Pages

Monday, 27 August 2012

ISU SYAYA SEMAKIN HANGAT DALAM FACEBOOK


Syaya terperangkap dengan kenyataan email mahu beli KUIN, istilah wakaf terpaksa digunakan untuk menutup hasratnya, istilah fitnah diguna untuk raih simpati

Syaya cuba riakkan diri dengan menjadi dermawan tetapi staf KUIN tahu dia yang melingkupwang KUIN

Sebahagian pendedahan strategi Syaya oleh admin blog

Syaya terpaksa berlakon jadi orang baik bagi elak dihentam di FB

Syaya ajak orang ikhlas, tapi dia lingkupkan wang KUIN dengan anak syarikat kemudian lari ke Turkey. Kalau ikhlas nak tolong jangan lari lerr

Strategi Syaya dan Jamil sama aja. Jadi apa-apa pun MB dan Lembaga Pengarah akan dijadikan perisai

Jika email palsu, sila SAMAN





Sunday, 26 August 2012

SYAYA, JAMIL, AZIZAN DAN KUIN : MARI LIHAT AKHBAR HARI INI


Sinar Harian : Muka Hadapan
Sinar Harian : m/s U1


Utusan Malaysia : Nasional m/s 9


The Star : Nasional
Berita Harian : Nasional

KUIN KEMBALI SENSASI : ISU SYARIKAT SYAYA NAK BELI KUIN JADI ISU UTAMA MEDIA MASA


27 Ogos  - Setelah sebulan pihak admin berehat bagi menumpukan kepada bulan Ramadhan, kini KUIN kembali sensasi di dada akhbar dan tv 3 apabila semua media turut mengetahui tentang isu email yang dihantar oleh Syaya (bekas CEO Insaniah Holding)  yang ingin membeli KUIN memandangkan KUIN diakui sendiri  menghadapi masalah Kewangan yang sangat kritikal.



Laporan  lanjut boleh klik pada pautan di bawah :
- Malaysiakini
- Sundaydaily

KUALA NERANG 26 Ogos - Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid mendakwa pengurusan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) akan diambil alih oleh sebuah syarikat swasta.

Beliau mendakwa kerajaan negeri Kedah telah menerima surat dari sebuah syarikat antarabangsa berkenaan dengan pengambil alihan pengurusan Kuin sejak dua bulan lepas.

"Ada surat menyurat dari syarikat swasta kepada kerajaan negeri Kedah berhubung dengan proses pengambilalihan Kuin dari kerajaan negeri kepada syarikat swasta. 

"Kita minta kerajaan negeri memberi penjelasan mengenai surat tersebut," katanya kepada pemberita pada Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri dekat sini hari ini.

Beliau berkata, pengambilalihan itu akan memberi kesan kepada pelajar kerana pihak swasta sudah pasti mahu mengaut keuntungan yang tinggi berbanding dengan kerajaan negeri.- BERNAMA

MB KEDAH MEMANG SAH SAKIT : AZIZAN PERLU MINTA MAAF TERBUKA KEPADA STAF KUIN KHUSUSNYA PENSYARAH TAHFIZ



Walaupun pihak-pihak tertentu menafikan Azizan sakit , namun admin blog tahu MB memang sakit yang agar kritikal sehingga Azizan bukan sahaja membuat rawatan dengan KMC bahkan juga menggunakan khimat rawatan rohani ala kampung dan ala expose mis.

Sepertimana kami sudah maklumkan dalam artikel blog kami yang terdahulu , Azizan perlu memohonmaaf kepada kakitangan KUIN khususnya ulamak tahfiz yang ditendang keluar dari KUIN hanya kerana menegur Jamil dan Azizan. Selagi permohonan maaf terbuka tidak dibuat secara khusus, selagi itulah ketidak tenteraman akan menyelubungi.

Jamil pun sama ..... selagi tak minta maaf ...... samalah nasibnya.

Sesungguhnya doa dan keluhan orang yang dizalimi dan dianiyai tidak ada penghalang antara hambaNya dan Allah.

Thursday, 23 August 2012

SYAYA AKUI EMAIL NAK BELI EQUITI KUIN DATANG DARINYA, BUKAN FITNAH LAH

Salam persahabatan.

Sedutan email Syaya kepada admin :
1.Semasa bertugas sebagai CEO Insaniah semua projek di laksanakan atas keputusan Lembagta Pengarah Insaniah Holding yang di pegrusikan oleh MB sendiri dan di hadari wakil Lembaga dari pihak Kerajan Neger Kedah.

2.Saya tidak meminta berkerja di INSANIAH. .Saya diminta Oleh MB Kedah, bukan Dat0 Jamil untuk membantu INSANIAH dengan kotrak 2 tahun.



Tuan Syaya  melalui email yang dihantar kepada admin blog mengakui dia masuk ke KUIN atas permintaan Azizan. Kononnya nak tolong KUIN. Persoalannya kenapa bila KUIN dah gawat dan hadapi krisis kewangan orang yang kata tolong lari pergi ke TURKEY?




Syaya cuba nafi niat beli KUIN. Ini bukti email asal Syaya kepada Jamil yang mahu membeli KUIN .

Tuan Syaya juga mengakui berhasrat nak beli equiti 90 % KUIN. Kononnya adalah nak tolong KUIN untuk diwakafkan semula. Persoalannya :
- Kenapa sekarang bila dunia dah tahu baru nak sebut perkataan wakaf, atau hanya sesuatu yang licik?
- Kenapa masa Syaya nak keluar KUIN, masa tu dah ada  masalah kewangan , kenapa tak bantu saja ketika tu dengan berikan dana berjuta-juta pada KUIN.
- Syaya memang mengakui KUIN ada masalah kewangan.
- Kalau Syaya ikhlas nak tolong beli dan wakaf , kenapa tetiba saja nak tarik balik  (macam merajuk semacam jer) . Orang ikhlas tidak menghiraukan apa orang kata. 
- Kalau betul Syaya nak tolong , kenapa tak bagi peruntukan khas 80 juta kepada KUIN setahun sebagaimana dipohon KUIN kepada Azizan. 


MADAM AZ RAYU JANGAN SEBUT NAMANYA DALAM BLOG



Wednesday, 22 August 2012

MUFTI TOLAK KARPAL, JAMIL DAN AZIZAN SANJUNG KARPAL.


4 Syawal - Itulah betul betul Ulamak dan pejuang agama. Berkata Benar walaupun pahit. Tidak gentar berhadapan dengan manusia melainkan Allah. Ulamak yang sebenar ialah yang takutkan Allah bukan takutkan Azizan.

Tahniah diucapkan kepada Dato Mufti Kedah di atas kenyataan akhbar yang jelas dan terang , menegur dengan hikmah Karpal Sigh kerana tindkannya yang biadap dan kurang hajar dengan Islam.

Tetapi malangnya Orang yang kurang hajar dan biadap serta anti hudud inilah yang disanjuang oleh Jamil dan Azizan. Apa taknya.. Azizan dan Jamil sanggup mengupah Karpal bagi menjadi peguam rasmi KUIN khususnya semasa berhadapan dengan 5 orang mahasiswa KUIN yang digantung KUIN. Namun akhir sekali Karpal kalah di mahkamah kerana dia seorang yang kurang ajar dan biadap. Mungkin Jamil dan Azizan sama biadap kot!


Apa yang sedih pecacai ampu politik masih lagi mengkritik usaha murni Dato mufti . Mufti Kedah tu kira berani lahhh , hampa orang politik sampai bila nak bersembunyi di belakang topeng politik Azizan.

Untuk maklumanDato Mufti Kedah adalah bekas Dekan kuliah Usuluddin KUIN. Dia kira orang lama. Orang lama KUIN tak macam Jamil n Azizan, pengecut.

- masa time demo Jamil pengecut, arahkan stafnya cuti dan kunci pejabat Rektor.
- Jamil pengecut, time exco arah bentang laporan kewangan , sampai sekarang gagal bentang.
- Jamil pengecut, time disoal dalam kandang mahkamah, semua mengaku tak tahu dalam kandang mahkamah (kes sam 3 juta)

Tahniah Mufti, Takziah Azizan dan Jamil.



Kita tunggu komen Azlina Zakaria pensyarah Usuludin, bekas anak buah Dato Mufti semasa Dato Mufti jadi Dekan Kuliah Usuluddin. Nak tengok dia sokong Mufti atau Karpal. Masa kes student , Madam AZ lah seorang yang sokong tindakan KUIN menggunakan Karpal sebagai peguam.

SELAMAT PENGANTIN BARU NAEMAH ABU KASIM

4 Syawal - Skuad BERSIH KUIN mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Naemah Abu Kassim yang telah menyempurnakan kehidupan dengan pasanganya Faruq selepas selamat diijab kabulkan di Jalan Sedaka Batu 17 Alor Setar Kedah.

Beliau kini bertugas sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan di Kampus Stargate . Semoga kekal sehingga anak cucu.

SALAM TAKZIAH BUAT AHMAD FAHRIZAL ASMY DI ATAS PEMERGIAN AYAHANDANYA

4 Syawal - Skuad Bersih KUIN mengucapkan takziah  kepada En. Ahmad Fahrizal Asmy, pensyarah Kuliah Muamalat  di atas pemergian ayahandanya Almarhum Mohamed Yunus  pada waktu magrib hari raya ketiga  di rumahnya Ipoh Perak.

Sesungguhnya Allah lebih menyayanginya apatahlagi pemergiannya ibarat kain putih yang baru sahaja keluar daripada Madrasah Ramadhan. Semoga rohnya dicucuri rahmat bersama ahli syurga.

Jenazah telah selamat disemadikan hari ini di Kg Pulau Tiga Perak jam 12.30 tengahari. - AL FATIHAH- .

Wednesday, 15 August 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DARI SKUAD BERSIH KUIN



SEMOGA ALLAH MENERIMA AMALAN DAN KITA MENDAPAT KETAKWAAN DI SISI ALLAH SWT.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri 
daripada 
Skuad BERSIH KUIN

"Perjuangan membersihkan parasit KUIN yang masih belum selesai"

"STAFF IS THE BOSS"


AZIZAN JATUH SAKIT : MESYUARAT LEMBAGA KUIN DITANGGUHKAN

16 Ogos - Mesyuarat Lembaga Pengarah KUIN yang  dijadualkan berlangsung pada hari ini di Bilik Mesyuarat MB Wisma terpaksa ditangguhkan kerana Azizan jatuh sakit.

Jamil yang merancang untuk menggunakan mesyuarrat tersebut bagi menerima pakai disiplin kakitangan KUIN nampaknya kecewa dengan berita tersebut. 

Jamil juga kecewa kerana gagal mendapatkan wang elauan hadir mesyuarat yang mungkin boleh dijadikan wang Raya sebanyak RM 1,000.00 kerana mesyuarat dibatalkan. Mr SS yang sebelum ini mengatakan pada staf agar redho tak dapat 13 % juga gagal untuk mendapatkan elauan hadir mesyuarat RM 1,000.00

Persoalan yang timbul  tentang kesihatan MB yang semakin uzur menimbulkan tandatanya terhadap kemampuannya mengemudi Kedah. Begitu juga report kesihatan Jamil yang membuktikan bahawa beliau tak layak menjadi Rektor kerana masalah jantung  juga perlu diberi perhatian.

Mesyuarat juga dijangka akan membincangkan cadangan menaikkan elauan Dekan daripada RM 500 kepada RM 2000. Mesyuarat langsung tak ada agenda untuk bincang luahan dan hasarat kakitangan KUIN yang ditindas dan dizalimi Jamil dan Azizan.

Apa yang penting , dalam apa-apa kompromi Jamil dan Azizan , kalau menjual ekuiti KUIN pada Sya'ya , nanatikan kebangkitan kakitangan KUIN besar-besaran melebihi apa yang telah Jamil rasai sekarang.



Tuesday, 14 August 2012

PENDEDAHAN EKSKLUSIF : TAKTIK KOTOR JAMIL SUDAH DIJANGKA , SYA'YA MANTAN CEO INSANIAH HOLDING TAWAR BELI KUIN

Inilah taktik perniagaan Jamil dan rakan karibnya Sya'ya (mantan CEO Insaniah Holding). Krisis kewangan yang berlaku KUIN kini adalah disebabkan oleh Sya'ya semasa memagang jawatan CEO Insaniah Holdings yang telah menggunakan kewangan KUIN untuk perbelanjaan Insaniah Holding yang sebenarnya tak pun berniaga. Bila KUIN sudah tenat maka sya'ya lari ke Turki. Bila KUIN semakin tenat ,maka Sya'ya melalui emailnya kepada Jamil telah merancang untuk mengambil 90 % ekuiti KUIN. Bahkan memaklumkan kepada Jamil beliau akan tawarkan kepada kakitangan KUIN agar berada dibawah syarikatnya apabila beliau berjaya membeli KUIN
Azizan menafikan KUIN hadapi masalah kewangan kritikal tetapi terbongkar apabila email Sya'ya mengiyakan bahawa KUIN memang benar-benar kritikal hadapi masalah kewangan yang diciptanya sendiri ketika menjadi CEO Insaniah Holding suatu ketika dahulu

Adakah Sya'ya sudah lama merancang untuk membeli KUIN dengan Jamil? Patutlah hang bagi KUIN lingkup , duit KUIN tak ada terpaksa melutut kepada MBI, SADA , lepas  tu hang dah nampak nak lingkup hang pulak nak beli.

Inilah taktik kotor ahli perniagaan yang mempunyai agenda dalam KUN. 

Kakitangan suruh buat kerja ikhlas tetapi mereka yang ada agenda dengan KUIN.Patutlah bila Exco Kerajaan Negeri minta jamil bentang akaun dan laporan kewangan Jamil gagal membentang hingga hari ni, Jamil sembunyi belakang Azizan agar beliau tak payah bentang. Azizan , !!! kamu tu ustaz, kalau seorang ustaz sokong dan lindungi penzalim, kamu akan terima padah . bencana menimpa kamu bukan di akhirat, kamu saksikanlah doa orang yang dizalimi akan dimakbulkan atas dunia ni ii.

(Nantikan sambungan kisah Insan Sya'ya dan Jamil)

KEBAKARAN DI STARGATE

15 Ogos - Seluruh warga kampus KUIN Stargate  gempar dan terkejut dengan sebuah kemalangan kebakaran yang tidak diduga berlaku pagi ini sekitar jam 8.30 pagi. Aksi terkejut ini mungkin rasa fobia dengan kejadian letupan bom molatof yang pernah melanda pejabat Hal Ehwal Pelajar pada tahun lalu , gara-gara mahasiswa marah kepada Jamil kerana mengambil tindakan menggantung 5 orang mahasiswa KUIN hanya kerana menegur Jamil yang gagal mengus tadbir KUIN secara Islam.

Kejadian kebakaran berlaku di hadapan Blok F asrama siswi Stargate apabila sebuah motor milik seorang siswi KUIN tiba-tiba meletup dan api marak menyala sehingga motor tersebut rentung . Kebakaran yang marak itu turut memusnahkan 2 buah motorsikal yang  berada berhampirannya.

Dua buah kenderaan bomba telah tiba dan proses forensik akan dilakukan bagi mengetahui punca nahas.

Skuan BERSIH KUIN  mengucapkan takziah dan harap pemilik motor bersabar dan jika perlukan bantuan , sila hhubungi kami dengan menggunakan email yang terpampang pada header blog BERITAKUIN.

SOKONGAN KAKITANGAN KUIN TERHADAP GERAKAN BERSIH DITERJEMAHKAN DENGAN KEHADIRAN LUAR BIASA MAJLIS BERBUKA PUASA

Keadaan Restoran Tepi Sungai penuh sesak hingga di saat -saat akhir berbuka

14 Ogos - Pihak Gerakan BERSIH KUIN mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepa semua kakitangan KUIN yang telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa BERSIH KUIN sebentar tadi. 

Kehadiran yang diluar jangkaan mencecah hampir 200 orang membuktikan majoriti kakitangan KUINmenolak pentadbiran Jamil yang banyak mengabaikan kebajikan kakitangan KUIN.  Terdahulu pada Selasa yang lalu , pihak KUIN yang diterajui Jamil juga telah mengadakan jamuan berbuka puasa di kalangan staf dan pelajar namun tiada langsung sambutan daripaa staf yang hadir ke majlis tersebut kecuali mereka yang seperti Mr F.

Jamuan berbuka puasa yang diadakan secara percuma kepada kakitangan KUIN telah berlangsung di Restoran Tepi Sungai Jalan Stadium.

Lebih meriah majlis tersebut dengan kehadiran sanak saudara dan ahli keluarga. Majlis berjalan dengan penuh keriangan dan rasa ikatan ukhuwwah.
Melayan tetamu memastikan hak makanan kakitangan terbela

Penuh kemesraan ukhuwah bersatu kerana penindasan Jamil

Monday, 13 August 2012

INFO MAJLIS BERBUKA PUASA "BERSIH KUIN"


Terlebih dahulu AJK "BERSIH KUIN" mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua kakitangan yang memberi sokongan yang amat menggalakkan kepada Majlis Berbuka Puasa "BERSIH KUIN" yang akan diadakan  di Restoran Tepi Sungai Jalan Stadium hari ini.

Kepada semua kakitangan yang telah memberikan pengesahan kehadiran bagi menjayakan Majlis Berbuka Puasa "BERSIH KUIN" pada hari ini (25 Ramadhan bersamaan 14 Ogos 2012) adalah dimaklumkan tentang tentatif program seperti berikut :

06.45   - Ketibaan kakitangan beserta keluarga masing-masing
07.10   - Ucapan 
            - Majlis Bacaan Tahlil Ringkas 
07.35   - Berbuka Puasa
            - Bersurai

Catatan:

- Tempat solat (sekadarnya) disediakan di Restoran.
- Digalakkan datang seawal jam 6.45 petang bagi mengelakkan masalah kesesakan
- Type jamuan adalah dengan secara hidang
- Meja boleh duduk bersama family masing-masing.
- Ikut arahan penyambut tetamu dan protokol bagi membantu urusan parking kenderaan dan meja makan.
- Sebarang masalah pada hari tersebut sila terus berhubung dengan Pelayan Ramah Officer (PRO) BERSIH

Skuad "BERSIH KUIN" mengucapkan selamat menggiatkan ibadat di baki sepuluh malam terakhir ramadhan dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri.