Pages

Friday 1 February 2013

TEIR TAHAP 4 KUIN ADALAH SATU PEMALSUAN DOKUMEN BAKAL DIONGKAR

Pada Konvo Khas di Kampus KUIN Kuala Ketil baru-baru ini, Azizan dan Jamil senada cuba mengkaburkan mata masyarakat Kedah dengan meletakkan kebanggaan KUIN mencapai Tier tahap 4 oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

Sebenarnya disebalik penerimaan tier tersebut adalah satu penipuan dan pembohongan dalam proses dokumentasi. mari saya kisahkan apa yang perlu anda tahu dan mahu saya bongkarkan mengenai tiada integriti dalam proses dokumentasi SETARA KUIN 2011

1. Proses bagi pengdokumentasian SETARA KUIN 2011 bagi mendapatkan kedudukan tier tahap 4 adalah sebabenarnya di ciplak daripada dokumen yang telah dibuat dan dihantar oleh Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), cuma dengan hanya menukar beberpa maklumat mngenai KUIN. Ini adalah kerana salah seorang yang terlibat dalam mengepalai proses pengdokumentasian SETARA 2011 adalah salah seorang pegawai dan pensyarah yang pernah berkhidmat di KUIS.


2. Jika mahu dilihat hakikat sebenar kebanyakkan dokumen KUIN tidak di dokumentasikan dan tidak ada pun sebenarnya.. Namun bagi mengkaburi mata pihak Kementerian Pengajian Tinggi semua dokumen dibuat dan direka , yang penting jika KUIN hantar pada KPT , KPT bukannya tahu dokkumen tu betul atau salah. Sebagai contoh , prosiding tindakan tatatertib yang diambil kepada pelajat yang digantung  terpaksa dibuat dokkumentasi semula, Mesyuarat yang tidak ada namun diadakan dan dibuat minit dan catatan yang berkaitan agar nampak macam betul-betul ada.

3. Pihak admin akan membongkarkan dokumen tersebut di dalam blog ini dalam masa terdekat sebelum pihak KPT menyiasat KUIN agar perkara ini semua lapisan masyarakat  dapat mengetahui penipuan yang dilakukan oleh Jamil dan Azizan. Kita akan buktikan dengan dokumen yang sah