Menurut surat yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftar memaklumkan satu perjumpaan antara semua staf dan Jamil akan di adakan pada 15 Januari 2013 berkaitan pross perpindahan ke Kuala Ketil.
Memang gerakan BERSIH sudah lama menunggu masa yang diidamkan ini bagi memperjuangkan hak dan kebajikan kakitangan yang diabaikan Jamil. Kini ia bagai terhidang di dpean mata .
Sehubungan itu semua staf KUIN wajib turun pada masanya dan memberi sokongan apa yang akan dilakukan oleh gerakan membela kebajikan yang diabaikan Jamil.
Cuma persoalannya , adakah Jamil yang dikenali bersifat diktator benar-benar nak turun jumpa staf. Kami tunggu.
Staf yang masih tersangkut bayaran tertunggak berbulan-bulan sehingga kena surat saman bank dan surat tarik kereta bawa sekali. begitu juga yang luput insuran kerana KUIN tak bayar pun bawa sekali. Pendek kata apa sahaja yang berkaitan dengan kebajikan kita akan sama-sama serlahkan.
Jika pengerusi atau mana-mana pegawai tak buka soalan , atau menghalang pross dialog kita akan buat HIMPUAN KEBANGKITAN STAF.
Apa yang penting , bertindak mengikut arahan yang akan dikeluarkan dari masa ke semasa dalam blog ini, dan sampaikan kepada rakan yang lain.