Staf berdemo tolak Jamil |
1) Para Pensyarah Tahfiz KUIN telah di’tendang’ ke Yayasan Islam Kedah tanpa
proses perbicaraan yang jujur;
2) 5 orang para pelajar telah dikenakan tindakan tatatertib yang dianggap sebagai tindakan melulu pentadbiran;
3) kewujudan anak-anak- syarikat yang hanya mencari keuntungan didalam KUIN;
4) pemberian gaji kepada kroni yang terlalu tinggi;
5) terdapat kursus-kursus baru yang langsung tidak mempunyai pelajar, pertambahan 48 program hanya satu pembohongan di KUIN;
6) potongan gaji kakitangan tidak sampai ke pihak ketiga;
7) kakitangan dinafikan hak kenaikan 13 peratus;
8) 10 orang staf yang mendedahkan kepincangan tidak dibenarkan masuk ke
Kampus KUIN Kuala Ketil pada Hari Jasamu Dikenang;
9) Unit Amal PAS/MTD Kuala Ketil dibenarkan masuk di Kampus KUIN Kuala
Ketil-campur tangan politik, menganggu urusan warga KUIN, bertindak kasar
terhadap kakitangan KUIN;
10) Tiada bonus tahunan;
11) Kelewatan pembinaan asrama di Kampus Kuala Ketil; menyusahkan para
pelajar;
12)Ketiadaan masjid dan rumah staf di Kampus KUIN Kuala Ketil;
13) Penipuan dokumen dan minit mesyuarat;
14) Didenda sebanyak RM272,000 oleh KPT akibat pengambilan pelajar yang
tidak cukup syarat;
15) Terpaksa membayar gantirugi
sebanyak RM1.6j kepada Shake Cuisine akibat kegagalan membayar hutang;
16) menuduh kakitangan KUIN sebagai ejen
UMNO walhal parti tersebut tiada kena-mengena dengan masalah yang sedang
berlaku;
17) menyuruh kakitangan yang tidak berpuas-hati meletak jawatan sedangkan perjuangan hanyalah menuntut hak yang telah dinafikan.
Daripada kiriman email :
Insan Tulis