Sumber :
The Star
Bernama
Utusan Malaysia
19 Feb, ALOR SETAR: Kakitangan Kolej Universiti Insaniah (KUIN)mendesak Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak supaya bersikap lebih terbuka dalam menyelesaikan isu kebajikan tenaga kerjanya yang didakwa berlarutan sejak empat tahun lalu.
The Star
Bernama
Utusan Malaysia
19 Feb, ALOR SETAR: Kakitangan Kolej Universiti Insaniah (KUIN)mendesak Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak supaya bersikap lebih terbuka dalam menyelesaikan isu kebajikan tenaga kerjanya yang didakwa berlarutan sejak empat tahun lalu.
Wakil kakitangan KUIN, Mohd Farid Alias, 28, berkata Azizan
sepatutnya bersikap lebih profesional dan bertindak sebagai orang tengah
bagi mengkaji, menyiasat dan menyelesaikan masalah dalaman KUIN,
bukannya mengheret mereka ke dalam kancah politik.
"Kami sangat kesal kerana dituduh sebagai ejen Umno sedangkan kami
tidak pernah dibayar untuk mana-mana parti politik, sebaliknya hanya
berjuang untuk hak dan kebajikan kami.
"Menteri Besar perlu bersikap terbuka dan berlapang dada bagi
mengenal pasti masalah yang dihadapi kami hingga menimbulkan keadaan
yang sangat kritikal, " katanya kepada pemberita selepas menyerahkan
memorandum kepada Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Mohd Helmi
Khalid di Wisma Darul Aman di sini, Selasa.
Memorandum berkenaan adalah sebagai bantahan terhadap dakwaan Azizan
baru-baru ini yang mengatakan bahawa kakitangan KUIN yang menuntut hak
dan kebajikan mereka adalah ejen Umno dan menyuruh mereka yang tidak
berpuas hati mencari kerja di tempat lain.
Mohd Farid yang merupakan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah
(DG41), berkata antara tuntutan lain yang terdapat dalam memorandum
berkenaan ialah isu kenaikan gaji, bonus, potongan yang tidak dibayar
kepada pihak ketiga (contoh: bank), isu pemalsuan dokumen rasmi KUIN dan
kewujudan anak-anak syarikat KUIN yang didakwa tidak memberi sebarang
keuntungan.
"Sewajarnya Menteri Besar menubuhkan satu jawatan kuasa bebas dan
telus untuk menyiasat punca utama bagi menyelesaikan masalah dalaman
KUIN ini," katanya.
Seorang pensyarah Kuliah Mualamat, Sajiah Yaakob, 41, pula berkata
Menteri Besar perlu bersikap adil dalam memastikan semua perkara
dilaksanakan secara betul agar tiada sesiapa akan teraniaya.
"Saya sudah berkhidmat lebih kurang 11 tahun dan tidak pernah
memberikan kenyataan terbuka seperti hari ini kerana saya rasa terkilan
dengan sikap tidak ambil kisah Menteri Besar.
"Kalau nak buat sesuatu buatlah secara betul, jangan selepas ini ada
di antara kami ditukarkan ke jabatan lain pula sebab menuntuk hak kami,"
katanya. -BERNAMA