Sehingga hari ini KUIN menanggung pelbagai kerugian dan masalah akibat masalah sistem Teknologi . Sama ada masalah pengkalan server data , masalah web KUIN dan lain-lain projek system KUIN yang tergendala amat teruk serta memalukan KUIN. Terkini masalah system untuk kemasukan pelajar baru pun bermasalah.
Persoalannya kenapa Jamil masih nak bela Mansor CEO Insan System yang gagal menunjukkan kemajuan dalam sistem IT dalam KUIN. Dulu semasa sistem ini dipegang oleh pusat IT KUIN semuanya tak ada masalah. Tapi bila bawa masuk kroni semua hancur.Berniaga pun tak reti , pulak tu memalukan nama KUIN saja.
Adakah persidangan di Kuala Ketil pada 30 April ini antara Pusat IT KUIN dan Insan System adalah agenda untuk selamatkan kroni Jamil atau selamatkan KUIN? Setelah gagala menjalankan amanah adakah wajar Insan System dibiarkan pergi begitu sahaja tanpa penalti dan membiarkan Pusat IT KUIN basuh najis yang ditinggalkan InsanSystem. Atau dalam erti kata lain, wajarkah Insan System lari begitu sahaja bila ada masalah seperti Syaaya lari tinggalkan KUIN selepas nampak Insniah Holdings bermaslaah ?
Kita saksikan kemungkinan semua masalah system KUIN dan ICMS akan diserahkan kembalik kepada Pusat IT pada 30 April ini (Selasa) di Kuala Ketil ?