Pages

Thursday, 4 April 2013

AZIZAN JATUH SELEPAS MESYUARAT PAKATAN RAKYAT ADALAH SUATU PETANDA

Azizan jatuh selepas selesai mesyuarat MB PR
4 April - menurut sebuah blog memapar dan memaklumkan bahawa Azizan jatuh dan dipapah.Menurut blog tersebut mengatakan Azizan jatuh selepas mengadap Agong bagi memohon perkenan membubarkan DUN Kedah .

Tapi setelah meneliti perkataan ' selepas' membawa erti masa iaitu selepas selesai mengadap Agong kerana Azizan kelihatan memakai baju batik berhampiran kereta Azizan.
Baju yang sama yang dipakai Azizan dalam mesyuarat MB Pakatan Rakyat
Melihat baju Azizan ketika jatuh dan baju yang sama yang dipakai ketika perjumpaan Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur hari ini , admin yakin Azizan jatuh sejurus selepas selesai perjumpaan tersebut kerana Azizan mengadap Agong waktu pagi dan mesyuarat Pakatan pada petangnya.

Apa- apa pun adakah ini petanda Azizan akan jatuh dalam PRU ini ? semua ketentuan kita pasrahkan kepada Allah yang mengetahui bahawa orang yang dizalimi pasti akan dimakbulkan doa dan orang yang menzalimi pasti akan menerima balasan walaupun mereka mempunyai kuasa yang besar.



Semua warga KUIN mendoakan agar Azizan tidak akan bertanding dan mencabar Azizan untuk meletakkan Jamil bertanding di mana -mana DUN di Kubang Pasu kalau betul-betul Jamil seorang yang berpengaruh !