Krisis kewangan KUIN semakin
menekan kebajikan kakitangan sehinggakan ada seorang kakitangan KUIN yang
membuat pinjaman kewangan daripada sebuah bank di Alor Star telah ditarik balik
kerana mendapat arahan supaya dibekukan semua pinjaman yang dibuat oleh
kakitangan KUIN.
Beliau yang sebelum ini mendapat
panggilan telefon daripada bank tersebut untuk hadir ke bank bagi
menandatangani kontrek perjanjian kewangan pinjaman terkejut apabila tiba di
bank tersebut dan dimaklumkan bahawa mereka menerima arahan daripada bos bank
mereka supaya dibekukan semua pinjaman kakitangan KUIN kerana bimbang dengan
semua masalah kewangan KUIN yang sangat kritikal sehingga KUIN gagal membayar
bayaran pinjaman kepada bank walaupun gaji telah dipotong dalam slip gaji
kakitangan.
Apalagi kezaliman yang jamil nak
buat kepada kakitangan!!!cukupla dengan kezaliman yang ada kemudian menipu
pulak. Kami doakan agar jamil dikeluarkan dari KUIN atau dikenakan tindakan
yang sewajarnya oleh Allah S.W.T.