Pages

Wednesday 26 August 2015

BERJAYAKAH MOHD YUSUF KASIM MINTA SAMBUNG KONTRAK JADI REKTOR KUIN???

                                                                          





Analisis Ketua Editor, 26 Ogos 2015 - Sepanjang bulan ini setelah membaca dan meneliti laporan laporan oleh para wartawan BERITAKUIN di lokasi yang sahih lagi benar, melainkan yang benar benar belaka, didapati laporan berkenaan Mohd Yusuf Kasim Rektor KUIN sekarang adalah paling KRITIKAL dan mencuri tumpuan dunia!
Persoalan utama di sini ialah BERJAYAKAH MOHD YUSUF KASIM MINTA SAMBUNG LAGI KONTRAK SEBAGAI REKTOR YANG AKAN TAMAT SEPTEMBER 2015 INI DARIPADA KERAJAAN NEGERI? Melihat kepada usaha usaha Datuk Yusuf Kasim yang DESPERADO iaitu:

- menggunakan Timbalan Rektor Akademik, Prof Dr Che Ani Ahmad untuk MEMAKSA semua DEKAN-DEKAN menandatangai SURAT sokongan sambung kontrak dengan hajat untuk dihantar kepada MB. Sekali lagi, dekan dekan diPAKSArela....

- menggunakan kakitangan Jabatan PRO KUIN untuk memasukkan berita ke akhbar Sinar Harian bertarikh 26 Ogos 2015, iaitu berita Datuk Yusuf Kasim dapat Anugerah Pendidikan CMO Asia di Singapura yang kononnya bertaraf dunia berprestij susah nak dapat! Juri, calon calon bertanding anugerah itu boleh dipersoalkan kerana tak terkenal pun! Bayar keahlian dan isi borang mohon anugerah! Jika taraf dunia mengapa tiada seorang pun wartawan Malaysia buat liputan di sana? Kasihan...terpaksa beri gambar sendiri kepada kakitangan jabatan tersebut suruh hantar ke akhbar sinar. Inilah 'masuk bakul angkat sendiri' kerana sudah DESPARADO!

RESOLUSI: Nampaknya para kakitangan KUIN sudah tidak memerlukan khidmat orang seperti ini, sudah 'mual' tambahan pula perangai ini dibuat di negeri Kedah Darul Aman. Lebih ramai dilihat lebih layak dilantik sebagai REKTOR BAHARU mulai September 2015 nanti, yang boleh bawa KUIN lebih cemerlang. KUIN tidak perlukan lagi Datuk Yusuf Kasim yang sudah PENCEN itu kerana tidak bawa KUIN ke mana-mana pun.