Pages

Tuesday, 25 August 2015

SURAT TERBUKA UNTUK YANG BERBHG. DATUK REKTOR



SURAT TERBUKA UNTUK YANG BERBHG. DATUK REKTOR
KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH
KAMPUS KUALA KETIL

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sememangnya kedatangan surat terbuka buat tatapan Datuk ini tidak diundang tetapi saya rasa terpanggil untuk berbuat demikian memandangkan pengurusan Kolej Universiti Insaniah di bawah naungan Datuk sedang menuju kehancuran.

Ingin saya membawa Datuk untuk mengimbau kenangan pahit kakitangan dan pelajar sejurus selepas kedatangan Datuk ke KUIN. Kedatangan Datuk ke KUIN dihadapi mereka dengan perasaan bercampur-baur – antara suka dan duka.  (1) Suka kerana mereka sudah terlepas daripada cengkaman Dato’ Wira Jamil Osman [JAZAN] yang selama lebih 5 tahun berada di KUIN telah menggunakan pentadbiran kuku besi ala Hitler dan mengambil kesempatan penuh untuk menghancurkan satu pusat pengajian Islam yang dibina atas dasar untuk menghidupkan ilmu berasaskan Islam di rantau ini. Kehancuran yang dibawa oleh beliau itu ialah apabila lebih 45 program pengajian dibawa masuk tanpa satupun tinjauan pasaran dibuat untuk melihat kebolehpasaran program-program yang baru diperkenalkan. Akibatnya, lebih banyak kerugian yang terpaksa dihadapi daripada keuntungan yang diharap-harapkan. Akhirnya, bermulalah episod kehancuran yang memberi kesan perit kepada kakitangan apabila gaji lambat dibayar dan pembayaran kepada pihak ketiga tidak dibuat. Kakitangan menghadapi kepayahan disaman bank dan institusi kewangan. Jadi, apabila turunnya Dato’ Wira [JAZAN] pada ketika itu dan bangkitnya parti Barisan Nasional di bawah kepimpinan Dato’ Seri Mukhriz Mahathir, kakitangan merasakan kebahagiaan sebentar cuma.  

(2) Duka kerana mereka mengharapkan sarjana Pengajian Islam yang datang untuk memimpin mereka ke arah kecemerlangan. Sebaliknya, yang datang ialah seorang yang hanya mempunyai ijazah Sarjana tiada PhD dan di dalam bidang Ekonomi pula. Keresahan timbul pula apabila mereka mendapat tahu yang pemimpin yang mereka harap-harapkan ini menuntut gaji yang terlalu mahal – RM40 ribu sebulan. Ini bukan satu amaun yang sedikit, Datuk. Ditinjau gaji-gaji Naib-naib Canselor IPTS atau CEO IPTS pun tidak sampai jumlah sebegini lumayan. Apakah hebatnya Datuk ini jika dibandingkan dengan Profesor Jomo Sundaram, pakar ekonomi Universiti Malaya, atau Profesor Emeritus Mohamed Ariff, MIER, misalnya? Sebenarnya, Datuk ini ibarat “orang masuk bakul, angkat sendiri”. Anugerah CMO Asia yang Datuk perolehi itu pun bukanlah  satu anugerah berprestij seperti yang diuar-uarkan. Lihat sahajalah para para juri dan panel yang berada di dalam lembaga CMO Asia tersebut? Boleh dilihat hampir semua juri orang negara INDIA. Apa hebatnya? Tak hebat pun! Calon calon yang bersaing pun dalam kategori anugerah itu boleh dipertikaikan. Menang tanpa bertanding kah Datuk? Bayar yuran keahlian mahal, penganjur kena ciptalah anugerah kan? Kakitangan tidak sedikit pun merasa hairan dengan anugerah tersebut kerana kebahagiaan mereka telah dirobek oleh dasar kepimpinan Datuk yang haru biru ini.

Yang Berbhg. Datuk

Sebenarnya terlalu banyak persoalan yang sedang bermain di dalam kotak pemikiran semua kakitangan KUIN. Pelbagai janji yang masih ditagih. Berikut kakitangan senaraikan apa yang perlu dijawab oleh pihak KUIN (khususnya Datuk sendiri) yang selalu ditanya oleh kakitangan. Di antaranya adalah :
1.    Mengapa sudah berpuluh-puluh MOU telah ditandatangai oleh pihak KUIN bersama pihak luar, tetapi apa yang berlaku sehingga kini? Apa sudah jadi dengan perjanjian persefahaman Universiti Alexandria, Mesir? Apa sudah jadi dengan Yayasan Pondok Malaysia? Apa sudah jadi dengan Council of Islamic Chinese Relations? Apa sudah jadi dengan IAIN Samarinda Indonesia? Apa sudah jadi Datuk? Kenapa tiada khabar berita? Apa strategi Datuk dengan berpuluh-puluh MOU yang sudah Datuk tandatangani itu? Jangan hanya mempamerkan MOU tersebut di almari kaca Datuk sahaja.

2.    Bagaimana perkembangan Sekolah Bestari? Khabarnya sekolah tersebut telah dijual. Di manakah wangnya, Datuk? Berapa harga jualannya? (Kakitangan pun ingin tahu juga). Mengapa satu ketika dahulu Datuk beriya-iya benar untuk meneruskan sekolah itu walaupun diketahui ramai tidak produktif, umpama “memikul biawak hidup”. Kenapa Datuk?

3.    Bagaimana dengan program Kejuruteraan dan Multimedia Kreatif yang menelan belanja ratusan ribu ringgit? Kalau mahu hentikan program-program tersebut mengapa pula dilantik Dekan yang baru dan  tidak pula diambil di kalangan staf akademik sedia ada? Mengapa, Datuk?

4.    Di awal kedatangan Datuk, masihkah Datuk ingat apabila Datuk dan team Datuk mensasarkan KUIN menjadi Universiti penuh pada tahun 2015 tetapi sekarang  telah dianjak kepada 2016. Tak malukan Datuk ubah-ubah? Itu tanda tiada yakin dalam kepimpinan. Tidakkah cukup pakar-pakar yang ada di KUIN untuk merealisasikan hasrat ini? Mana pakar Ekonomi? Mana pakar Maqasid Syariah? Mana pakar Perbankan Islam? Mana pakar Pendidikan? Mana Pakar Kaunseling? Mana pakar Pengajian Islam? Di manakah mereka yang boleh mendokong hasrat Datuk ini? Adakah mereka masih tetap di belakang Datuk? Mengapa kakitangan lihat yang lahir adalah pakar cabutan minit dan pakar putar belit pengurusan HEA?

5.    Penyampaian akademik di KUIN masih di takuk lama. Pendaftaran subjek masih lagi tunggang langgang, jadual waktu masih lagi bertindih. Mana mungkin hasrat Datuk ini tercapai jika perkara asas ini masih terkial-kial untuk diselesaikan. Mana mungkin, tak begitu, Datuk? Atau memang Datuk yang pencetus penggemar budaya begini di ipt ipt tempat Datuk bekerja sebelum ini?


6.    Sasaran pelajar asalnya sebanyak 9000++ jika pindah ke Kampus Kuala Ketil, apakah sasaran ini telah dicapai? Ataupun sasaran ini perlu ditangguhkan lagi dan lagi? Sasaran di atas kertas adalah sangat mudah untuk dilakukan, tetapi realitinya cukap sukar untuk dilaksanakan. Dan Timbalan Datuk selalu pula merungut sasaran pihak kewangan sebanyak 2800 pelajar terlalu tinggi. Apa sudah jadi dengan jumlah pelajar 9000++ yang Datuk sasarkan di awal kedatangan dahulu? Mengapa tidak kesampaian, Datuk?

7.    Kemasukan pelajar dicanang seolah-oleh mencapai sasaran tetapi kenapa pula tidak Datuk dedahkan % pelajar yang berhenti? Dengar kata ramai yang keluar. Mengapa, Datuk?

8.    Isu penyelenggaraan seperti rumput, tandas, lif dan sebagainya tampaknya masih haru biru dan kelam kabut. Kemunculan ular tedung di halaman kampus Datuk bakal menimbulkan kegusaran para waris. Jika mereka dikhabarkan pula dengan angin yang mengatakan ada kakitangan dipagut ular, bayangkanlah apa persepsi masyarakat terhadap pengurusan Datuk. Janganlah Datuk letakkan tanggungjawab itu kepada pihak Pembangunan atau mana mana pihak sekali pun. Dengan gaji yang lumayan itu, Datuklah yang bertanggungjawab penuh ke atas semua permasalahan ini. Bukankah begitu, Datuk?

9.    Perpindahan kakitangan dari Alor Star ke Kuala Ketil meruntun emosi lebih separuh kakitangan Datuk. Ada yang terpaksa berulang-alek dengan gaji yang entah seberapa, bukan macam gaji Datuk RM40k. Ramai pula yang merungut terpaksa menaiki kenderaan awam dan bangun seawal 4 pagi untuk bersiap ke pejabat di Kuala Ketil. Ada pula yang mengadu sakit belakang dan demam deman dek kerana terpaksa berulang-alik saban hari. Kontrak penyambungan bas dari Alor Star ke Kuala Ketil juga masih samar-samar. Kasihanilah kakitangan Datuk yang mengharapkan sesuap nasi berhempas pula dalam dingin pagi untuk datang ke kampus hutan belantara Datuk ini. Seperkara lagi, Datuk pernah menjanjikan perumahan kakitangan kepada kakitangan. Tetapi janji tetap hanya tinggal janji. Di manakah perumahan kakitangan tersebut? Janganlah mereka disuruh membayar 700-800 ringgit setiap bulan menyewa di kawasan Kuala Ketil (yang begitu mahal kos sara hidupnya akhir akhir ini). Di manakah penghujungnya isu perumahan kakitangan ini, Datuk?

10. Tidak cukup dengan bebanan-bebanan seperti disebut tadi, Datuk tergamak memaksa kakitangan untuk mengeluarkan wang yang tidak seberapa itu untuk menderma pembinaan surau KUIN, berbelanja untuk jamuan Aidil Fitri 2015 dan segala macam derma yang Datuk minta kakitangan beri kepada KUIN. Tidak cukupkah  Datuk minta  kakitangan berkorban berpindah randah satu ketika dahulu dengan wang ringgit poket sendiri. Tidak cukupkah pengorbanan kakitangan Datuk?

Mungkin inilah nasihat yang ingin disampaikan oleh kakitangan kepada Datuk. Janganlah lena dibuai gah kejayaan anugerah-anugerah yang dikatakan berprestij. Contohnya sudah jelas anugerah CMO itu bukan satu anugerah yang boleh dibanggakan pun. Lainlah kalau anugerah daripada Universiti Cambridge atau Oxford atau Harvard atau Al Azhar. Barulah gah, Datuk.

Yang Berbhg. Datuk
Silalah Datuk fikir-fikirkan lah apa yang diperkatakan ini.  Datuk sebenarnya gagal membawa KUIN ke mana mana. “Balik balik duk tang tu juga” kata orang Kedah. Semboyan telah berbunyi. Datuk fahamlah siren yang dibunyikan menandakan Datuk sudah tidak diperlukan di sini. Tidak perlulah menghantar Prof Che Ani Mad untuk mengirim surat sokongan para Dekan kepada YAB Menteri Besar bagi memastikan kerusi jawatan Datuk di KUIN terjamin. Masih ramai yang boleh dan mampu menggantikan tempat Datuk. Masih ramai lebih layak, percayalah!
Terima kasih kerana sudi membaca luahan ini, Datuk.


insan peka tapi tak lena....

Friday, 21 August 2015

MINTAK GAJI 45K SEBULAN, MELEBIHI PM TU....



Dah lama Pak Lang diamkan benda ni TAPI tak bulih...semak perut Pak Lang! Bukan apa....ni laaaa, CEO sebuah kolej universiti swasta di Kedah la ni, dok mintak kerja daripada kerajaan negeri nak bantu PULIH kolej tu yang teruk duit ringgit duit kupang depa, 2 TAHUN sudahhhh. Dengaq nak tolong tuu..bulih sangat laaa...Bila dah dapat jawatan CEO tu, dia mintak gaji sebulan 45k! Tudiaaaaa aihh......dahla kolej tu teruk duit ringgit nak terbalik dah Pak Lang tengok dari dulu, hang dok wat terok lagi. Sebenaqnya hang tu yg terok CEO! Balaih mentekedarah duit peruntukkan kolej tu dok wat cakap manaih ada....
Pak Lang tak marah aihh...awat??? Nak tengok bukti ka....ada pak lang simpan. Pak lang dok dengaq hang sebut masa sidang DUN tahun sudah lagi......aik lupa ka? tu la dah pencen dah kerap la lupa. Hang dok kata gaji hang 'LEBIH RENDAH' daripada CEO 'anak syarikat' kolej tu dulu RM 35k, hang kata anak syarikat tu banyak masalah, qupa qupa hang mintak senyap senyap lagi tinggi noooo....lagi tinggi daripada PM nooooo....





Pak Lang kesian kat kolej ni. Pak Lang mai sekali sekala pon dok dengaq semedang duit tak cukup duit takdak dok bayaq hutang. Isshhhh....dok langut langut laaaa, hang CEO dah kaut SEJUTA lebih dah kalau 2 tahun! Tudiaaaaa....kaya kaya kaya! Biaq kolej merana oghang kata meskin tapi poket CEO masyuuukkk....Hang jangan dok ingat kolej ni anak syarikat kerajaan negeri hang dok berlumba siapa paling tinggi gaji di kalangan GLC negeri ni! Tamak!

Pak Long dok peghati ja dari luaq...tempat lain takdak nak bagi aih hang gaji bulan 45k! Tu yang hang 'sayang' sangat nak bantu kolej ni tapi kami kot keliling ni dok kira takdak apa pencapaian ARJUNA HEBAT yang hang buat takat ni?????? Hang CEO betui nak bantuu ka? Potong gaji bagi sama ketua lama sebelum ni mau? Nanti Pak Lang tanya kawan kawan rapat hang...


Tuesday, 18 August 2015

DUA TAHUN HAMPIR TIBA………..INSAF LAH!!!




Tak lama lagi dah 2 tahun dah….sekejab sahaja masa berlalu…dah berapa lama KUIN dok kat kuala ketil ni..ada perubahan apa-apa tak …sejak 2 tahun ni…ada penambahbaikan tak…sejak 2 tahun banyak yang berubahkan..kan..kan….berubahlah….sat dok mergong pastu dok kat kampus indah di Kuala Ketil…tenang dok kuala ketil tu…lapang…. tengok kampus kuala ketil ni….kalau stress mailah kuala ketil..lapang..memang lapang…..lapang betui….kampus besar …orang sikit….memang lapang…...pemandangan pun indah….rumput banyak…..hijau sungguh ….dengaq nak dapatkan pelajar beribu ribu sesi Julai..dapat tak? Tapi kalau tengok daripada keadaan yang lapang macam tak dapat ja pun….Bayangkan pelajar yang mai…tu 4 angka, macammanalah agaknya minggu pertama nak start kuliah….clash!!!!!!!….daftar subjek!!!!!….jadual!!!!!!  kena berebut kelas….wahal wajib kecoh….havoc …Alhamdulillah yang mai bukan 4 angka…..malaslah nak duk cerita-ceriti pasai perkara dah jadi macam tok nadok nie…..


Tup tup dengaq cerita lain pulak ni….APA LAGI NIH??????  Kena turun naik tangga pulak dah..turun naik tangga apa plak ni….tangga????? kat Kampus Kuala Ketil nikan macam-macam ada…ada tangga…ada lif..ada tasik…..ada ..ada..ada.adalah….awat yang turun naik tangga ni ….LIF TAK BOLEH GUNA????? AWAT PULAK NI……pasai lesen…bulan MEI….keselamatan tak terjamin….pening kepala cheq duk pikiaq ni…sapa nak pikiaq ni…..malas pikiaqlah….hampa pikiaqlah sendiri….


S.U.M.B.A.N.G.A.N….. Sebut betul-betul ya! Cuba anda semua sebut dan ulang dan ulang berkali-kali. Dah nak masuk 2 tahun ni! Apakah sumbangan anda? Jangan ditanya apa KUIN boleh beri kepada anda TETAPI tanyalah apa yang sudah anda berikan kepada KUIN. Sejauhmanakah pencapaian anda? Apakah halatuju anda? Kemana nak dibawa orang-orang di bawah pimpinan anda? Dengar kata, dah berpuluh MOU ditandatangani. MOU sana. MOU sini. Ini cerita buat duit ke ..buang duit ni? Nampak saja macam gah. Award sana, award sini. Tapi masalah sistem akademik masih berkeceramuk. Masalah pembangunan staf tak ditangani. Masalah persekitaran tak diselesaikan. Masalah kebersihan juga terabai . Tak penting ke masalah-masalah  tu semua? Gunalah kepakaran kamu, gunalah keterlihatan kamu, gunalah kemasyhuran kamu, gunalah kawan-kawan kamu, Gunakanlah pengalaman kamu yang tersangat luas untuk membawa KUIN ke satu tahap yang membanggakan….. Apa peranan kamu sebagai pemimpin sebuah institusi Islam? Dengan ganjaran yang sungguh lumayan itu, apa yang sudah kamu selesaikan? Alahai Datuk….dah dua..ya.. dua tahun ni…kalau rasa dah tak boleh dah…belajar lah “melepaskan” apa yang kamu ada……


·         Ketua Editor

Sunday, 16 August 2015

RUMPUT vs PAKAR EKONOMI





nah hai....Mamu nak habaq Mai ni, Mamu pi hantar anak penakan Mamu pi Masuk kolej insaniah ni baru-baru ni sejak bulan Jun. Lepas raya Mamu pi hantar sekali lagi dia nak balik ke asrama. Laaaaaaaa.....ni awat jadi lagu ni???  SEmak mata Mamu tengok!!!!!....Tudiaaaaaa RUMPUT! Panjang nak mampuih.....eeeeeeee takdak orang dok kisah ka? Malu sangat laaaa....semak perut Mamu tengok!

Mamu dok bagi semangat rekemen kat anak penakan Masuk kolej ni, tapi Mamu rasa silap....tak macam imej ipt Islam sepatutnya. Ketua dia dok buat apa? Mamu dok baca dalam paper ketua dia Nama Rektor. Tahun ni Mamu dok baca paper rektor ni dok kerap komen pasal ekonomi Malaysia, dia kata dia PAKAR Ekonomi! Adik Mamu (Pak anak penakan) tu pulak dok kata rektor ni Ada keluaq tv cakap cakap pasal ekonomi. Cuuuiiihhhh......Dok buat qhaplah Jingga pa???? PAKAR ekonomi Mai dari ceruk  mana RUMPUT panjang pon tak potong????... Beruk mat yeh pon boleh dok sembunyi dalam semak tu tau!.Rektor Tak dak duit dah kot???  dok sibuk ekonomi Malaysia, hang tak tengok ekonomi ipt hang bab duit potong RUMPUT pon tak mampu nak urus ka? Malu ngat aiihhhh.....sembang  kemaih!

Qasa nak suroh anak penakan Mamu tu pindah ke kolej Islam yang lain lah lagu ni.....imej macam tak yakin ja Mamu dok tengok. Tu nasib baik Mamu belom pi melawat bilik ayaq ka tandas ka, qasa lagi terok boleh naik pitam kot!...Mamu nak repot pada menteri ipt baru lantik ni. Mau kasi datang mengejut mau tengok sama itu rumput....itu time Mamu mau rektor pakar ekonomi malaysia ada sama turun melawat rumput. Bab RUMPUT tempat sendiri pon tak selesai!

* Admin - selalu minum kapucino dengan Mamu

Tuesday, 11 August 2015

SISTEM PENDAFTARAN SUBJEK YANG SERING BERMASALAH



Hai hai hai….Wak sudah kembali!!! Iye lah, Wak Kempis nih! Selamat hari raya buat semua warga KUIN. Dan selamat kembali bertugas. Kerja lah secara ikhlas. Minta lah penghargaan dari Allah bukan dari manusia. Tidak perlu mewar-warkan apa yang kita buat kepada sesama manusia..yang penting Allah mengetahuinya. Wak nak ucap selamat datang kepada pelajar-pelajar baru KUIN. Semoga anda dapat belajar dengan baik di KUIN dan menerima KUIN seadanya…….semester baru telah bermula pada 28 Jun 2015. Alhamdulillah. Wak nak tanyer lahhh…Adakah wujud  penambahbaikan semester ini dengan semester-semester sebelumnya? Wak kenal ramai students students KUIN ni…..Students boleh register subjek tak…..boleh mula start kelas tak ikut jadual…..jadual waktu diedarkan kepada kuliah awal tak….students ada ke first day start semester baru …jadual waktu clash tak…? Banyak nyer persoalan wak nak tahu ni….ada ramai kawan wak tengah mengajar…….tok…tok..tok…pintu diketuk……ehh…waktu ni kelas saya…..alamak…..CLASH……macam mana susun jadual ni…dari jabatan mana yer yang buat jadual ni…..hal ehwal akademik ke….kuliah ke….dekan ke….pengarah ke….tak tau nak jawab lah….kesian RIBUAN students dan pengajar yang Wak kenal….kesian kesian kesian. SEMUA tu KAWAN KAWAN wak tuh!!! Minum teh tarik semeja, tak kira siang, petang ke atau malam, janji teh tarik



sistem boleh akses tak….ooo..mungkin ni masalah internet sedunia…so tak boleh akses….nak buat macam mana internet sejagat tak leh akses..apa tah lagi di KUIN…students masuk kelas tapi boleh register dalam sistem tak….ada lagi persoalan……siapa yang boleh jawab semua persoalan ni…siapa yang kena bertanggungjawab ni….dekan ke…pensyarah ke..atau students kena REDHO jers  sebab siapa suruh masuk KUIN kan kan kan....JOM MASUK KUIN…….Wak tak boleh redho je tanpa usaha

BILA 'PAK TURUT' BERI ARAHAN PAKSARELA KEPADA DEKAN-DEKAN SURUH SIGN MEMORANDUM!!!!

Sejak eden bongkar peel perangai Rektor kuin sekarang ni haa yang sentiaso suko cakap bosar macam burung morak, suko bonar sebut-sebut kebaikkan dio yang dio dah buek, suko cakap menteri tu kawan dio menteri ni kawan dio pada semuo pelajar dan staf sejak mulo dulu sampai sekarang naik MELUAT nak muntah, rupa rupanya dah ramai mengaku memang botol apo yang diorang dongar dan lihat!....

Al-kisah, orang kanan rektor namo Prof Dr Cik Ani(Timbalan Rektor HEA) dah mulo kutip tandotangan tandotangan daripado dekan-dekan di kuin nak buek memorandum...Podio??? MEMORANDUM!!!!.. kununnya nak sokong kepimpinan tok chop sebab KONTRAK 2 TAHUN tok chop jadi rektor dah nak tamat bulan September 2015 bulan depan nihaaa......Apo??? Nak TAMAT dah ko??? Yoooooo TAMMAT!!! Ooooooo ekau nak suruh MB sambung kontrak tok chop terus jadi rektor? Ekau nak kerajaan nogori kodah sambung kontrak tok chop terus jadi rektor??? Wooiii...ekau balik lah ke ofis tempat lamo yang ekau banggo banggokan tu........ekau guno cik ani PAKSO dekan dekan SIGN!! SIGN!! SIGN!!!...??? Salah tu tok chop! Salah tu cik ani! Ekau tak takut kek ALLAH ko? Ekau tahu tak cik ani....... ado dekan tu hah nak laporkan pado SPRM perbuatan ekau tu! Bilo SPRM amik keterangan baru ekau tahu langit tinggi ko rendah ko...Ekau nak kono PENJARO ko cik ani? Ekau dah tak sayang kek anak cucu ekau ko cik ani?  Iyolah...sebagai balasannyo jiko tok chop sambung kontrak ekau dapatlah jugo sambung kontrak ekau, dapat kuaso tok chop kasi, dapat imbuhan duit bilo sambung kontrak selepas 2 tahun....tu rasuah tu cik ani! bukan eden kato tapi SEKSYEN 2 AKTA PENCEGAHAN RASUAH 1997 (AKTA 575) yang kato bab takrif suapan! Emmmmhh....eden taknak cakap sal undang undang ni nanti ekau kato eden ni lawyer lah pulo! Dah lah ekau tu AKTA 555 pon ekau tak hafal! Ishk..ishkk..ishkk..macammano lah ekau boleh jadi timbalan rektor hea nih, main tangkap muat ko? Patutlah makin hari makin lingkup sistem pengurusan akademik di kuin ni haaa.

 Arakian, ekau ado partner orang kiri rektor namo En Sayuti Sanusi(Pengarah HEA) selaku pengarah projek tandotangan ni lah. Dio ni motivator ekau lah kan cik ani, bagi semangat ekau arahkan dekan dekan...kahkahkahkah ekau dapat partner belut! Ewah ewah ewah.... Ekau kono sedar dekan-dekan tu pon ado maruah, ekau guno kuaso dan jawatan ekau untuk PAKSO! Apo kono eaaa jang? Ekau nak suruh kerajaan negeri percayo, nak suruh mb percayo yang memorandum ekau tunjuk tandotangan dekan-dekan kato tok chop ni bagus!!! Ekau jangan nak bodoh-bodohkan kerajaan nogori Kodah ni cik ani....dah ramai dah sodar dan meluat peel dio, tapi ekau jadi pak sanggup kek dio! Korang berduo BERSARO lah...umo pon dah lebih 60 tahun dah tuo.....buii tenago baru tenago mudo ganti korang berduo...balik jago bini, jago anak jago cucu jago cicit laieeeee bagus!

Timbalan Rektor HEA Cik Ani ni, seorang staf yang tak dapek sokongan majoriti ahli akademik di kuin. Haru biru pengurusan akademik di kuin bawah dio ni dengan partner dio si sayuti sanusi tu. Tak cayo tanyolah para pelajar...Asik kipas yooo, mano nak elok! Kepimpinan diorang ditolak hinggo kini sebab tak ado penambahbaikkan sistem pengurusan akademik. Teruk lagi adolah..

Ekau tahu tak cik ani, ado dekan-dekan yang TAK SETUJU sign memorandum tu tapi ekau pakso...ekau bui kato duo. Apo PAKSO-PAKSO??? Ekau tunggulah.....SPRM datang!

Friday, 7 August 2015

BANGUNAN KAMPUS KUIN ALOR SETAR TIADA CF






Eden ni ha tengok yo ekau Tok Chop....dah lamo eden perhatikan ekau...perangai ekau...cakap ekau...ekau ni suko menunjuk-nunjuk. Suko cakap bosar...dekek waris ekau cakap bosar, dekek staf ekau cakap bosar, yang best tu dekek kerajaan nogori pon ekau cakap bosar! Sudah-sudah lah tuuuu...bertaubatlah ekau tok chop! Ingat posan tok nenek kito....orang Kodah bilo ekau selalu cakap bosar, dia orang akan MELUAT dekek ekau! Apo dio????...sekali lagi MELUAT!!
Dah dekat duo(2) tahun dah ni...mulo-mulo masuk dulu ekau kato kono pindah kampus ke Kualo Ketil tu haa...sobabnyo bangunan kampus Bandaraya Alor Setar tu takdo CF ko apo ko bondo eaaaa....ekau terhegeh-hegeh pakso staf-staf pindah, ekau kato bangunan kampus di Bandarayo Alor Setar tu tak selamat lah!....alih-alih ekau nak kasi SEWOkan pada orang luar pulak yooo? Ekau nak bagi mampuih ko orang awam menyewo bangunan yang ekau kato tak selamat takdo CF tu? Ekau ni sanggup main-main ko??...ekau gelap mato nak duit betingkek-tingkek???

Tuesday, 30 June 2015

SEKIAN LAMA MEMERHATI...KINI BERITA KUIN KEMBALI

Salam Ramadhan 1436...Salam warga KUIN yang dikasihi

Setelah sekian lama menyepi, blog merah kini kembali. Setelah kita lama memerhati, kini kami muncul lagi. Hampir 7 bulan kita berada di kampus serba canggih ini. Diharap warga KUIN sentiasa ceria. Apa khabar rakan-rakan yang berulang-alik seawal 6.30 pagi dari KM ke KK? Apa khabar rakan-rakan pensyarah yang berulang setiap hari dari AS ke KK demi mendidik anak bangsa.? Admin ingin mengucapkan tahniah kepada anda kerana sentiasa berkorban meninggalkan anak, isteri, suami, keluarga demi KUIN.Tahniah dari GBK!!
Apa khabar para pelajar?? Anda selesa berada disini? Bagaimana dengan penginapan anda? Makan minum anda? Segala bentuk kemudahan yang disediakan...Adakah anda berpuashati?? Bagaimana dengan pendaftaran subjek anda? Bagaimana dengan kelas anda? Banyaknya  pertanyaan admin...takpalah..admin doakan semoga para pelajar terus cemerlang.
Ok..admin tak mau tulis panjang sangat...bulan puasa ni..kata tok guru..banyakkan berzikir, kurangkan bercakap...Kita jumpa lagi...

Kepada rakan-rakan GBK..Sentiasalah update....Selamat berbuka puasa.....Berhati2 semasa memandu

Friday, 23 May 2014

PENTADBIRAN KUIN ZALIM : POTONG GAJI STAF TANPA KEBENARAN

      Setelah menunggu saat gaji bulan Mei di bayar, kini sah sebagai permulaan beberapa orang staf telah dipotong gaji tanpa kebenaran, ini bermaksud perang dengan blog merah telah bermula. 
    
     Tiada kompromi dengan hal kebajikan staf yang diabaikan, biar siapa pun mereka yang teraniaya. Bahkan jika ahli GBK berkompromi dengan penzalim-penzalim yang bertopengkan super hero KUIN mereka juga di kalangan orang zalim. Kita kena tolong orang yang kena zalim dan perang habis-habisan 

Al kisah ramai staf dapat surat mengenai pendahuluan diri yang belum diselesaikan pada awal april 2014. Dalam surat tersebut mengatakan perlu memberikan pelarasan sebelum 30hb april 2014.

Pada awal mei 2014 jumlah staf yang membuat pendahuluan diri rm5000 ke atas adalah  6 orang staf telah dapat surat pemberitahuan pemotongan gaji  hj besar, sayuti, sajiah, hasliza, ustazah azlina dan roshidi dengan jumlah amaun yang berbeza.
Pemotongan akan dibuat bermula bulan mei bagi jumlah ini potongan adalah sebanyak enam kali bermula bulan mei.
Salah seorang dari mereka telah menggunakan wang pendahuluan diri atas urusan  ke Jeddah pasal event kuin. Lebih kurang 40,000 lbh 

Ada seorang lagi membuat pendahuluan KUIN atas urusan KUIN ke Bangkok berjumlah 30,000 

Ada seorang lagi pulak tu  atas perbelanjaan yang berlaku dalam event Life 1 KUIN di LAngkawi  di awana porto malai langkawi berjumlam rm10,000, 

Seorang lagi pulak buat pendahuluan diri untuk tujuan promosi KUIN di Brunei sebanyak rm5,000  dan rm34,180 untuk minggu siraturahim KUIN  2009.  tu pun nama orang lain cuma dah masuk akaun seorang ni, so seorang ni lahhh kena tanggung.

Ada seorang lagi buat pendahuluan KUIN mengenai urusan KUIN dengan  jabatan pasport.

Orang-orang di atas telah dipotong gaji mereka mulai Mei  2014 ini. kerana kononnya tak buat pelarasan diri. dan ada ramai orang lagi  akan kena potang mulai bulan - bulan hadapan.

Mari saya nak ajar cara pentadbiran KUIN berfikir ala panda cina.......

1. Mereka semua buat pendahuluan diri wang untuk kegunaan dan kepentingan KUIN bukan untuk kepentingan diri sendiri seperti beli kereta baru, ubah suai rumah dan lain-lain lagi...so adakah wajar mereka dihukum zalim begitu, panda cina pun boleh berfikir.... kenapa Universiti yang ramai profesor dan pentadbiran yang diimport tak boleh pikiaqqqq.

2. KUIN kena sedar antara sistem dan manusia .... nak urus manusia atau betoi bendul dengan sistem ? Kalau nak ikut sistem betul-betul .... kalau kereta parking tak masuk kotak samanlahhhh... kalau tak berstiker  samanlahhhhhh....
 
3.  Takkan gaji tinggi dan pentadbiran import tak boleh fikir cara selesai masalah KUIN dengan berhemah dengan berperi kemanusaiaan... sepatutnya gaji tinggi dan pentadbiran import kena lebih matang berkualiti bukan berotak mati.

Mari kawan-kawan kita mula step pertama semua jangan :

1. Jangan lagi buat pendahuluan diri untuk kegunaan KUIN kerana risiko anda yang tanggung untuk diaudit oleh orang tertentu.

2. Mari tiap -tiap malam bangun awal jam 5 terutama bulan rejab dan Syaaban serta ramadhan untuk solat hajat kepada orang zalim yang menzalimi staf KUIN macam kita buat dulu.

3. Jangan bagi muka dengan orang zalim... apa yang kita boleh buat.. kita buat , tak perlu habaq kat orang , yang penting staff di pelihara kebajikan... 

4. Kita berusaha dengan apa cara sekali pun untuk lenyapkan kumpulan penzalim di KUIN .

'DOA ORANG YANG DIZALIMI MAKBUL'