Pages

Saturday, 6 October 2012

TEPAT BERFAKTA : 6 FAKTA MENARIK MQA BERI PENJELASAN ISU GRADUAN IJAZAH QURAN

7 OKT - Pihak admin terus menerima maklumat dalam box email blog (beritakuinsebenar@yahoo.com). Kisahnya mengenai wakil daripada pelajar Ijazah Sarjana Muda Quran KUIN yang tidak diiktiraf kerana belum mendapat MQA.

Mereka telah pergi sendiri bertemu dengan big boss MQA, bagi mendapatkan maklumat betul dan tepat (fakta bukan auta) mengenai kedudukan mereka yang telah menerima konvo tetapi sijil tak diiktiraf.

Berikut adalah hasil perbincangan mereka dengan big boss MQA di pejabar MQA :

1. MQA kata mereka baru sahaja menerima surat dan dokumen yang dihantar KUIN pada minggu yang lalu. Habis-habis awal dan paling cepat minggu depann baru pihak MQA dapat memulakan kerja memproses dokumen tersebut.

2. Jika dokumen tersebut tidak ada sebarang masalah yang tidak perlu dikembalikan kepada KUIN , habis awal dan paling cepat , SELEPAS 7 BULAN baru MQA akan turun ke KUIN untuk observe . Maksudnya jika masih terdapat masalah dan kesalahan seperti bahasanya bahasa senetron maka tempohnya akan bertambah panjang.

3.Selepas selesau proses observe daripada pihak MQA yang akan turun sendiri ke KUIN, proses bagi mendapatkan pengiktirafan penuh akan dilakukan dan dijangkakan memakan masa I TAHUN DARIPADA sekarang. ( Mak oiiiiiiii Mr F dan Azizan kata sudah peringkat akhir harap bersabar sedikit sahaja lagi !. Rupanya Azizan , jamil dan Mr F memang kaki bohong, sifat bohong kena hindari sebab ia sebahagian sifat golongan munafiq)

ISLAMISASI KUIN ALA JAMIL IALAH MERUNTUHKAN KUIN


Jamil dalam laman web rasmi KUIN mengajak pelajar untuk meng'islamisasi'kan ilmu dalam kehidupan.

Bagi Jamil mengislamisasikan KUIN ialah :
- Tendang ulamak tahfiz.
- Pecat jawatan ulamak tahfiz
- Pembayaran  tak dibuat  seperti dal slip gaji sehingga 4 bulan berturut-turut
- Nafikan kenaikan gaji kakitangan KUIN.
- Gaji masuk lambat hingga mencecah bulan berikutnya.
- Potongan KWSP tak dibuat kepada sebahagian kakitangan.
- Masukkan kroni anak dan abang kandungnya dalam KUIN.
- Kroni jamil buat salah dilindungi, orang lain buat salah dihukumi
- Gunakan pelajar uuntuk tutp kelemahan pentadbiran kewangan melalui kenaikan yuran.
- Guna kenderaan KUIN bagi tujuan peribadi hingga ke KL
- Salahguna harta KUIN untuk kenduri kawin anaknya
- Kerah kakitanga KUIN untuk jayakan kenduri kawin anaknya

ANTARA SEBAB DIPLOMA QURAN DITENDANG DARI KUIN KERANA JAMIL BERPANDANGAN PROGRAM QURAN TAK DATANGKAN KEUNTUNGAN WANG PADA KUIN

Jamil tendang tahfiz sebab tak untung.Buat diploma baru kenakan yuran  RM 13,190.00 - Sumber Web Rasmi KUIN
Kehadiran Jamil ke KUIN sebagai Rektor banyak menyumbangkan kepada kehancuran program terutamanya program agama. Jamil nampak lebih menyanjungi program Medic dan Kejuruteraan walaupun tak ramai student dan merugikan KUIN.

Sejak awal kemasukan program Tahfiz dan Quran ke KUIN, Kerajaan Negeri ketika itu memberikan subsidi kepada program diploma Tahfiz Quran sebagai galakan untuk hafazan Quran dan keprihatinan Kerajaan Negeri kepada Quran. Bahkan selain diberikan pendidikan percuma , pelajarnya di beri pula wang saku sara harian sebanyak RM 200 sebulan.

Namun jamil sudah jadi mata duitan, memanglah program Quran diberi subsidi oleh Kerajaan dan tak boleh mendatangkan keuntungan , lantas Jamil menggunkan alasan 'isu tahfiz yang menegurnya dengan demonstrasi'  untuk mengeluarkan program tersebuut beserta dengan tenaga pengajarnya dan diletakkan di bawah Yayasan Islam.

Kini selepas setahun Jamil tendang keluar program tersebut, Jamil buat pula program yang sama  di bawah KUIN tetapi kalau dulunya percuma , sekarang dikenakan bayaran yangsangat tinggi iaitu sebanyak RM 13,190.00 .
Program Ijazah Quran yang tak ada MQA pula yuran dikenakan sebanyak RM27,700.00 - sumber web rasmi KUIN

AYUH SEPAKAT TOLAK SYIAH





IJAZAH TAK IKTIRAF GRADUAN TAK BOLEH MOHON J-QAF , KERJA DRIVER TAXI DAN KEDAI U

Beberapa hari yang lalu admin blog telah secara kebetulan pergi ke kedai runcit U Station (Belakang KUIN) nak beli sesuatu. Masa nak bayar di kaunter, terperasan macam kenal ja mamat yang jaga kaunter ni.  Bila admin tanya , bukan awak budak KUIN ka? Dia jawab , beliau adalah adalah graduan Ijazah Quran . Terus admin tanyakan isu Iijzah tak iktiraf, beliau dengan rasa sedih menyatakan , nak buat macam mana abang, ijazah tak laku nak mintak kerja Kerajaan tak boleh, jadi cashier  jadi lah, saya bukan orang senang.

Manakala seorang lagi graduan yang menimpa nasib yang sama apabila tidak layak untuk memohon J-QAF yang telah dibuka permohonan hanya mampu bekerja sebagai pemandu taxi di Bandaraya Kuala Lumpur bagi menampung kos kehidupan.

Wednesday, 3 October 2012

KITA TUNGGU APA AZIZAN AKAN KELENTONG DALAM BADJET 2013

Sinar 4 Okt (terperinci lihat di bawah)
 Azizan bersndiwara ingin memberikan penghargaan kepada kakitangan di bawah Kerajaan Negeri. semua kakitangan KUIN mengenali siapa Azizan sebenarnya yang telah bersama Jamil  merancang mengabaikan kebajikan kakitangan KUIN dengan menafikan kenaikan gaji di samping banyak isu kebajikan lain .

Kini bonus 1 bulan setengah yang diumumkan PM Malaysia menjadi masalah kepada KUIN yang kini menghadapi masalah krisis kewangan. Belum sempat bergelut dengan hutang yang bertimbun , kini KUIN terpaksa mencari lebihan dana bagi membayar bonus kakitangan KUIN.

Persoalannya, adakah kemungkinan pelajar akan terus menjadi sasaran bagi mendapatkan hasil supaya kelemahan Jamil dapat ditutup.

Sepatutnya tiada isu berhubung dengan pembayaran bonus kerana KUIN setiap tahun mengikut pekeliling Kerajaan Pusat apabila diterima pakai di negeri. Namun Jamil dan Azizan dengan angkuh menafikan hak kakitangan KUIN yang sudah lama berstatuskan ; badan Berkanun' dengan berbohong menyatakan KUIN adalah swasta hanya keran tak mahu berikan kenaikan gaji 13 %.

Agensi swasta lain menaikkan gaji hingga lebih 20 % tetapi KUIN jika dianggap swasta apa kenaikan puna tiada. Kerajaan pun tidak , swasta pun tidak. Inilah nasib malang menimpa kakitangan KUIN.

Slogan "KEDAH SEJAHTERA NIKMAT UNTUK SEMUA " hanyalah retorik

SYABAS KESALAHAN BAHASA INDON TELAH DITUKAR, NAMUN MASIH ADA LAGI

Syabas kerana beberapa gaya bahasa Indon dlama laman web KUIN (Kuliah Quran) telah ditukar selepas ditegur, namun masih ada lagi yang jelas dan nyata cilok mencilok kesenetronannya . Ubah terus ya. Lihat di bawah


GAJI KAKITANGAN SAMBILAN BULAN SEPTEMBER MASIH BELUM DIBAYAR JAMIL WALAUPUN SUDAH MENCECAH BULAN BERIKUTNYA

Pihak admin KUIN  amat kesal dengan sikap Jamil yang tidakpeka dan tidak menjaga kebajikan kakitangan KUIN . Sehingga artikel ini ditulis gaji dan elaun kakitangan sambilan KUIN bagi  bulan September belum lagi dibayar.

Jamil munugkin merasa selesa kerana , Jamil pasti tahu kakitangan sambilan tidak akan memberontak dan berdemonstrasi kerana mereka hanya kakitangan sambbilan sahaja. Namun Jamil kena ingat, mereka [un ada anak bini, hutang, nak hidup dan makan. Gaji kakitangan sambilan bukan tinggi pun macam gaji Jamil dan kroninya. 

Dalam Islam pun , upah hendaklah dibayar sebelum kering peluh pekerja. Sudahlah 13 % tak diberi, gaji mereka pulak dibayar lewat. Inikah seoarang pakar ekonomi yang dijulang? atau hanya layak menjadi pakar auta ekonomi saja.

Jamil kena segerakan bayar gajji mereka , jika tidak skuad BERSIH KUIN tak teragak-agak untuk bertindak.

SATU BLOK STARGATE BAKAL TERKORBAN

Setelah isu bangunan stargate tak dibayar sewa kepada pemilik selama 9 bulan, kini Insaniah Holding (anak syarikat KUIN) sudah menggelabah kerana tidak mempunyai kemampuan untuk mengurus dan membayar sewa bangunan stargate. 

Kini kroni Jamil itu bercadang untuk menolak satu blok daripada bangunan di stargate.  Ura-ura bangunan kuliah akan ditolak kembali kepada pemaju , persoalannya wajarkah bilik kuliah dijadikan korban. wajarkah pelajar menjadi mangsa kewangan KUIN.

Jika bukan blok kuliah mungkin blok asrama pelajar akan menjadi magsa, namun jika bangunan asrama ditolak , masalah kawalan keselamatan akan berlaku kerana bangunan tersebut berada dalam kawasan berpagar KUIN.

Apa yang lucunya , semua ini terjadi kerana jelas Insan Holding melakukan sesuatu tanpa mempunyai bussiness planing . tak rancang awal, untung rugi tak diambil kira semasa penempatan dilakukan. Inilah cara Jamil dan kroninya bekerja.

KHABAR ANGIN JAMIL CAGAR ASET KAMPUS KUIN BERTIUP KENCANG. SEJAUHMANA KEBENARANNYA , JAMIL PERLU TAMPIL MENJAWAB.

Selepas blog memasukkan post mengenai ura-ura KUIN dalam rangka mendapatkan duit setelah KUIN amat terdesak selepas permohonan pinjam wang 8 juta Perbadanan MB Kedah gagal, kini ura-ura Jamil sanggup mencagar aset bangunan dan pemilikan bertiup kencang di kalangan kakitangan KUIN.

Jamil perlu berani tampil membuat kenyataan mengenai desas desus ini atau pihak admin akan mengemukakan penghujahan dan bukti berkaitan.

Jika desas desus ini benar maka , satu lagi sejarah hitam dicipta Jamil hingga sanggup melakukan sesuatu yang berisiko tingggi hanya kerana mahu menajaga anak-anak syarikat yang tidak menjalankan perniagaan dan menjana keuntungan. hasilnya kerugian terpalit dan  KUIN terpaksa menanggung derita akibat kurapsi pentadbiran kewangan anak syarikat.

LAMAN SENETRON DITUKAR SELEPAS DITEGUR, MA KASIH YA PAK. TAPI ADA LGI YANG PERLU UPDATE

Pihak skuad Bersih KUIN mengucapkan tahniah dan syabas kepada pengendali laman web Kuliah Quran KUIN kerana dengan pantas menukar bahasa web yang berorientasikan senetron indon selepas ditegur di dalam blog ini.

Senarai nama pensyarah Tahfiz yang ditendang Jamil dan Azizan ke yayasan pun telah diupdate dari web.

Cuma ada satu lagi yang kena beri perhatian, agar unsur senetron tidak membadai web kuliah Quran KUIN seperti di bawah

Bagus nama pensyarah melayu yang ditendang telah di update cuma kena ubah sikit lagi wahai admin web senetron terhadap sedikit perkataan yang masih ada unsur senetron


Tuesday, 2 October 2012

JAMIL BOLEH SANDAR GERAN BANGUNAN KUIN DEKAT BANK JIKA TAK ADA DUIT ?

Setelah Jamil menulis surat kepada Perbadanan Menteri Besar bagi mendapatkan wang sebanyak 8 juta ringgit dan sehingga kini permohonannya gagal untuk mendapatkan wang tersebut

Persoalannya , adakah Jamil sanggup membuat refinance atau mencagar bangunan KUIN dengan hanya amat terdesak untuk mendapatkan duit kerana KUIN memang dah tenat untuk bayar gaji kakitangan, sewa stargate, hutang pembekal yang mencecah jutaan ringgit.

Di KUIN ramai pensyarah yang kononnya mendakwa pakar ekonomi, namun semua hanyalah retorik sahaja. Mereka bukan pakar ekonomi, tapi pakar auta ekonomi.


Monday, 1 October 2012

ULAMAK TAHFIZ DITENDANG DARI TAHFIZ TAPI NAMA MASIH ADA DALAM WEB. APA MAKNANYA?

Sebahagian pensyarah tahfiz yang ditendang KUIN tapi gambar dan nama masih dalam laman web
Sudah menjangkau 1 tahun ulamak diploma tahfiz ditendang keluar oleh Jamil dn Azizan ke yayasan Islam Kedah. Namun jika kita membuka lamann web kuin dan ke laman kuliah Quran kita akan dapati muka-muka mereka masih diletakkan , mungkin untuk menjadi tarikan pembaca web untuk datang ke KUIN walaupun ia tak benar dan bohong.

Admin blog cuma minta kalau bahasa senetron telah diubah dlam laman web selepas dikritik, sudah mesti bapak kepala kantor kuliah Quran kena ubah dan betulkan nama-nama pensyarah di kuliah Quran.

PILIHANRAYA PELAJAR KUIN ALA 'OPPA KAMPUNG STYLE'


Dalam laman facebook kuinnews pelajar KUIN menyatakan rasa hampa denan mainan politik HEP yang langsung tidak membangunkan karisma pelajar KUIN, bahkan diibaratkan 'oppa kampung style'

Dekan HEP kena ambil ingatan dengan kritikan pelajar dalam kuinnews ini.

SELAMAT HAJI MABRUR BERSAMA LAMBAIAN KAABAH KEPADA ASNANI DAN SOBRI GHAZALI


Asnani bersedia menjadi tetamu Allah
Semua kakitangan KUIN terutamanya skuad BERSIH KUIN mendoakan 2 orang kakitangan KUIN bersama pasangan mereka mengerjakan haji pada tahun ini akan dianugerahkan Haji yang Mabrur.

Puan Asnani (pensyarah Muamalat) dan En Sobri Ghazali (Pegawai di HEP) masing-masing bersama pasangan telah dijemput oleh Allah untuk menyahut lambaian kaabah sempena ibadah haji pada tahun ini.

Sobri akan berlepas selasa ini
Puan Asnani telah selamat berangkat pada hari khamis yang lalu dan kini sudah berada di tanah haram. Beliau yang berlepas dari lapangan terbang Sultan Abdul Halim Alor Setar diiringi sanak saudara dan rakan-rakan kakitangan KUIN khususnya daripada kuliah muamalat.

Manakala En Sobri Ghazali pula akan berangkat pada  2 september 2012 (selasa) di lapangan terbang Sultan Abdul Halim Alor Setar jam 1.30 petang.
Suasana bakal tetamu Allah di Aiport Alor Setar
Mereka dijadualkan pulang ke tanah air pada pertengahan bulan november. Admin blog mewakili Puan Asnani dan Sobri memohon kemaafan atas salah silap yang telah mereka lakukan agar mereka dikurniakan anugerah yang sangat bernilai. Kita doakan mereka sihat, selamat dan semperna beribadah.