Rujukan Berita Semua Akhbar terkemuka 22/23 Jan 2013 Berita TV1 dan Bolg Beritakuinsebenar.
Sudah jelas dan nyata KUIN
diterajui oleh pemimpin dan pengurus yang hilang keupayaan memikir. Menteri
Besar selaku Pengerusi Lembaga Pengarah KUIN asyik marah dan marah dengan geram
seperti terpapar di kaca TV dan menyalah orang lain apabila pemberita mengajukan soalan berkenaan
masalah KUIN dengan kakitangan dan masalah salahguna kuasa oleh pengurusan. Ia kelihatan cukup
beremosi seperti seekor harimau garang yang hilang anaknya.
Saya nasihat kepada pemberita-pemberita
supaya ambil langkah supaya jauh sedikit
apabila berhadapan dengannya takut-takut Yang Berhormat naik angin dan
boleh bertindak sesuatu di luar jangkaan yang waras.Tiada apa lagi yang hendak
dijawabnya melainkan berbohong semata-mata dan menafikan kenyataan kerana sudah
hilang modal untuk mempertahankan krebiliti atas hujajah-hujjah yang berlapikkan fakta, bukti.dan kewajaran.
Justeru
itu, saya tidak boleh percaya
lagi bahawa KUIN yang ditakbir sekarang oleh Rektor pilihan MB yang
telah dituduh mencetuskan fenomina salahguna kuasa dalam suatu sistem
pengurusan yang tidak
lagi ada timbang tara kebolehpercayaan. Langkah beliau terus berdiam
diri tidak bijak kerana telah memburukkan akauntibilitinya sendiri dan
kredibiliti KUIN. Maka masyarakat terpaksa membuat berbagai-bagai
andaian kerana tidak lagi percaya lagi pada MB. Akibatnya KUIN sudah
menjadi IPTS yang berisiko
tinggi. Oleh yang demekian
saya menyeru kepada ibubapa yang bakal daftar anak
di sini untuk menlanjutkan pendidikan tinggi berfikir masak-masak demi
masa
depan mereka sebelum membuat pilihan pusat pengajian dengan
mengambilkira kes-kes seperti penganugerahan ijazah Al Quran yang tidak
diiktiraf. Rektor tidak ada pilihan melainkan menjelaskan isu-isu ini
kepada ibubapa supaya ibubapa tidak rasa tertipu.
Negara
kita masih mempunyai banyak lagi institutsi pengajian tinggi yang
kredibel termasuk institusi yang berasaskan pengajian Islam. Saya amat
kesal bahawa KUIN yang diwar-warkan oleh pengurusannya untuk menjalankan
proses mengIslamisasikan 'comtemporary knowledge' tidak mampu
memperlihatkan pengurusan yang cekap, bersih dan beramanah selaras
dengan nilai dan etika Islam. Saya kesal KUIN tidak lagi dapat memikul
visinya sebagai sebuah institutsi yang diberkati ALLAH. Dan sudah
semestinya mampukah ia melahirkan khalifah-khalifah melalui program
akademiknya dan mengimbangkan matlamat duniawi dengan matlamat
ukhrawinya? Proses merapatkan peluang yang sama untuk pelajar-pelajar
dari luar bandar khususnya dari pendidikan aliran agama sudah terbantut
yang akan menjejaskan perkembangan sosial dan ekonomi yang adil..
Adalah wajar Kementerian
pengajian Tinggi segera bertindak menggunakan kuasa yang ada untuk menggantungkan operasi KUIN dan
segera menjalankan siasatan dengan bantuan dari Jabatan Odit, Suruhanjaya
Pencegah Rasuah Malaysia dan International Transperancy Malaysia. Isu
pengurusan KUIN sudah menjadi wabak yang boleh menggugat kestabilan pengajian
tinggi di Malaysia dan mungkin juga GNP Malaysia kerana pengajian tinggi banyak menyumbang kepada pendapatan negara.
Kita
semestinya tidak mahu anak-anak kita terpaut dalam kemelut yang sangat
tidak sihat ini kerana ia kelak akan menjadi intipati kepada kurikulum
yang semstinya akan melahirkan kesan-kesan negatif jangka hayat.
Seorang ibubapa yang perihatin
tentang kualiti pendidikan dan kualiti pengurusan institusi pengajian tinggi.