Dr. Jamil Osman, dilantik sebagai Rektor baru Kolej Universiti Insaniah (Kuin) oleh Azizan Razak. 19 Februari 2012, Rektor diminta letak jawatan oleh pelajar bila ada isu wang zakat diambil tanpa pengetahuan pelajar.
50% wang zakat pelajar dipotong tanpa
pengetahuan pelajar dengan alasan ada pelajar yang mempunyai tunggakan
melebihi RM2,000. Ini isu yang pertama.
Kedua, Rektor diminta letak jawatan
kerana dua blok asrama Farabi, Mergong dan enam blok asrama berdekatan
Stargate tidak punyai sijil layak menduduki dan tiada ciri keselamatan.
Ketiga, Rektor telah naikkan yuran RM200 untuk setiap jam kredit dan menaikkan caj RM25 untuk semakan status akademik.
Keempat, Rektor telah menyalahgunakan
kuasa dengan menghadiri mesyuarat pada 23 April 2012 dan membuat
keputusan ketika sedang bercuti. Sedangkan tempoh bercuti tamat pada 11
Mei 2012.
Kelima, Rektor sudah dilantik melebihi 4
tahun sedangkan tempoh kontrak adalah 3 tahun seperti mana yang
terkandung dalam peruntukan OS11000 dan OS2900.
Keenam, Rektor KUIN tersebut telah
melantik 6 orang yang mempunyai kaitan keluarga dengan beliau dalam KUIN
dan juga anak syarikat yang ada hubung kait dengan KUIN.
Ketujuh, Rektor KUIN telah melantik 8
orang dalam KUIN yang mempunyai gaji yang agak lumayan dan tidak
setimpal dengan justifikasi kerja yang ada.