizan dan Jamil mentadbir sebuah institusi agama
2. Tembelang Azizan dan Jamil akan terbongkar dengan penyelewengan dalam pembentangan.
3. Takut nanti exco yang tak dipanggil pun nak buat anak syarikat macam KUIN yang ada agenda yang tak telus.

Apa pun Jamil dan Azizan nak bohong pun tak pa. tapi Allah ada. 

Kalau tak bohong tu bukan KUIN lahhhhhhh. Selamat berbohong yelahhh Jamill oiiiii.

ROMILIY PANGKU CEO INSANIAH HOLDING ?

Romliy
Jamil dah mula terasa asakan kakitangan secara terang dan halus. Kini rahsia Insaniah Holding mula didedahkan oleh skuad BERSIH KUIN. Pendedahan ini adalah bagi membuka mata semua rakyat Kedah terhadap pembohongan Jamil dan Azizan terhadap isu dan krisis yang sedang melanda KUIN.

Kereta Romliy Mayat
Terkini menurut sumber, selepas mengadakan pertemuan di Hotel Swiss Inn dan perjumpaan di bilik mesyuarat HEP, Jamil meletak jawatan sebagai CEO Insaniah Holding dan bakal dipangku oleh Romliy Mayat.

Jamil makin terdesak , kita perlu asak lagi , selepasa melepaskan jawatan di dalam Insaniah Holding , Jamil sudah hampir untuk melepaskan jawatan di dalam KUIN.

KES SAMAN KUIN 3 JUTA : JAMIL DAH MASUK KANDANG MAHKAMAH, KEJATUHANNYA KIAN TERASA

Shake menyaman KUIN kerana ditipu Jamil
Pada 31 Julai dan 1 Ogos bermulalah kes saman terhadap KUIN sebanyak 3 juta di Mahkamah Tinggi Alor Setar. Perbicaraan pada kedua dua hari tersebut bermula dengan keterangan daripada saksi yang terdiri daripada Shake (Pemilik Syarikat Cruise), Jamil,Akif, Zakaria Othman, Latip dan Insan Akif. Perbicaraan akan disambung pada 30 Ogos ini. 

Kini Jamil semakin trauma selepas kekalahan saman student dalam kes penggantungan pelajar. Jamil perlu menang, namun jika diteliti kes ini akan memihak kepada Shake. Kini Jamil tak sedar skuad BERSIH KUIN sedang failkan saman KUIN yang ketiga kerana memecat En Yusuf tanpa mengikut prosuder yang sah.

Wednesday, 1 August 2012

CEO INSANIAH HOLDING BARU ?

1 Ogos - Keadaan semakin mendesak. Kegagalan Insaniah Holding menjalankan amanah Allah semakin terserlah. Sehubungan itu satu pertemuan tertutup jamil dan semua kepimpinan Holding dan anak syarikat KUIN yang dikritik hebat kakitangan KUIN, pihak Kerajaan dan orang ramai telah diadakan di Bilik Mesyuarat HEP jam 9.30 pagi. Kelihatan di dalam mesyuarat tersebut ialah Jamil, Romliy, Insan Mansor, dan ramai lagi kepala-kepala Holding.

Persoalannya adakah perbincangan tersebut lebih menjurus kepada nasib Holding dan anak syarikat yang semakin terpecah tembelangnya sehinggakan Jamil dipanggil untuk memberikan keterangan menyeluruh perkembangan KUIN dan anak syarikat kepada Exco Kerajaan Negeri . Namun menurut sumber, setelah asakan bertalu-talu daripada kakitangan KUIN, kini Azizan pun dah mula tersedak dengan pembohongan Jamil tentang keuntungan Holding sehinggakan ada ura-ura mengatakan supaya Jamil melepaskan jawatan CEO Insaniah Holding kerana dibimbangi konflik interest. Jika ini benar-benar berlaku dan terjadi, mungkin inilah agenda perbincangan utama bagi memilih pengganti CEO Holding yang baru di dalam pertemuan tertutup di bilik HEP pagi tadi. Atau mereka juga  membincangkan hal - hal berkaitan kebejatan Holding yang mereka terpaksa harungi?

Setelah jam 12.30 tengahari kelihatan masing-masing meninggalkan bilik mesyuarat HEP dan ketika itu Jamil dan beberapa orang sahaja orang kuat kanannya terus ke kediaman Azizan di Jalan Sultanah. Apa yang pasti romliy turut kelihatan. Pada jam 2.10 petang kelihatan jamil keluar daripada rumah Azizan (kekasihnya) dan menelefon seseorang , yang berkumunkinan memanggil pemandu untuk mengambilnya.