Pages

Sunday, 24 February 2013

STAF KUIN CUMA TUNTUT HAK, NAFI JADI EJEN POLITIK

Sumber :
Bernama/ Utusan/Sinar
 
KUALA NERANG, 24 Feb  -- Kakitangan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) hanya menuntut hak mereka yang dikata diabaikan kerajaan Kedah dan bukan menjadi ejen parti politik tertentu.

Menegaskan demikian, ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, tuduhan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang juga Pengerusi KUIN bahawa kakitangan KUIN sebagai ejen UMNO adalah tidak benar.

"Kalau mereka berani berhadapan dengan media, berani buat laporan polis, bawa memorandum ke Wisma Darul Aman dan pensyarah KUIN sendiri adakan sidang media, saya tidak fikir mereka jadi ejen sesiapa.

"Pada saya mereka menuntut hak sahaja tapi kalau kerajaan negeri tidak mampu nak tunaikan dan tidak cekap dalam urusan kewangan, inilah jadinya bila pandai bercakap sahaja," kata Mahdzir.

Beliau diminta mengulas dakwaan yang dibuat oleh Azizan, selepas melancarkan program khidmat masyarakat Mara dan penyerahan baucer buku 1Malaysia di Kolej Mara Kuala Nerang di Kuala Nerang, Ahad.

Tuduhan Azizan bahawa kakitangan KUIN terbabit tidak hadir pada mesyuarat dengan beliau bagi membincangkan masalah dihadapi mereka adalah palsu, kata Mahdzir.

Menurut penjelasan Penolong Pendaftar Kanan Kuin, Muhammad Azki Hafizi Ibrahim Jumaat lepas bahawa pernah cuba berbincang dengan Azizan mengenai isu tersebut pada Mei tahun lepas tetapi tidak mendapat perhatian Azizan.

Mahdzir berkata slogan 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' yang dibawa PAS tidak bermakna kerana mereka tidak mempraktikkannya.

-- BERNAMA

4 ABDUL


Trio berangkai di dalam KUIN

SURAT DARI WARIS KE BLOG MERAH : ASTAFIRLAH HIL AZIM APA DAH JADI PADA MENTERI BESAR KEDAH!

Rujukan Berita Semua Akhbar terkemuka 22/23 Jan 2013 Berita TV1 dan Bolg Beritakuinsebenar.

Sudah jelas dan nyata KUIN diterajui oleh pemimpin dan pengurus yang hilang keupayaan memikir. Menteri Besar selaku Pengerusi Lembaga Pengarah KUIN asyik marah dan marah dengan geram seperti terpapar di kaca TV dan menyalah orang lain  apabila pemberita mengajukan soalan berkenaan masalah KUIN dengan kakitangan dan masalah salahguna kuasa oleh pengurusan. Ia kelihatan cukup beremosi seperti seekor harimau garang yang hilang anaknya.

Saya nasihat kepada pemberita-pemberita supaya ambil langkah supaya jauh sedikit  apabila berhadapan dengannya takut-takut Yang Berhormat naik angin dan boleh bertindak sesuatu di luar jangkaan yang waras.Tiada apa lagi yang hendak dijawabnya melainkan berbohong semata-mata dan menafikan kenyataan kerana sudah hilang modal untuk mempertahankan krebiliti atas hujajah-hujjah yang berlapikkan fakta, bukti.dan kewajaran.

Justeru itu, saya tidak boleh percaya lagi bahawa KUIN yang ditakbir sekarang oleh Rektor pilihan MB yang telah dituduh mencetuskan fenomina salahguna kuasa dalam suatu sistem pengurusan yang tidak lagi ada timbang tara kebolehpercayaan. Langkah beliau terus berdiam diri tidak bijak kerana telah memburukkan akauntibilitinya sendiri dan kredibiliti KUIN. Maka masyarakat terpaksa membuat berbagai-bagai andaian kerana tidak lagi percaya lagi pada MB. Akibatnya KUIN sudah menjadi IPTS yang berisiko tinggi. Oleh yang demekian saya menyeru kepada ibubapa yang bakal daftar anak di sini untuk menlanjutkan pendidikan tinggi berfikir masak-masak demi masa depan mereka sebelum membuat pilihan pusat pengajian dengan mengambilkira kes-kes seperti penganugerahan ijazah Al Quran yang tidak diiktiraf. Rektor tidak ada pilihan melainkan menjelaskan isu-isu ini kepada ibubapa supaya ibubapa tidak rasa tertipu.

Saturday, 23 February 2013

OPSS GEMPUR JAZAN DILANCAR


24 Feb - Pihak jawatankuasa BERSIH KUIN telah bersetuju bagi melancarkan Operasi habis-habisan menggempur kebiadapan dan kezaliman Jamil dan Azizan yang dinamakan OPSS GEMPUR JAZAN. Operasi tersebut akan bermula pada hari ini.

Pihak BERSIH KUIN memohon agar semua kakitangan KUIN menunggu dan mengikuti arahan terkini  yang akan dimaklumkan di dalam blog merah ini bagi mendapatkan maklumat mengenai operasi tersebut.

Banyak acara dan program yang akan dimaklumkan dalam masa yang amat singkat  bagi memastikan keselamatan dan perancangan strategik dapat dijalankan.

BERSIH KUIN juga pada minggu ini akan melaksanakan GELOMBANG PUTIH MEGA (HIMPUNAN AMAN) 05/2013 sebagai program mega yang akan menggempur benteng Jamil dan Azizan. Semu kakitangan KUIN diminta peka dan bersungguh sungguh, all out untuk menjayakan gempur JAZAN (Jamil dan Azizan)

STAFF IS THE BOSS

HARI KELUARGA BERSIH KUIN DI PANTAI MERDEKA RESORT 2 MAC INI

Semua kakitangan KUIN yang berminat untuk menyertai hari keluarga BERSIH KUIN yang akan diadakan di Pantai Merdeka Resort diminta memberikan nama kepada amil-amil yang dilantik dalam setiap Jabatan atau mengesahkan dengan menghantar email kepada admin blog .

Hari Keluarga pada 2 Mac 2013 (Sabtu) ini akan bermula jam 10 pagi dan dijangka berakhir pada jam 4.3o petang hari yang sama.

Makan tengahari dan kos sewaan tempat akan ditanggung seepenuhnya oleh pihak BERSIH KUIN.

Kakitangan hanya perlu hadir sahaja dengan keluarga atau rakan masing-masing.

Pelbagai acara menarik akan diadakan antaranya:
- Pengisian rohani
- Permainan ukhuwah sesama staf
- Keintiman keluarga
- Mandi kolam renang 
- Santai Pantai Merdeka

Hadir jangan tak hadir.

Friday, 22 February 2013

VIDEO KEANGKUHAN AZIZAN JAWAB ISU KUIN





MEDIA 23 FEB : KAKITANGAN KUIN BELASAH AZIZAN SURUH LETAK JAWATAN

Berita Harian Nasional
Utusan Malaysia Nasional
Sinar Harian
Azizan yang patut letak jawatan

AZIZAN BUAT-BUAT LUPA PERNAH JUMPA WAKIL KUIN

Sumber : 
STAR 
Bernama
Sinar
Utusan 
Berita Hrian 
The MalaysiaInsider
Sin Chew

ALOR SETAR: Kakitangan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) pernah bertemu Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak bagi menyelesaikan masalah mereka tetapi tidak begitu diberikan perhatian.

Sambil menafikan dakwaan Azizan bahawa kakitangan Kuin tidak pernah bertemunya sebaliknya membawa masalah mereka itu kepada media, Penolong Pendaftar Kanan Kuin Muhammad Azki Hafizi Ibrahim berkata pertemuan itu pernah diadakan pada Mei tahun lepas.

Beliau yang mewakili 400 kakitangan Kuin berkata Azizan lupa atau sengaja buat-buat lupa bahawa wakil kakitangan Kuin seramai enam orang pernah bertemu dengan beliau di rumahnya di Jalan Sultanah pada 14 Mei 2012 pukul 9 hingga 11 malam.

Katanya pertemuan itu bagi membincangkan permasalahan dalam Kuin, namun Azizan masih mempercayai maklumat dan laporan tidak benar yang disampaikan Rektor Kuin Prof Datuk Dr Jamil Osman kepadanya dan tidak mempercayai aduan yang dibawa kakitangan Kuin.

"Kami dah jumpa dia untuk berbincang, tapi dia lupa kot. Rektor Kuin pun kami dah jumpa tapi dia lari bila berhadapan dengan kakitangan Kuin. Mungkin (Azizan) dia pelupa.

"Tapi jangan tuduh kita tak berunding. Kita dah berunding dengan Jamil dan berunding dengan Azizan, juga pernah bertemu Exco Pendidikan Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul namun tiada tindakan, bahkan mereka menipu rakyat dalam media," katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.
Muhammad Azki berkata kenyataan Azizan sebelum ini yang menyatakan staf Kuin adalah ejen Umno dan menyuruh kakitangan Kuin supaya meninggalkan Kuin sebagai pandangan sempit seorang pemimpin yang suka lupa dan tidak bertanggungjawab.

Thursday, 21 February 2013

KENYATAAN AKHBAR BERSIH KUIN : DESAK AZIZAN LETAK JAWATAN



KENYATAAN AKHBAR BERSIH KUIN
KAKITANGAN KUIN DESAK AZIZAN BERUNDUR DAN  CARI ORANG YANG MAHU AMBIL PEDULI KUIN

ALOR SETAR, 22 Februari - Pihak kakitangan KUIN menganggap kenyataan akhbar yang dikeluarkan Azizan semalam yang menyatakan memang staf KUIN adalah ejen UMNO dan suruh kakitangan KUIN tinggalkan KUIN sebagai pandangan  fikiran sempit seorang  pemimpin yang suka lupa dan tidak bertanggungjawab. Tak sepatutnya seorang Menteri Besar yang dipilih oleh rakyat bertindak menghentam rakyat, sepatutnya dia kena jadi orang tengah selesai masalah rakyat.

Azizan lupa atau sengaja buat-buat lupa yang pihak wakil kakitangan KUIN seramai 6 orang pernah bertemu dengan beliau dirumahnya di Jalan Sultanah pada 14 Mei 2012 jam 9 malam sehingga jam 11 malam tahun lalu bagi membincangankan permasalahan yang berlaku di dalam KUIN, namun dalam perbincangan tersebut keegoan Azizan masih mempercayai maklumat dan laporan yang salah dan tersasar yang disampaikan Jamil kepadanya dan tidak mempercayai aduan yang di bawa oleh kakitangan KUIN.

Kami dah jumpa dia untuk berbincang, tapi dia lupa kot.. Jamil, Rektor KUI N pun kami dah jumpa tapi Jamil lari bila berhadapan dengan kakitangan KUIN.Tak pa kita kena hormat orang tua, mungkin dia pelupa, kalau kami kata pemikiran dia setaraf satu selinder sahaja , dia kata tak hormat dia pulak. Tapi jangan tuduh kita tak berunding. Kita dah berunding dengan Jamil dan berunding dengan Azizan, juga pernah bertemu exco pendidikan Taulan, namun tiada tindakan bahkan suka menipu rakyat dalam media.

AZIZAN SAHKAN BELIAU ADALAH MB DAN PENGERUSI KUIN YANG TAK PEDULI KEBAJIKAN KAKITANGAN KUIN

22 februari - Azizan sah sudah tak stabil emosi jadi MB apabila mengesahkan bahawa dia memang tak mahu ambil peduli mengenai KUIN. Azizan perlu letak jawatan . nantikan.... serang balas kepada Azizan yang selalu mempertahankan Jamil.

Berita Harian

Utusan

MB yang paling tak profesinal

Utusan

Utusan

Berita Harian

Berita HArian

Sinar Harian

Wednesday, 20 February 2013

BUKTI ANAK SYARIKAT GAGAL DAN JAMIL KURAPSI : INSANIAH HOLDINGS MULA DISAMAN KERANA GAGAL BAYAR HUTANG NILAI JUTAAN RINGGIT SEJAK 2011

KES 1: Tuntutan bayaran hutang melalui Peguam ZAIN JOHNOSON bernilai RM921,359.00 keatas Insaniah Holdings Sdn Bhd (Kulliyyah Perubatan) kerana pembelian alatan di laboratory KUIN. Tempoh bayaran 7 hari. Lihat bukti di bawah.


KES 2 : Tuntutan bayaran hutang melalui Peguam ARIZAL JAILANI bernilai RM40,633.00 keatas Insaniah Holdings Sdn Bhd (Kulliyyah Perubatan) kerana pembelian alatan Sains Kesihatan di KUIN pada 2011.tempoh bayaran 14 hari . Sila lihat bukti di bawah.



KES 3 :Tuntutan bayaran hutang melalui Peguam ZAIN JOHNOSON bernilai RM62,197.00 keatas Insaniah Holdings Sdn Bhd (Kulliyyah Perubatan) kerana pembelian alatan di laboratory KUIN. tempoh bayaran 7 hari.Sila lihat bukti di bawah.







AZIZAN LARI DARI DARI MEDIA UNTUK ELAK ISU KUIN

Azizan sudah jadi cacing panas, pening dan gelabah dengan isu yang timbul berturut-turut sejurus selepas pihak BERSIH KUIN membuat bantahan memorandum di Wisma Selasa lalu.

Pihak BERSIH KUIN sengaja membuat serahan memorandum pada hari Selasa (19 Feb) supaya nak dengar apa pulak yang Azizan nak jawab semasa sidang media meeting Exco

Lantas Azizan telah buat trick kepada media dengan mengatakan meeting exco berlangsung jam 2.30 petang sedangkan meeting Exco sudah dibuat pada sebelah pagi dan berakhir waktu zohor. Selepas meeting exco sudah tentulah media tak ada sebab media dimaklumkan meeting exco petang.

Rupanya Azizan cukup takut dengan isu KUIN. Dah tahu Jamil buat salah, itu sebabnya Azizan dah gelabah, tak tahu cara untuk jawab sebab dah memang Jamil kurapsi dan buat salah.

Wahai Azizan bertakwalah pada Allah

MESYUARAT LEMBAGA KUIN AKAN GUBAL TATATERTIB UNTUK PENENTANG JAMIL

BERANI 2013 : JATUHKAN JAMIL DAN AZIZAN

Pada 4 Mac ini satu mesyuarat Lembaga Pengarah KUIN akan diadakan dan akan dipengerusikan oleh Azizan .
Azizan takut berhadapan staf KUIN

Mesyuarat tersebut terpaksa  diadakan lebih awal dan segera kerana bagi mengekang kebangkitan kakitangan KUIN yang semakin berani tampil mendedahkan kepincangan pentadbiran KUIN di bawah Jamil sebagai Rektor.

Antara agenda utamanya ialah bagi menerima pakai penggubalan kaedah tatatertib kepada kakitangan KUIN setelah Azizan menghantar calon pilihannya sebagai pendaftar di dalam KUIN. Perkara ini diakui sendiri oleh Azizan ketika skuad BERSIH KUIN bertemu dengan Azizan di rumahnya pada tahun lalu, bahawa dia akan memasukkan Pendaftar baru yang disebut namanya kepada skuad BERSIH KUIN.

Siapakah mangsa tindakan tatatertib yang akan diambil Jamil. Kami skuad BERSIH KUIN tidak takut dan akan terus menentang Jamil habis-habisan.

Dalam pra perbincangan majlis tertinggi BERSIH KUIN memutuskan akan terus menentang kemungkaran yang dilakukan Jamil dan akan terus mendesak agar Jamil meletak jawatan .. sekali dengan Azizan laa.


KUIN DIKOMPAUN OLEH KPT KERANA TIPU DAN LANGGAR PERJANJIAN, 8 RIBU RINGGIT SEORANG PELAJAR

Kolej Islam Darul Ulum
Menurut sumber pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengeluarkan kompaun kepada pihak KUIN kerana telah didapati bersalah menjalankan program tanpa mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh KPT.

KUIN yang mengadakan hubungan akademik dengan Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) Pokok Sena , didapati telah menganiaya KIDU kerana mengambil pelajar yang tidak cukup syarat termasuk pelajar yang gagal di dalam peperiksaan STAM dan dihantar ke KIDU, sedangkan syarat yang jelas telah ditetapkan oleh KPT untuk kemasukan ke IPT.

Ini menggambarkan  seolah-olah KUIN masih tidak segan silu menipu termasuk pihak KPT. Mujurlah KPT dapat mengesan dan membuat penyiasatan.

Denda yang dikenakan adalah sebanyak RM8,000.00 (8 ribu ringgit )  bagi satu kepala pelajar yang tidak cukup syarat dan dianggarkan KUIN  terpaksa membayar kompaun kepada KPT sebanyak melebihi 0.2 juta ringgit.

Artikel mengenai isu ini telah dipaparkan dalam blog ini pada 1 Julai 2012 , pihak KUIN telah kalut dan panik apabila disiasat oleh KPT atas kesalahan yang berlaku.... (Lanjut KLIK DI SINI)
Inikah cara bekerja secara Islam ? fikir-fikirkanlah ...