KENYATAAN AKHBAR
Kami SELURUH
kakitangan KolejUniversiti INSANIAH (KUIN) sangat
kesal di atas dakwaan YAB Menteri Besar
Kedah bahawa kakitangan KUIN yang memperjuangkan hak dan kebajikan kakitangan sebagai
ejen UMNO tanpa sebarang bukti yang kukuh untuk menyokong dakwaan melulu beliau.
KetikaNegeri Kedah di bawahpentadbiranKerajaan BN, KUIN didakwa sebagai lubuk
PAS sehingga mengakibatkan pentadbiran negeri menjadi milik PAS melalui
PRU12-2008.
Apakah alasan
yang membuktikan bahawa kakitangan INSANIAH adalah ejen UMNO? Seorang muslim mukmin adalah berdosa menuduh
tanpa bukti. Bertaqwalah kepada Allah
dalam mengeluarkan kenyataan.
Sepatutnya sebagai
seorang Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah
KUIN, mengambil pendekatan bersikap terbuka
dan berlapang dada dengan menubuhkan jawatankuasa siasatan untuk mengenal pasti
permasalahan yang dihadapi oleh kakitangan KUIN sehingga menimbulkan keadaan
yang sangat kritikal sekarang.
Sebagai seorang
yang berkuasa di Negeri Kedah, Menteri Besar hendaklah bersikap adil bagi memastikan pentadbiran yang berslogankan Kedah
Sejahtera Nikmat Untuk Semua dilaksanakan dengan secara menyeluruh supaya tiada
rakyat yang teraniaya disebabkan Kerajaan Negeri terlepas pandang.
Menteri Besar tidak
sepatutnya mengamalkan dasar menutup pintu dengan tuduhan melulu tanpa berlapang
dada untuk mendengar rintihan kakitangan yang mendakwa dianiayai dan dinafikan kebajikan
sehingga masalah dalaman KUIN terus menimbulkan kerumitan.
YAB sebagai Pengerusi
Lembaga Pengarah INSANIAH tidak sepatutnya
mengeluarkan kenyataan media bahawa YAB Dato Seri enggan ambil tahu isu KUIN bagi
mendengar serta menyelesaikan perkara ini sehingga menyebabkan kehidupan kami
sekalian menjadi sukar dan menyulitkan.
Sehubungan itu saya bersama rakan-rakan
mewakili seluruh kakitangan KUIN pada hari ini tampil untuk menyerahkan
memorandum bantahan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah agar lebih
professional di dalam menangani kemelut dan krisis KUIN yang teramat kritikal.
Yang Amat Berhormat Menteri Besar
Kedah selaku Pengerusi Lembaga Pengarah KUIN tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataanseperti:
1.Menuduh kakitangan KUIN yang
menggunakan saluran yang betul ke JabatanTenaga Kerja untuk menuntut hak dan kebajikan
yang diabaikan oleh KUIN di bawah pentadbiran Dr Jamil Osman, Rektor KUIN dengan
tuduhan politik kotor sebagai ejen UMNO.
2.Mengeluarkan kenyataan bahawa Yang
Amat Berhormat Menteri Besar Kedah tidak mahu mengambiltahu dan peduli terhadap
permasalahan yang berlaku di KUIN.
3.Mengarahkan kakitangan yang dianiayai
KUIN meninggalkan KUIN dan mencari kerja di tempat lain.
Sepatutnya Yang Amat Berhormat Menteri
Besar Kedah perlu bertindak sebagai lebih professional sebagai orang tengah bagi
mengkaji, menyisat dan menyelesaikan masalah dalam KUIN yang berlarutan hampir
4 tahun, bukan dengan mengheretkakitangan KUIN kedalam kancah politik.
Sewajarnya Yang Amat Berhormat Menteri
Besar Kedah perlu menubuhkan satu jawatankuasa bebas dan telus untuk menyiasat punca
utama bagi menyelesaikan masalah dalaman KUIN.
Selain bantahan yang telah saya sebutkan
tadi , di dalam memorandum ini juga kami senaraikan sebahagian masalah serta isu
kebajikan yang kami di hadapi dan tuntutan
yang dikemukakan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar seperti :
i) Isu kebajikan yang melibatkan kenaikan
gaji, bonus, potongan yang tidak dibayar kepada pihak ketiga,
ii)Isu pemalsuan dokumen rasmi KUIN
yang diarahkan oleh Rektor Dr Jamil untuk digunakan di Mahkamah Tinggi Alor Setar
semata-mata berhadapan isu saman hutang KUIN.
3.Kewujudan anak-anak syarikat KUIN
yang langsung tidak mendatangkan keuntungan bahkan sebaliknya mengambil wang peruntukan
Kerajaan yang diberikan untuk tujuan operasi KUIN.
i)
Kurapsi
pentadbiran Dr Jamil, Rektor KUIN yang tidak langsung melambangkan pentadbiran
Islam.
ii) Pencapaian gred Tier 4 daripada pihak
Kementerian PengajianTinggi untuk SETARA 2011 yang dipersoalkan penuh dengan penipuan
dan peniruan.
Yang Benar ,
19 Februari
2013