Pages

Monday, 29 April 2013

JAMIL DAH ARAH KELUARKAN DOKUMEN DAN BARANG DARI KUIN MERGONG

30 April - Kelmarin kelihatan beberapa orang telah diarahkan oleh orang atasan untuk memindahkan barangan dari pejabat Rektor yang terdiri dari fail-fail sulit dan dokumen Insaniah Holdings zaman Syayaa ke Kuala Ketil pada waktu pagi. Aiiiikkkkkk kita sangat hairan, tak sempat pilihanraya lagi sebab pililihanraya 5 Mei ini, pun dah bawa lari dokumen dah.

Pada sebelah petangnya pulak Jamil arahkan pemandunya Mazman untuk membawa keluar beberapa barangan Jamil yang terdapat di pej Rektor tingkat 2 di KUIN Mergong.

Jamil dah terasa nasibnya akan lebih malang menjelang keputusan PRU 13 5 Mei ini.

SELAMAT TINGGAL JAZAN

Sunday, 28 April 2013

COO INSANIAH HOLDING GAGAL. BUKTI KUKUH INSANIAH HOLDING PERLU DITUTOP

Aidi Ahmad COO HOLDING


Apa Aidi buat untuk INSNIAH HOLDING selama setahun lebih kemasukkan dia? 

Aidi dilantik sebagai COO Insaniah Holding pada MAC 2012. Tujuan jawatan tersebut diwujudkan ialah untuk mencari projek-projek baru bagi Insaniah Holding yang kini tiada sebarang projek. Aidi adalah bekas kakitangan MBSB dan beliau telah diarahkan berhenti dari MBSB dan entah dari mana JaZan kutip Aidi niee. Mungkin mereka pernah jumpa merayau-rayau di sekitar kawasan pekan rabu atau City Plaza atau lain-lain lokasi. tapi itu semua tak penting.

Aidi cuba berlagak pandai dengan cubaan beli Taman INSANIAH di Kuala Ketil dengan pinjaman dari Affin Islamic Bank. Kononnya, dana dibawa dari luar untuk membantu Holding, menambah pinjaman kononnya nak bantu INSANIAH. Tetapi idea tersebut telah ditolak kerana menambahkan lagi beban KUIN.

Setahun berlalu namun selepas projek tersebut aidi COO telah kekeringan idea dan masih bergantung harap projek penyelenggaraan dan sekolah INSAN BESTARI iaitu projek lama yang ditinggalkan oleh Syayaa. 

Buat masa sekarang si aidi COO ini hanya makan gaji buta dana daripada KUIN. Sehingga kini aidi COO hanya manambah kos kepada Insaniah.  Tahukah anda semua, berapakah gaji Aidi?? Mungkin anda terkejut..

Admin Berita kuin juga dimaklumkan barang2 dikuin kampus stargate diangkut kerumah beliau. Benarkah ?Bukti gambar akan kami siarkan kemudian. Jika benar kes ini boleh dikategorikan sebagai pecah amanah dan kita boleh buat report polis.

Nasib ramli mayat tak smepat nilai. Kalau tidak, pasti dia akan usung bawak balik. Kalau kata berita kami siarkan adalah salah jom kita pi kumpul depan rumah Aidi dan ramai-ramai suruh dia buka pintu ita pi chek.

Banyak lagi yang akan dibongkarkan. insaniah holding tidak membantu kuin untuk manjana pendapatan dan holding juga telah melingkupkan insaniah tambahan lagi dengan kewujudan orang seperti ini. 

SISTEM TEKNOLOGI KUIN MEROSOT SELEPAS INSAN SYSTEM AMBIL ALIH. KUIN PERLU SEGERA TUTUP INSAN SYSTEM

Sehingga hari ini KUIN menanggung pelbagai kerugian dan masalah akibat masalah sistem Teknologi . Sama ada masalah pengkalan server data , masalah web KUIN  dan lain-lain projek system KUIN yang tergendala amat teruk serta memalukan KUIN. Terkini masalah system untuk kemasukan pelajar baru pun bermasalah.

Persoalannya kenapa Jamil masih nak bela Mansor CEO Insan System yang gagal menunjukkan kemajuan dalam sistem IT dalam KUIN. Dulu semasa sistem ini dipegang oleh pusat IT KUIN semuanya tak ada masalah. Tapi bila bawa masuk kroni semua hancur.Berniaga pun tak reti , pulak tu memalukan nama KUIN saja.

Adakah persidangan di Kuala Ketil pada 30 April ini antara Pusat IT KUIN dan Insan System adalah agenda untuk selamatkan kroni Jamil atau selamatkan KUIN? Setelah gagala menjalankan amanah adakah wajar Insan System dibiarkan pergi begitu sahaja tanpa penalti dan membiarkan Pusat IT KUIN basuh najis yang ditinggalkan InsanSystem. Atau dalam erti kata lain, wajarkah Insan System lari begitu sahaja bila ada masalah seperti Syaaya lari tinggalkan KUIN selepas nampak Insniah Holdings bermaslaah ?

Kita saksikan kemungkinan semua masalah system KUIN dan ICMS akan diserahkan kembalik kepada Pusat IT  pada 30 April ini (Selasa) di Kuala Ketil ?

JAMIL DAH TERASA BAHANG AZIZAN AKAN TUMBANG

Semasa Mesyuarat (Sukan antara Institut Pengajian Tinggi Islam Malaysia) IPTIM di Kuala Ketil pada 15 April 2013, Jamil telah mengarahkan supaya Jawatankuasa Induk IPTIM diketuai oleh Menteri Besar sebagai Penaung.   Bila pencatat minit hanya taip Menteri Besar sebagai Penaung Jamil dan semua AJK dah terasa bahang bahawa Azizan tak akan dah jadi MB Kedah dan Pengerusi KUIN sebab IPTIM November nanti baru nak buat.  So Jamil dengan dengar sendiri nama Phahrolrazi disebut sebagai Menteri Besar yang akan jadi Penaung IPTIM dan Jamil sendiri sebagai Pengerusi.   Bila Azizan tak ada maka isyaratnya Jamil automatik akan kena berhenti atau diberhentikan.

Kesiannya bila kasih Jamil akan beralih arah daripada Azizan kepada Phahrolrazi sebab bila Azizan tak pernah turun kempen Jamil dah dapat petunjuk Azizan konpom tak jadi MB dah lepas PRU13.  Tapi semua tahu Phahrolrazi tidak sehaluan dengan Azizan maka pasti Jamil juga akan tersingkir.Adakah Jamil begitu yakin yang dia tetap jadi Rektor lepas PRU13?  BERSIH KUIN akan pastikan Jamil diseret ke muka pengadilan atas semua salah tadbir KUIN selesai saja PRU13.

Skuad BERSIH KUIN tak kisah siapa jadi MB, dari parti mana, yang penting nak buat Islam tulen, jaga kebajikan dan jangan cakap bohong dengan rakyat. Jika nilai ini ada kami akan sokong dan perkara pertama yang akan diusulkan oleh skuad BERSIH KUIN ialah pecat Jamil atau pastikan Jamil keluar KUIN.

Itulah sketsa kehidupan Jamil yang ditolak oleh majoriti staf KUIN. 

SELAMAT TINGGAL JAZAN

MR GAZZET PERALAT PEMANDU KUIN UNTUK POLITIK PRU ATAU MEMANG MR MASUKKAN ORANG POLITIK DALAM KUIN

Wan driver PRO cuba main politik nak tiru sifu dia Mr Gazzet
Mohammad Yuzainal Azwan (Driver PRO)  dah pandai jadi orang politik .Mari kita baca artikel terdesak Mr Gazzet KUIN (Firdaus Salleh) yang jelas dengan dua kemungkinan :
1. Memasukkan kakitangan ke Jabatannya dengan ada agenda politik atau
2. Memang jadi lembu kena tarik hidung dengan Mr gazzet

secara jelas Mr gazzeet yang bercuti lebih seminggu untuk turun kempen politik PRI 13 adalah seorang yang dimasukkan atas agenda politik dan tak buat kerja PRO sehingga orang lain kena buat kerja PRO.

Pihak skuad BERSIH KUIN akan beri hadiah kepada Mohammad Yuzainal Azwan


SELAMAT TINGGAL JAZAN



Saturday, 27 April 2013

KRISIS KEWANGAN KUIN MERUNCING SEMULA: LAPORAN POLIS MINGGU INI

Walaupun dijanjikan dengan janji manis untuk menyelesaikan masalah kewangan KUIN terutama berkaitan pemotongan gaji dan kebajikan kakitangan KUIN, kini ia timbul kembali kerana janji hanyalah gula-gula JAZAN sempena PRU 13.

Admin akan memaklumkan terperinci mengenai masalah kewangan KUIN yang berkaitan dengan kebajikan kakitangan yang sentiasa diabaikan JAZAN selepas laporan polis akan dibuat bagi kali keempat terhadap pecah amanah Jamil dalam pengurusan KUIN . Laporan polis dijangka akan dibuat dalam waktu terdekat minggu ini.

Kita nak suruh Jamil jawab dengan polis kerana sering menganiayai kakitangan KUIN. Jika Jamil tak mahu jawab pasti kroni Jamil yang kena jawab....

28 APRIL : MQA NILAI PROGRAM MEDIC

Jamil dan kuncunya akan berkampung di KUIN mergong 28 April ini (Ahad) kerana MQA akan datang menilai program medic. Bukan apa saja ja nak bagi tau kawan-kawan BERSIH KUIN kot-kot ada pandangan apa-apa yang boleh dikongsi sebab Jamil ada di KUIN Mergong

AZIZAN BAKAL TEWAS DI SUNGAI LIMAU

Azizan yang masih ketegar dengan kuasa yang ada untuk terus bertanding pada PRU kalli ini di DUN Sungai Limau bakal melabuhkan tirai pemerintahan Hitlernya pada 5 Mei ini.

Azizan menghadapi pertandingan 5 penjuru , 4 parti yang bertanding di situ manakala skuad BERSIH KUIN adalah yang kelima. Gerak kerja saraf BERSIH KUIN tertumpu menumbangkan Azizan demi rakyat KEdah dan KUIN agar tidak ditipu JAZAN

Mengikut beberapa penganalisa politik berpendapat sokongan Azizan hanyalah daripada akar umbi sahaja manakala kaum keluarganya dan mereka diatas pagar serta ahli PAS yang kecewa langsung tidak akan memberi undi pada Azizan.

Selamatn Tinggal JAZAN

PEMBOHONGAN AZIZAN DAN JAMIL KETIADAAN ASRAMA DAN MASJID DIJAWAB DENGAN FAKTA -SURAT PEMBACA


Assalamualaikum Saudara,

Terlebih dahulu izinkan saya memperkenalkan diri saya. Saya adalah seorang profesional berdaftar yang sekarang ini bekerja di salah sebuah firma perunding (consultant) yang terbesar di Malaysia. Saya tidak ada kepentingan dan kenalan di KUIN tapi saya berasa terpanggil sebagai profesional untuk menjawab persoalan atau kenyataan dangkal yang di utarakan oleh Ustaz Azizan.Kami sebagai profesional haruslah mempunyai code of conduct dan bergerak di atas common law, di mana kami bertanggungjawab untuk berkhidmat kepada orang awam dan tidak melanggar tatususila perhubungan manusia. 
Pendek kata sebagai profesional kami harus berterus terang malahan kepada pemaju sendiri kerana setiap projek akan melibatkan nyawa dan tentunya harta benda. 

Saya ingin mengupas jawapan yang telah ditimbulkan oleh YAB Dato Seri Ustaz Azizan berkenaan bangunan KUIN tidak dapat disiapkan tepat pada masanya kerana disebabkan oleh runtuhan di Stadium Sultan Mizan di Terengganu. Pertama sekali dalam kenyataan media dan juga laporan yang diterima, runtuhan di stadium tersebut sebenarnya bukannya menggambarkan keseluruhan struktur runtuh (structure failure). Akan tetapi runtuhan tersebut adalah berkenaan runtuhan bumbung yang diperbuat dari besi.Bumbung itu diperbuat menggunakan struktur kerangka''ring'' di mana keseluruhan bebanan tertumpu kepada struktur bulatan tersebut. Besi 'ring'tersebut memang berada dalam keadaan tekanan (tension) yang tinggi. Salah satu dari komponen tersebut telah hilang intergritinya dan ini menyebab keselurahan sistem bertekanan tersebut lumpuh dah jatuh. 

Walaubagaimanapun struktur utama stadium yang diperbuat dari pembinaan RC (reinforced concrete) tidak terjejas langsung. Soalan pertama saya, adakah bangunan KUIN yang baru dibina menggunakan struktur besi? Jika bangunan KUIN menggunakan struktur besi sekali pun,mengapa kita perlu menggunakan besi sedangkan Malaysia adalah antara pengeluar simen utama di dunia. Kita di Malaysia tidak mempunyai sumber asli (raw material) untuk membuat struktur besi. Jika KUIN menggunakan besi sekali pun, adakah struktur besi yang di bina, complicated dan memerlukannya menggunakan sistem khas seperti sistem 'ring''. yang dibina di stadium tersebut. Tujuan utama penggunaan sistem ''hi tension ring'' di stadium adalah untuk meminimakan penggunaan kolumn/tiang (column) dan memaksima focus view. 

Jika benar bangunan awam seperti kampus KUIN menggunakan struktur besi,ini secara tidak langsung menunjukkan dan memaparkan bahasa senibina yang megah serta mewah setanding dengan Universiti Teknologi Petronas milik konglomerat Petronas. Persoalan kedua,adakah tujuan utama pembinaan KUIN adalah sebagai ikon seperti UTP yang direka oleh Sir Lord Norman Foster. Adakah tujuan utama pembinaan KUIN ini adalah untuk bermegah-megah dan menunjukan yang kerajaan memang mampu untuk membina bangunan sebegitu mewah.

Di dalam sektor pembinaan, terdapat tiga jenis procurement (perjanjian) utama yang digunakan secara standard diseluruh dunia. 
1.Traditional Procument - Pembinaan dipimpin oleh arkitek yang bertindak sebagai Superintendent Officer dan dibantu oleh perunding lain seperti jurutrera,QS,penilai tanah dan sebagainya. Kebiasaannya melalui procurement ini, bangunan akan direkabentuk terlebih dahulu dan kemudian pihak penilai bangunan (Qunatity surveyor) akan menanggarkan harga dan tender kemudiannya di buka. Proses ini agak telus tetapi memakan masa
2. Design and Build -Pembinaan ini biasanya di pimpin oleh kontraktor.Kesemua pihak perunding bekerja dan dibayar dibawah kontraktor. Di Malaysia sistem ini gemar dikenali sebagai 'turn key'". Proses ini memang pantas dan memudahkan kepada kontraktor kerana segala keputusan dibuat oleh pihak kontraktor. Pihak pemaju (dalam konteks ini kerajaan negeri) sepatutnya mempunyai badan penasihat - perunding bebas untuk menasihati mereka ketika mereka menggubal perjanjian. Pihak pemaju dan kotraktor biasanya akan bersetuju dan berjanji dengan apa produk yang patut diterima dengan amaun yang bakal di bayar. Contohnya kotraktor perlu menyedia 10 bangunan dengan kos RM 10 juta.Oleh itu di akhir pembinaan dengan amaun yang dibayar pemaju harus menerima jumlah bangunan yang telah dijanjikan tanpa mengira kenaikan (inflation) kos. Cost Inflation sepatutnya diambilkira risikonya ketika di awal pembidaan. Konsep ini sepatutnya menguntungkan pihak pemaju jika mereka telus.
3. Konsep Hybrid -  campuran diantara dua diatas, mengikut kesesuaian.

Saya difahakam pihak pemaju ( dalam konteks ini kerajaan negeri) tidak dapat menyediakan asrama dan masjid kepada sebuah Kolej Universiti Islam. Saya tidak mahu memberi pandangan peribadi, tetapi saya difaham kan mereka menggunakan konsep 'turn key'bagi pembinaan kampus baru KUIN. Bangunan yang dijanjikan adalah berkurangan dari apa yang telah dipersetujui .Pihak kerajaan negeri sepatutnya tidak berlembut dan mengenakan tindakan undang-undang kepada pihak kontraktor sekiranya mereka tidak dapat menyiapkan bangunan seperti yang dijanjikan. Tapi tindakan undang-undang ini memang bakal mengambil masa yang lama, tetapi keadilan dan kebenaran mesti ditegakkan.

Berkenaan dengan pembinaan asrama pasang siap yang sepatutnya telah siap, pihak pemaju sekali lagi patut mengambil tindakan terhadap kontraktor yang terlibat. Pihak pemaju sepatutnya menguatkuasakan LAD (liquidated ascertained damages) kepada pihak kontraktor. Pihak kerajaan negeri boleh menolak harga kos pembinaan bagi setiap hari bangunan itu dilengahkan. Contohnya, jika pihak kontraktor berjanji akan menyiapkan bangunan dalam 10hari. Pihak pemaju boleh menguakuasakan LAD pada hari ke 11 dan mula menolak harga kos pembinaan berdasarkan setiap hari bangunan tidak siap,sehingga ianya disiapkan. Walaubagaimanapun pihak kontraktor masih boleh memohon untuk melanjutkan tempoh pembinaan sekiranya timbul perkara yang tidak dapat di elakkan seperti elemen cuaca dan halangan dari pihak berkuasa bukan disebabkan kecuaian pihak kontraktor. Pihak pemaju perlu ditanya kenapa bangunan tersebut tidak siap dan sepatutnya kos  pembinaan dapat dikurangkan dengan LAD. Walaubagaimanapun pihak kotraktor tidak bertanggunjawab sekiranya bangunan tidak dapat disiapkan akibat kecuaian pihak pemaju - seperti kegagalan mendapatkan kebenaran pihak berkuasa. Pihak KUIN harus menjawab persoalan ini kerana setiap hari bangunan itu tidak disiapkan, ianya melibat wang ringgit dan berpihak kepada pemaju

Sya berharap penjelasan saya ini secara tidak langsung dapat menjernihkan keadaaan. Ini kerana setiap peruntukan dari KUIN datang dari sumber kerajaan negeri yang sepatutnya di kongsi oleh lebih 1.5 juta rakyat Kedah.

Sekian 
Wasalam

Tuesday, 23 April 2013

MALAM MUNAJAT PERDANA BERSIH KUIN: SEMUA DIJEMPUT HADIR


Semua warga KUIN dijemput hadir ke MALAM MUNAJAT PERDANA  seperti butiran berikut:
Tarikh  : 25 April 2013 (Khamis)
Masa    : Bermula jam 7.30 petang
Lokasi  : Syamim Cafe Mergong , (berhadapan Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar)

SEORANG DEKAN GUNAKAN MASJID UNTUK HENTAM ‘BERSIH KUIN’



Admin selepas balik dari Kuala Ketil pada isnin yang lalu singgah sebentar di masjid Derga Jalan Langgar untuk solat maghrib tiba-tiba dengar kuliah magrib ala kempen politik. Atas perasaan ingin tahu admin menjenguk kehadapan maka di dapati yang kempen hentam ‘BERSIH KUIN’ adalah seorang ketua Jabatan dalam KUIN. Beliau adalah seorang Dekan ‘A’ di sebuah  Fakulti Pengajian Islam Blok A KUIN Mergong. Saya apa lagi cepat-cepat dapatkan handset dan terus merakam apa yang Dekan ‘A’ tengah sampaikan. kesian sebab taka ada platform nak hentam BERSIH KUIN kecuali guna masjid.

Dekan ‘A’ mengatakan bahawa skuad BERSIH KUIN memang ditaja oleh politik tertentu walaupun mereka menafikannya. Kata Dekan ‘A’ kata mana mereka nak dapat duit sewa PA system dan banner sedangkan mereka bukanya (bergred) JUSA . Ehemmmm Wahai Dekan A, awat kalau gaji JUSA tu hebat sangat ka…. Patutlah ad aura-ura Dekan ‘A’ nak mintak naik pangkat ke jawatan Profesor penuh supaya dapat JUSA. Kami tak kisahlah bab-bab jusa kalau dok sokong penipu besar KUIN.

Banyak lagi yang Dekan ‘A’ lanyak beberapa staf KUIN yang sertai demo dan membuat beberapa tuduhan palsu dan fitnah kepada gerakan BERSIH KUIN. InsyaAllah saya akan siarkan rakaman kuliah politik BERSIH KUIN oleh Dekan ‘A’ yang disampaikan dalam masjid dalam masa terdekat.

SELAMAT TINGGAL JAZAN.

MASJID TIADA KINI MINTA SUMBANGAN KAKITANGAN UNTUK SURAU KUIN



Pengarah Pusat Kuali T ,Haji Wan Ahmad telah mengeluarkan satu memo kepada beberapa kakitangan KUIN merayu mendapatkan sumbangan daripada kakitangan untuk mendapatkan bantuan membeli peralatan surau KUIN dibangunan canselori.

Bukanlah admin nak komen pasai nak mintak sumbangan , baguslah .. tapi takkanlah KUIN kedekut nak keluar peruntukan yang hanya bernilai RM7,800.00. Miskin sangatkah KUIN sampai nak kena mintak sumbangan pada staf . Gaji Jamil pun 3 kali ganda apatahlagi gaji Romly.

Haji Wan Kuali T kena berhati-hati dengan kerja agar tidak terpedaya dengan Jamil. Kami staf KUIN boleh tahu duit jutaan ringgit boleh dialirkan keluar , takkanlah hanya RM 7,800.00 KUIN tak mahu keluarkan peruntukan.

Sudahlah masjid tak ada walaupun peruntukan ada, minta pulak duit staf untuk Surau…. 

Kena muhasabah bayak-banyak !!! Pi mintak kar Azizan, mesti duit banyak.. ambiklah sikit duit balak, harap bangga dengan balak saja tapi nak buat surau pun nak kena mintak sedekah dari staf

SELAMAT TINGGAL JAZAN

JASA 1 - KECEMERLANGAN KUIN DI BAWAH JAZAN : DEMONSTRASI BESAR-BESARAN MAHASISWA

Sumber : Mahasiswaprihatin, Sinar,Facebook Mahasiswa

Jasa dan sejarah yang akan ditinggalkan JAZAN kepada KUIN sepanjang pentadbirannya ialah berlakunya demonstrasi pelajar sebanyak 5 kali :

Kali pertama :  Pada 11.1.2011 , di dataran KUIN dan Dewan Besar KUIN





Kali kedua : 01 April 2011 : Di perkarangan Asrama Tahfiz KUIN







Kali Ketiga  : 27 Julai 2011 Di Dataran bangunan Kuliah dan Pentadbiran KUIN

MESYUARAT LEMBAGA PENGARAH TAK JADI SEBAB JAMIL JATUH SAKIT

23 April - Mesyuarat Lembaga Pengarah KUIN yang sepatutnya  diadakan hari ini dibatalkan kerana Jamil jatuh sakit. Biasanya yang dok atur strategi dalam KUIN ni Jamil dan Azizan (JAZAN), bila JA tak ada pasti ZAN tak akan boleh berfungsi.

Lagi pun korum tak cukup. Takkan nak meeting board KUIN tapi yang hadir hanya Azizan dan Taulan sahaja. Dato L tak masuk salam senarai ahli korum kerana Pendaftar hanya sebagai Setiausaha.

Menurut sumber Jamil dirawat di Pulau Pinang kerana sakitnya ada kaitan dengan jantungnya dan kini telah keluar ward.

Esok (24 April 2013) mesyuarat senat akan diadakan di Kuala Ketil namun tak pasti sama ada Jamil akan hadir atau tidak mesyuarat tersebut .

SELAMAT TINGGAL JAZAN

Sunday, 21 April 2013

JAMIL MASUK HOSPITAL ?

21 April - Menurut sumber memaklumkan bahawa Jamil mengalami komplikasi kaki bengkak, ini menyukarkan Jamil untuk bergerak kesana kemari.

Komplikasi kaki bengkak Jamil terjadi adalah rentetan daripada masalah jantung yang sudah beberapa kali dilakukan pembedahan. Jamil diberitakan dirawat di hospital Pantai Sungai Petani tidak jauh dri rumahnya di Lagenda Height.

Untuk mengetahui keadaanya yang sebenar boleh pi jengok Jamil di sana atau kalau tak mau pi mari sama-sama kita doa pada Jamil yang sedang sakit... (NIAT DOA MASING-MASING LAH YEAA...)

Jamil diberitakan sedikit tertekan kerana KUIN kerap diziarahi oleh tetamu yang tidak diundang, tidak pasti tetamu yang tidak diundang itu ada kaitan dengan undang-undang atau tetamu yang tidak diundang itu ingin memastikan berkaitan undang-undang

Selamat Tinggal JAZAN


Saturday, 20 April 2013

MUNAJAT PERDANA KAKITANGAN KUIN MINGGU INI

Lokasi dan masa akan dimaklumkan kelak

Semua kakitangan KUIN diminta untuk adjust masa bagi lapang dan kosong pada khamis malam jumaat ini (25 April) kerana satu Malam Munajat Perdana  akan diadakan di kalangan staf KUIN .

Lokasi dan masa (tapi yang pasti waktu malam) akan dimaklumkan kelak.

Antara tujuan malam munajat :

- Permohonan doa dari hamba-hamba warga kerja KUIN yang ditindas oleh majikan .

- Memohon petunjuk siapa kepimpinan yang bakal mengemudikan KUIN

- Memohon agar diBERSIHkan golongan berkepentingan dan berpenyelewengan dalam KUIN

- Memohon dikuat dan tabah perjuangan warga kerja KUIN di jalan yang benar.

INGAT :

Kita hanya ada Allah. biar orang salah sangka pada kita tapi Allah sayang pada hambanya yang sentiasa mengharapkan sesuatu daripadaNya.

'STAFF IS THE BOSS"

PERPINDAHAN ALA CHIPS MORE

Mesyuarat pada awal bulan yang lalu memutuskan bahawa pelajar pengajian Islam tidak akan berpindah ke Kuala Ketil pada Jun ini kerana masalah asrama yang tak dapat disediakan seperti dlaam rancangan.

Namun bila KUIN pergi jumpa MB minggu lepas sebab nak minta duit, duit KUIN dah habis... yalahh mana dengan nak bayar mahkamah... pembekal dok ligan suruh bayar hutang... gaji staf kena bayar on time takut staf demo masa pilihanraya ini...KUIN memang tak ada duit...

sat-sat kayu kayan bagi duit ... sat sat pi minta sedekah kat MBI.... 

Dalam perjumpaan dengan Azizan pada pertemuan tersebut , tetiba saja suruh pindah pulak bukan Jun ini.... pening betullah pentadbiran JAZAN. Tu yang susah tueee, buat kampus mahukan pada nama bukan ikhlas kerana Allah taala

APA AGENDA MESYUARAT LEMBAGA PENGARAH KUIN MINGGU INI?

Pada minggu ini satu mesyuarat Lembaga Pengarah KUIN (LEPAK) akan diadakan bagi membuat beberapa keputusan sebelum berlakunya pilihanraya .

Namun apa agendanya? admin sudah tahu tapi bukan soal agenda mesyuarat tetapi udang disebalik batu itu ? JAZAN sudah pasti merasakan bahang kejatuhan empayar hitler JAZAN justeru itu pelbagai strategi perlu dirancang bagi menyelamatkan rahsia dan kroni.

SELAMAT TINGGAL JAZAN

SENARAI RASMI PENUH CALON PRU 13 DUN KEDAH

SUMBER  : LAMAN RASMI SPR

P. 004 - LANGKAWI
N. 01 - AYER HANGAT
1. MOHD RAWI BIN ABD HAMID
BN
LAYAK BERTANDING

2. ZUBIR BIN AHMAD
PAS
LAYAK BERTANDING
N. 02 - KUAH
1. NOR SAIDI BIN NANYAN
BN
LAYAK BERTANDING

2. ZAFLEE BIN PAKWANTEH
BEBAS
LAYAK BERTANDING

3. AHMAD BIN KASIM
PKR
LAYAK BERTANDING


P. 005 - JERLUN
N. 03 - KOTA SIPUTEH
1. ABU HASAN BIN SARIF
BN
LAYAK BERTANDING

2. ISMAIL BIN W.TEH @ JAZIZ
PAS
LAYAK BERTANDING
N. 04 - AYER HITAM
1. MUKHRIZ MAHATHIR
BN
LAYAK BERTANDING

2. ABD. GHANI BIN AHMAD
PAS
LAYAK BERTANDING