Pages

Friday, 3 May 2013

KEWANGAN KUIN KEMBALI KRITIKAL : GAJI PENSYARAH KUIN TAK MASUK

4 Mei - Sehingga hari ini kurang 24 jam sebelum pembuangan undi dibuat pelbagai janji dan manifesto ditaburkan kepada rakyat semata=mata untuk mendapatkan kuasa. Kuasa banyak kala adalah untuk kepentingan diri bukan untuk rakyat. Janji hanya sebagai mengkaburkan mata rakyat bagi memperoleh kuasa.

Itulah yang berlaku dalam KUIN pada detik ini kurang 24 jam sebelum pilihanraya. Azizan yang berjanji dengan negara kebajikan, pendidikan percuma, kesejahteraan rakyat dan banyak lagi yang semua staf KUIN amat tahu kerana itu hanyalah janji kosong.

Tak kosong macamana lagi, sehingga saat ini 4 Mei 2013 gaji pensyarah KUIN masih belum dibayar sehingga menimbulkan kesusahandi kalangan rakyat Kedah dlam KUIN. Adakah ini kesejahteraan dan negara kebajikan yang dimaksudkan oleh Azizan.

Bukan sekadar tidak bayar gaji , panel klinik pun telah luput kerana KUIN gagal membayar hutang kepada klinik panel. Ini menyebabkan staf KUIN yang sebelum ini pergi mendapatkan rawatan kesihatan secara percuma, kini terpaksa mengeluarkan wang sendiri, wal hal gaji tak dibayar lagi. Adakah ini KEBAJIKAN dan KESEJAHTERAA RAKYAT yang dicanangkan Azizan ?

Ya Allah Kami hamba Mu yang dianiayai dalam KUIN telah dizalimi oleh Jamil dan Azizan, engkau bukalah hijab doa antara kami dengan MU dengan engkau tarik balik kuasa yang Engkau pinjamkan kepada Jamil dan Azizan. Walaupun masyarakat luar memandang serong kepada kami yang dizalimi kerana kuasa politik mereka ya Allah, kami berserah padaMu untuk menunjukkan kuasaMu kepada pemimpin yang angkuh dan zalim. Amin....

PEJABAT BENDAHARI KUIN DIMASUKI PENCURI

4 Mei - Walaupun KUIN dikawal dengan sistem keselamatan berkamera namun pegawai keselamatan KUIN Kapten Halim perlu menilai semula adakah kamera itu -benar-benar berfungsi atau hanyalah untuk nak gemapaq pencuri sahaja ?

Ini adalah rentetan selepas pencuri dapat memboloskandiri masuk ke Bahagaian Kewangan dan Hasil Jabatan Bendahari KUIN di Mergong di sebelah malam.

Menurut sumber pencuri masuk melalui syiling berjaya masuk kedalam Jabatan Bendahari.

TAKZIAH JAMIL DAN KARTINA.

Wednesday, 1 May 2013

PERKEMBANGAN TERKINI KEPUTUSAN PRU 13 (NEGERI KEDAH) SECARA LANGSUNG DARI BLOG BERITA KUIN

Admin blog mengucapkan selamat Hari Raya Aidil Pilihanraya pada 5 Mei ini. Admin mengharapkan semua rakyat Malaysia di KUIN akan menunaikan amanah dan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan keluar mengundi awal pada 5 Mei ini.

Insya Allah skuad BERSIH KUIN telah berbincang sebentar tadi dan bersetuju untuk memberikan info tepat dan terkini keputusan Pilihanraya Umum ke 13 khusus mengenai perkembangan di Kedah di dalam blog ini pada malam 5 Mei sehingga Kerajaan Baru diputuskan dan diumumkan sendiri oleh rakyat.

Anda bolehlah mengikuti perkembangan di blog merah ini dan sentiasa refresh blog ini. Di samping keputusan terkini, pihak skuad BERSIH KUIN juga akan menempatkan beberapa krew yang akan berlegar di sekitar Kedah untuk memberi makluman dan respon terkini tanpa mengira fahaman politik.

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Pilihanraya,

SELAMAT TINGGAL JAZAN

KUIN PERLU TAMPIL BERI PENJELASAN : ISU GHANI KOMUNITI DAN PENGARUH SYIAH DALAM KUIN


Pihak KUIN perlu telus dalam memberi penjelasan apabila media dan bloger nasional membongkarkan aktiviti Ghani Shamsudin (Pengarah Komuniti KUIN) yang sering ke Iran dan mengadakan pertemuan dengan pemimpin syiah Iran supaya ia tidak menjadi barah yang menanah dalam KUIN dan fitnah besar.

Tindakan Ghani Syamsudin ini boleh menimbulkan imej buruk kepada KUIN apabila dikaitkan dengan pengaruh syiah yang semakin menular di negeri Kedah.

Menurut Prof Dr Aziz Hanafi , syiah bukanlah soal pokok dan cabang tetapi berkaitan dengan aqidah dan tauhid yang tidak ada toleransi dalam prinsip aqidah .

Cuba lihat gambar di bawah penglibatan Ghani dengan pemimpin syiah Iran termasuk Presiden Iran Ahmedani Nijat


Ghani bersama Ulamak besar Syiah Iran dan pemimpin syiah tegar Ahmedeni Nejad di Iran

Klik DI SINI untuk  mendengar penjelasan mengenai gambar di atas oleh Pendakwah terkenal Us Halim Hassan


Ghani bersama  Hujjatul Islam Muhammad Hasan Wahidi di Malaysia
Beliau juga pernah memohon untuk keluar negara (Iran ) semasa bertugas di KUIN dan sering melakukan kerja politik secara terang-terangan dalam KUIN.

Semasa demonstrasi ke tiga pelajar 2012 beliau pernah mengahalang pelajar daripada berdemonstrasi. Ketika itu selepas solat zohor di surau KUIN dan beliau menyatakan dengan jelas menggunakan mikrofon surau bahawa beliau ke KUIN dihantar oleh PAS Pusat kerana beliau adalah Majlis Syuara PAS
Ribuan mahasiswa KUIN berdemo tak puas hati pada Jamil tahun 2011 dan 2012

Semua kenyataan yang saya paparkan ini perlu diBERSIHkan oleh pentadbiran KUIN agar tidak menjadi firnah kepada warga kerja KUIN.

FATWA BERSIH KUIN : SEMUA KAKITANGAN KUIN WAJIB PASTIKAN AZIZAN TUMBANG DI DUN SUNGAI LIMAU 5 MEI INI

SELAMAT TINGGAL JAZAN
Semua kakitangan KUIN yang sedia memaklumi bahawa kita dizalimi , pihak BERSIH KUIN telah sepakat bahawa untuk mengundi pada PRU 13 tahun ini adalah seperti berikut :

1.       Semua wajib-wajib-wajib keluar membuang undi.

2.       Pihak BERSIH KUIN memohon memilih pemimpin yang sebenar bukan bertopeng.

3.       Pangkahlah parti mana yang anda rasa nak pangkah , tanpa prejudis.

4.       Doa dan mintak petunjuk dari Allah sebelum dan semasa memangkah.

5.       Kepada yang mengundi di DUN Sungai Limau JANGAN BERIKAN UNDI kepada Azizan kerana kita tahu siapa sebenar Azizan yang merancang dan menyokong kezaliman kepada kakitangan KUIN.

6.       Bantulah sesiapa pun untuk memastikan pemimpin yang zalim di DUN Sungai Limau tak akan menang.

Kenapa wajib tumbangkan Azizan :

1- Azizan bersekongkol dengan Jamil untuk membenarkan tindakan zalim diambil kepada pelajar yang mencegah kemungkaran di dalam KUIN sehingga mereka dikenakan tatatertib di gantung pengajian

2- Azizan telah dengan nyata dan tahu bersekongkol dengan Jamil yang mengarahkan dokumen palsu dibuat bagi kegunaan di Mahkamah bagi mengelak daripada membayar Hutang.

3- Azizan telah melakkukan penipuan dan pembohongan yang sangat nyata dalam isu KUIN seperti pembohongan sebab tak bina masjid danasrama sebab tak cukup tembaga, pembohongan isu kewangan KUIN yang sangat kritikal, pembohongan isu gaji lambat bayar dan tunggakan yang tak dibayar.

4- Azizan adlah individu yang bertanggungjawab menyepak keluar ulamak tahfiz yang mengajar diploma tahfiz KUIN keluar dari KUIN dan sekarang mereka sudah tak lagi berada bawah KUIN dan mereka duduk di Yayasan Islam Negeri Kedah seperti Us Kadri Abdul Hamid al Hafiz, Ustaz Mat Rani al Hafiz, Us Idrus al Hafiz, Us Zamzuri al Hafiz, Us Hazli al hafiz, us Malik al hafiz dan ramai lagi huffaz yang ternama di kedah.

5-Azizan telah menyebabkan ramai kakitangan KUIN meninggalkan KUIN sama ada dibuang tanpa mengikut prosuder seperti us Najib Abdullah (Pendaftar) dan En Yusuf (Pemandu)... diberikan tekanan supaya meninggalkan KUIN

6- Mengabaikan kebajikan kakitangan KUIN dengan sengaja membiarkan kakitangan KUIN tidak memperolehi kenaikan 13 %, tidak mendapat kenaikan elaun sara hidup, tidak diberikan bonus, tarikh masuk gaji yang tak menentu, tunggakan sehingga 6 bulan tidak dibayar kepada Bank sehingga kakitangan diancam ditarik kereta, kakitangan disaman bank.

7- Tidak menghiraukan pembekalbarangan kepada KUIN yang beban hutang KUIN meninggkat puluhan jutaan ringgit dan ini meletakkan KUIN berada dihujung tanduk, sehinggakan FD KUIN di Bank Islam habis cair, dan kini hanya merempat minta sedekah sana sini seperti MBI, Kayu Kayan, PKNK dan lain-lain lagi.

8- Menganak tirikan pelajar dan kuliah. menjadikan pengajian Medic anak emas, semua kehendak dan prasarana pelajar dan kakaitangan MEDIC dipenuhi sedangkan kehendak kakitangan dan prasarana pengajian Islam dilewatkan.

9-Menubuhkan anak syarikat KUIN yang menjadi punca dan sebab masalah Kewangan KUIN sangat kritikal , bawa masuk kroni anak, adik beradik dan kawan, bagi gaji tinggi-tinggi sehingga 35 ribu sebulan, bawa masuk penjenayah dan orang yang dahh di isytihar bankrap, tak pandai bussines sehingga terpaksa guna wang KUIN untuk bayar gaji anak-anak syarikat.

10- Membela Jamil dan tidak mengenakan tindakan disiplin dan surcaj pada Jamil walaupun KUIN malu didenda oleh KPT sebanyak RM 272,000.00 kerana tipu KPT dalam pengambilan pelajar baru dan disaman 1.7 juta oleh Shake Cuisine Sdn Bhd kerana gagal dan lari dari membayar hutang.

11- Mengambil Karpal Sing sebagai peguam KUIN semasa berhadapan dengan saman pelajar, sedangkan kita tahu siapa karpal dengan hal ehwal Islam dan Melayu.

12- Melakukan pembaziran wang KUIN dengan kos renovation menelan jutaan ribu ringgit yang tiada perancangan seperti renovation Maahan Tahfiz jalan Sultanah kepada Insan Bestari, Renovation Asrama al takashi Jalan Istana Lama kepada Kuliah Medic dan kemudia Insan bestari. Renovation kampus Stargate kepada Muamalat dan Hospitality yang akhirnya terpaksa menyerahkan kemabali kepada tuan rumah kedai, Renovation Kuliah Medic bermula di asrama al takashi yang menelah jutaan ringgit kemudian tak jadi pindah pula ke kampus Mergong juga jutaan ringgit.

13- Tidak mahu pakai cakap orang, keras kepala dan prongos (panas baran). Bila staf jumpa di rumah dia, dia nyanyol kata orang tak jumpa dia. Bila staf bagi pandangan dia prongos gelabah dengan media tuduh macam-macam dekat staf sehingga Azizan pernah ugut staf KUIN supaya keluar KUIN dan cari kerja lain.. inilah kalimah sombong biadap Azizan yang staf  KUIN tak boleh lupa

14-Bercakap bohong dengan semua rakyat Kedah dan Malaysia dalam kenyataan medianya apabila Azizan gagal menjawab semua persoalan yang ditimbulkan staf KUIN dan akhirnya Azizan hanya menggunakan talian hayatnya yang terakhir apabila mengheret KUIN ke kancah politik untuk menyelamatkan dirinya.

15. Pemimpin yang berselindung disebalik nama Islam melakukan kezaliman dan penindasan kepada staf KUIN dan menyokong kemungkaran semata-mata Jamil adalah kawan karibnya.Azizan gagal telus dengan ma'ruf dan kebenaran bahkan matanya dikelabukan hanya kerana kawan dan kroninya.

SELAMAT TINGGAL JAZAN

KATAKAN : TAK NAK PADA AZIZAN DUN SUNGAI LIMAU




5 MEI : A B A R ADALAH PILIHAN YANG TEPAT




5 MEI : SAAT SAAT AKHIR PERTEMUAN DAN KEMPEN DI DUN SUNGAI LIMAU




PENTADBIRAN KUIN ALA BLOG MANAGEMENT

Sungguh memalukan pentadbiran KUIN di bawah Jamil yang terang-terang mengabaikan kebajikan kakitangan KUIN. Untuk makluman pembaca , admin blog selepas mendapat aduan dan email daripada kakitangan KUIN yang memaklumkan bahawa  gaji mereka dipotong namun amaunt yang sepatutnya disalurkan kepada Bank , Tabung Haji , Koperasi dan lain-lain agensi kewangan , tidak dilakukan oleh pihak KUIN , bahkan ada jumlah tunggakan sehingga 6 bulan yang tidak dibayar daripada bulan November  tahu lalu…. Malu sungguh pentadbiran yang tidak amanah.


Kesannya, kakitangan sukar membuat pinjaman bank kerana masalah pembayara yang ‘tak cantik’ oleh majikan serta terdapat kakitangan yang wang gaji nya di ambil oleh Bank Islam kerana KUIN tidak membuat pembayaran pemotongan kepada Bank Islam dan tertunggak berbulan-bulan.

Setelah aduan staf dimasukkan ke dalam blog dan pihak Skuad BERSIH KUIN memberi masa seminggu untuk menyelesaikan masalah potongan gaji dan lain-lain hal kebajikan sebelum laporan polis dibuat, barulah Kartina terkebil-kebil arahkan pegawai yang berkaitan membuat bayaran tunggakan tersebut .

Persoalan yang saya nak lontarkan kepada Jamil dan Kartina:

1.       Kenapa soal gaji Jamil buat-buat tak tahu macam kuciong kurap taka da syahwat sajeee… kalau masalah nak ambil tindakan disiplin dekat kakitangan sampai 3 kali nak kena buat mesyuarat Lembaga ?

2.       Kenapa bila masuk blog baru nak bayar , dan boleh pulakkkkkk bayar tueeee.. apa maksudnya ? pembaca boleh baca sendiri.

3.       Mana pergi duit kakitangan yang sudah dipotong dari slip gaji sehingga  6 bulan tapi tak pun tunaikan amanah bayar kepada Bank ? Jika kami kata pecah amanah dan penyelewengan , janganlah pulak marah ?

4.       Adakah duit KUIN saja disimpan tak bayar kepada kakkitangan dan nak tunggu kakitangan memberontak baru nak bayar ?

5.       Atau memang KUIN nak tergolok gadai mintak sedekah sana sini sebab terpaksa nak kena bayar hutang dan saman Shake 1.7 juta ?

6.       Atau memang sebenarnya inilah cara puak-puak atasan KUIN menjalankan pentadbiran yang ala ‘blog admin’. Maksudnya , kena masuk blog dulu baru mereka akan bertindak.

Ingat jamil dan Kartina , kena takut Tuhan baru takut pada blog !

SELAMAT TINGGAL JAZAN

PENSYARAH KUIN TAZKIRAH POLITIK HENTAM BERSIH KUIN

Pada hari Selasa (30 April) yang lalu , satu majlis bacaan yasin di kalangan kaum wanita telah diadakan di rumah YB Pahrolrazi di Lencong Barat jam 9.30 pagi. Ramai kaum wanita dan  muslimah tanpa mengira fahaman politik bersatu dalam konteks masyarakat menjayakan bacaan yasin tersebut.

Tiba-tiba setelah tamat bacaan yasin tersebut ada pulak tazkirah yang telah disampaikan oleh seorang madam KUIN yang tubuhnya agak gempal, ada anak umur 2 bulan dan bertugas sebagai pensyarah. Beliau dengan lantang konongnya beliau berkhidmat di KUIN beliau tahu apa sebenarnya yang berlaku dalam KUIN dan pada BERSIH KUIN. Antara tohmahan dan firnah oleh seorang ustazah ini ialah :

1.   BESIH KUIN diikuti dan disertai oleh golongabn bawahan sahaja dan gaji mereka rendah dan tak ada  pegawai yang mennyokong BERSIH KUIN.

a.       BERSIIH KUIN MENJAWAB :
                  i.      Siapa Ustaz Azki, Ustaz baihakhi, En Tawfek, En Asri dan ramai lagi… bukankah mereka pegawai kanan Universiti dan orang lama
                ii.      Siapa Puan Sajiah, En Fahrizal Asmy, dan ramai lagi …….bukankah merekapensyarah kanan KUIN

2. BERSIH KUIN didalangi oleh mukhriz yang kata madam tu buat satu surat suruh hentam Kerajaan Kedah . Dia kata saya ada surat tu tapi tak bawak.

a.       BERSIIH KUIN MENJAWAB :
                i.      Kenapa tak bawak surat tu…. Atau auta saja… kalau betul da surat tu  bawa masuklah dalam facebook, kan madam ni suka berfacebook.

3.       Madam tu kata orang BERSIH KUIN dengki pada Azizan kerana Berjaya majukan KUIN

a.       BERSIIH KUIN MENJAWAB :
                i.      Dengki apa, gaji lambat bayar, kenaikan tak dapat, kebajikan diabaikan, pecat sana sini, pentadbiran al krooni dan adik beradik, lumpuhkan kewangan KUIN.

Biasalah taka da kerja pagi-pagi Selasa Madam pun mula berkokok…. Tak profesionallah madam ni

SELAMAT TINGGAL JAZAN

Monday, 29 April 2013

JAMIL DAH ARAH KELUARKAN DOKUMEN DAN BARANG DARI KUIN MERGONG

30 April - Kelmarin kelihatan beberapa orang telah diarahkan oleh orang atasan untuk memindahkan barangan dari pejabat Rektor yang terdiri dari fail-fail sulit dan dokumen Insaniah Holdings zaman Syayaa ke Kuala Ketil pada waktu pagi. Aiiiikkkkkk kita sangat hairan, tak sempat pilihanraya lagi sebab pililihanraya 5 Mei ini, pun dah bawa lari dokumen dah.

Pada sebelah petangnya pulak Jamil arahkan pemandunya Mazman untuk membawa keluar beberapa barangan Jamil yang terdapat di pej Rektor tingkat 2 di KUIN Mergong.

Jamil dah terasa nasibnya akan lebih malang menjelang keputusan PRU 13 5 Mei ini.

SELAMAT TINGGAL JAZAN

Sunday, 28 April 2013

COO INSANIAH HOLDING GAGAL. BUKTI KUKUH INSANIAH HOLDING PERLU DITUTOP

Aidi Ahmad COO HOLDING


Apa Aidi buat untuk INSNIAH HOLDING selama setahun lebih kemasukkan dia? 

Aidi dilantik sebagai COO Insaniah Holding pada MAC 2012. Tujuan jawatan tersebut diwujudkan ialah untuk mencari projek-projek baru bagi Insaniah Holding yang kini tiada sebarang projek. Aidi adalah bekas kakitangan MBSB dan beliau telah diarahkan berhenti dari MBSB dan entah dari mana JaZan kutip Aidi niee. Mungkin mereka pernah jumpa merayau-rayau di sekitar kawasan pekan rabu atau City Plaza atau lain-lain lokasi. tapi itu semua tak penting.

Aidi cuba berlagak pandai dengan cubaan beli Taman INSANIAH di Kuala Ketil dengan pinjaman dari Affin Islamic Bank. Kononnya, dana dibawa dari luar untuk membantu Holding, menambah pinjaman kononnya nak bantu INSANIAH. Tetapi idea tersebut telah ditolak kerana menambahkan lagi beban KUIN.

Setahun berlalu namun selepas projek tersebut aidi COO telah kekeringan idea dan masih bergantung harap projek penyelenggaraan dan sekolah INSAN BESTARI iaitu projek lama yang ditinggalkan oleh Syayaa. 

Buat masa sekarang si aidi COO ini hanya makan gaji buta dana daripada KUIN. Sehingga kini aidi COO hanya manambah kos kepada Insaniah.  Tahukah anda semua, berapakah gaji Aidi?? Mungkin anda terkejut..

Admin Berita kuin juga dimaklumkan barang2 dikuin kampus stargate diangkut kerumah beliau. Benarkah ?Bukti gambar akan kami siarkan kemudian. Jika benar kes ini boleh dikategorikan sebagai pecah amanah dan kita boleh buat report polis.

Nasib ramli mayat tak smepat nilai. Kalau tidak, pasti dia akan usung bawak balik. Kalau kata berita kami siarkan adalah salah jom kita pi kumpul depan rumah Aidi dan ramai-ramai suruh dia buka pintu ita pi chek.

Banyak lagi yang akan dibongkarkan. insaniah holding tidak membantu kuin untuk manjana pendapatan dan holding juga telah melingkupkan insaniah tambahan lagi dengan kewujudan orang seperti ini. 

SISTEM TEKNOLOGI KUIN MEROSOT SELEPAS INSAN SYSTEM AMBIL ALIH. KUIN PERLU SEGERA TUTUP INSAN SYSTEM

Sehingga hari ini KUIN menanggung pelbagai kerugian dan masalah akibat masalah sistem Teknologi . Sama ada masalah pengkalan server data , masalah web KUIN  dan lain-lain projek system KUIN yang tergendala amat teruk serta memalukan KUIN. Terkini masalah system untuk kemasukan pelajar baru pun bermasalah.

Persoalannya kenapa Jamil masih nak bela Mansor CEO Insan System yang gagal menunjukkan kemajuan dalam sistem IT dalam KUIN. Dulu semasa sistem ini dipegang oleh pusat IT KUIN semuanya tak ada masalah. Tapi bila bawa masuk kroni semua hancur.Berniaga pun tak reti , pulak tu memalukan nama KUIN saja.

Adakah persidangan di Kuala Ketil pada 30 April ini antara Pusat IT KUIN dan Insan System adalah agenda untuk selamatkan kroni Jamil atau selamatkan KUIN? Setelah gagala menjalankan amanah adakah wajar Insan System dibiarkan pergi begitu sahaja tanpa penalti dan membiarkan Pusat IT KUIN basuh najis yang ditinggalkan InsanSystem. Atau dalam erti kata lain, wajarkah Insan System lari begitu sahaja bila ada masalah seperti Syaaya lari tinggalkan KUIN selepas nampak Insniah Holdings bermaslaah ?

Kita saksikan kemungkinan semua masalah system KUIN dan ICMS akan diserahkan kembalik kepada Pusat IT  pada 30 April ini (Selasa) di Kuala Ketil ?

JAMIL DAH TERASA BAHANG AZIZAN AKAN TUMBANG

Semasa Mesyuarat (Sukan antara Institut Pengajian Tinggi Islam Malaysia) IPTIM di Kuala Ketil pada 15 April 2013, Jamil telah mengarahkan supaya Jawatankuasa Induk IPTIM diketuai oleh Menteri Besar sebagai Penaung.   Bila pencatat minit hanya taip Menteri Besar sebagai Penaung Jamil dan semua AJK dah terasa bahang bahawa Azizan tak akan dah jadi MB Kedah dan Pengerusi KUIN sebab IPTIM November nanti baru nak buat.  So Jamil dengan dengar sendiri nama Phahrolrazi disebut sebagai Menteri Besar yang akan jadi Penaung IPTIM dan Jamil sendiri sebagai Pengerusi.   Bila Azizan tak ada maka isyaratnya Jamil automatik akan kena berhenti atau diberhentikan.

Kesiannya bila kasih Jamil akan beralih arah daripada Azizan kepada Phahrolrazi sebab bila Azizan tak pernah turun kempen Jamil dah dapat petunjuk Azizan konpom tak jadi MB dah lepas PRU13.  Tapi semua tahu Phahrolrazi tidak sehaluan dengan Azizan maka pasti Jamil juga akan tersingkir.Adakah Jamil begitu yakin yang dia tetap jadi Rektor lepas PRU13?  BERSIH KUIN akan pastikan Jamil diseret ke muka pengadilan atas semua salah tadbir KUIN selesai saja PRU13.

Skuad BERSIH KUIN tak kisah siapa jadi MB, dari parti mana, yang penting nak buat Islam tulen, jaga kebajikan dan jangan cakap bohong dengan rakyat. Jika nilai ini ada kami akan sokong dan perkara pertama yang akan diusulkan oleh skuad BERSIH KUIN ialah pecat Jamil atau pastikan Jamil keluar KUIN.

Itulah sketsa kehidupan Jamil yang ditolak oleh majoriti staf KUIN. 

SELAMAT TINGGAL JAZAN

MR GAZZET PERALAT PEMANDU KUIN UNTUK POLITIK PRU ATAU MEMANG MR MASUKKAN ORANG POLITIK DALAM KUIN

Wan driver PRO cuba main politik nak tiru sifu dia Mr Gazzet
Mohammad Yuzainal Azwan (Driver PRO)  dah pandai jadi orang politik .Mari kita baca artikel terdesak Mr Gazzet KUIN (Firdaus Salleh) yang jelas dengan dua kemungkinan :
1. Memasukkan kakitangan ke Jabatannya dengan ada agenda politik atau
2. Memang jadi lembu kena tarik hidung dengan Mr gazzet

secara jelas Mr gazzeet yang bercuti lebih seminggu untuk turun kempen politik PRI 13 adalah seorang yang dimasukkan atas agenda politik dan tak buat kerja PRO sehingga orang lain kena buat kerja PRO.

Pihak skuad BERSIH KUIN akan beri hadiah kepada Mohammad Yuzainal Azwan


SELAMAT TINGGAL JAZAN