Punca utama KUIN mengalami krisis
yang teramat sangat parah adalah samaada
dalam kurapsi pengurusan, pentadbiran, kewangan
dan penyelewengan adalah disebabkan kepimpinan tertinggi KUIN yang diterajui
oleh Jamil sebagai Rektor dan Azizan sebagai Pengerusi gagal melaksanakan
kepimpinan Islam menerusi Sidiq, Amanah, Fatonah dan Tabligh. Mereka perlu
takutkan pada Allah.
Jika mereka buat kerja kerana manusia , dunia dan kuasa
beginilah jadinya.
Mereka mewujudkan anak-anak syarikat
KUIN yang sebenarnya mempunyai agenda tertentu bukanya untuk berniaga dan
mendatangkan keuntungan kepada KUIN.
Dengan wujudnya anak-anak syarikat
seperti Insaniah Holdings Sdn Bhd, Insan Maya Sdn Bhd, Insan System Sdn Bhd,
Insan Hospitality sdn Bhd, Insan Medic Sdn Bhd dan Sekolah Insan Bestari Sdn
Bhd , telah menyebabkan KUIN mengalami masalah kewangan yang sangat buruk dalam
sejarah KUIN sejak penubuhannya pada tahun 1995.
Penubuhan anak-anak syarikat KUIN langsung
tidak mendatangkan faedah dan keuntungan kepada KUIN bahkan menjadi penyebab
utama krisis kewangan KUIN
Insaniah Holdings Sdn Berhad langsung
tidak menjana kewangan dan keuntungan bahkan setiap bulan hanya tahu menagih
simpati, mengambil dan menggunakan wang
milik KUIN yang mendapat peruntukan daripada Kerajaan Negeri sebanyak 15 juta
setahun yang juga merupakan wang rakyat.
Buktinya pada tahun 2011 pihak Insaniah Holdings telah menggunakan duit KUIN sebanyak RM6 juta.
Pada tahun 2012 kadar emolumen dan perbelanjaan Insaniah Holdings Sdn Bhd yang
menggunakan wang KUIN naik mendadak 2 kali ganda iaitu sebanyak
RM12 juta (tidak termasuk perbelanjaan lain sperti sewa kampus, ultiliti, perjalanan dan lain-lain) sedangkan pendapatan Insaniah Holding daripada Yuran Pengajian
yang diambil daripada pelajar yang berada di bawah Kuliah yang ditadbir oleh
Insaniah Holdings hanya sbanyak 3.5 juta sahaja (2012). Itu pun kalau dicampur
dengan kos yang mereka ambil untuk yuran akses internet pelajar sebanyak lebih
kurang 360,000.00 setahun baru tak sampai 4 juta setahun
Bayangkan dengan kadar operasi
Insaniah Holdings yang sangat tinggi dan setiap bulan buat memo minta duit KUIN
untuk bayar gaji kakitangan Insaniah Holdings, sudah pastilah kewangan KUIN
akan menjadi huru hara , lintang pukang.
Kecelaruan di dalam Insaniah Holdings
dan anak-anak syarikat KUIN mungkin saya boleh gambarkan dari 9 aspek :
1.KUIN tidak sepatutnya menyerahkan
kuliah-kuliah yang menjalankan program-program akademik sesebuah Universiti diletakkan di bawah
anak-anak syarikat seperti menubuhkan Insan Medic untuk menjalankan program
Ijazah kedoktoran , menubuhkan Insan Hospitality untuk menjalankan program
diploma perhotelan , menubuhkan Insan
Maya untuk menjalankan program diploma dan ijazah multimedia dan kretiviti dan
menubuhkan Insan fasih untuk menjalankan program pusat bahasa . Kesemua program yang saya sebutkan tadi
sepatutnya dijalankan oleh KUIN di bawah Jabatan Hal Ehwal Akademik, bukan anak
syarikat supaya kredibiliti akademik lebih terjamin dan terpelihara.
2.Kewujudan anak-anak syarikat KUIN
yang hanya menjalankan program akademik adalah salah di sisi Kementerian
Pengajian Tinggi kerana perlantikan pensyarah kepada semua kuliah di bawah KUIN
sepatutnya dibuat oleh KUIN bukan anak syarikat.
3.Anak syarikat sepatutnya berniaga dan cari duit untuk KUIN bukan KUIN pulak yang kena cari duit untuk anak syarikat. Ini adalah sesuatu yang sangat korap
4.Pihak exco Kerajaan Negeri Kedah
pernah memanggil Jamil untuk membentangkan laporan pentadbiran dan kewangan di
dalam mesyuarat exco mereka pada 5 ogos 2012 , namun sehingga kini Jamil gagal
untuk membentangkan laporan tersebut , bahkan yang malangnya Azizan sendiri
yang mempertahankan Jamil bila Jamil tidak membentangkan laporan kewangan
tersebut. Jika benar-benar Azizan dan Jamil menjalankan amanah dengan integrity
dan telus kenapa perlu takut untuk membentangkan masalah kewangan KUIN kepada
barisan exco Kerajaan negeri Kedah. Bentanglah yang berfakta, Azizan kena telus
jadi pemimpin.
5.Kewujudan Insan Medic Sdn Bhd yang
menjalankan program Ijazah Perubatan sebenarnya memberikan kesan yang sangat buruk kepada kewangan KUIN.
Sehingga kini Insaniah Holdings sedang menanggung beban hutang bernilai jutaan
ringgit kerana kos ubahsuai, pembelian peralatan dan lain lain sejak 2011. Kini
pihak syarikat pembekal peralatan perubatan sudah mula menghantar notis tuntutan
hutang . Jika Insaniah Holdings gagal, maka tindakan undang-undang akan
diambil.
6.Antara faktor yang bahaya dalam
pengurusan Insaniah Holdings ialah pengurus kewangannya dikemudikan oleh
seorang yang pernah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Jika
seorang yang pernah dijatuhkan hukuman kerana menipu (atau mudah sebut sebagai
penjenayah) menjadi pengawal kewangan
Insaniah Holdings , maka kita boleh nilai sendiri bagaimanakah kredibiliti
pengurusan syarikat tersebut.
7.Bila KUIN serahkan beberapa kuliah
untuk diswastakan dan diberikan kepada Insaniah Holdings dan anak-anak syarikat
KUIN , kakitangan akademik telah diarah tukar status perkhidmatan daripada
pensyarah KUIN dipindahkan kepada
Insaniah Holdings Sdn Bhd . Malangnya pertukaran tersebut langsung tidak
diberikan opsyen pertukaran dan tidak diberikan kenaikan tangga gaji bahkan
kakitangan akademik yang bertukar majikan di bawah Insaniah Holdings Sdn Bhd
mengalami masalah tunggakan bayaran gaji kepada pihak ketiga lebih teruk
daripada apa yang dialami oleh kakitangan yang bernaung di bawah KUIN.
Persoalannya di manakah hak sebagai seorang pekerja ?
8.Sehingga kini langsung tidak ada
apa-apa perjanjian atau MoU antara Insaniah Holdings Sdn Bhd dan KUIN berkaitan
transaksi kewangan dan persetujuan perbelanjaan kewangan . Saya tak tahu mereka
undang-undang mana dan pekeliling mana?
9.Pelantikan dan penetapan gaji
Insaniah Holdings Sdn Bhd dibuat tanpa mengikut mana-mana pekeliling atau
SOP sehinggakan mereka boleh letak gaji
ikut suka mereka , ada yang dapat hampir 40,000.00 sebulan , ada yang 20,000.00
sebulan. Bahkan gaji kakitangan Insaniah Holdings 3 kali ganda daripada gaji
kakitangan KUIN, sedang mereka bayar gaji guna duit KUIN. Macamana KUIN tak
lingkup .
Oleh itu kami kakitangan KUIN mendesak agar Azizan menutup segera semua
operasi anak-anak syarikat KUIN jika benar Azizan ikhlas mahu bantu warga kerja
KUIN kerana penubuhan anak syarikat ini telah dipersetujui oleh Azizan sendiri
di dalam mesyuarat lembaga pengarah KUIN.
Petikan daripada kenyataan akhbar BERSIH KUIN yang disampaikan oleh ,
Muhammad Azki Hafizi Bin Ibrahim