Pages

Saturday 22 September 2012

KRISIS KEWANGAN KUIN : SADA POTONG BEKALAN AIR DI STARGATE

Meter air berdekatan surau dipotong SADA kerana apa erkk?
23 Sept - Pihak penguatkuasa SADA kelihatan masuk ke dalam kawasan KUIN cawangan stargate . Pada mulanya disangkakan untuk memberi bantuan atau pinjaman kepada pelajar. Namun jauh api dari panggang, pihak SADA kelihatan bergerak ke hadapan asrama berhampiran surau lantas mengeluarkan sesuatu lalu memulas meter air berdekatan surau. Rupa-rupanya SADA datang cabut meter .

Persoalannya adakah SADA sengaja seronok-seronok nak potong air kalau tak ada sebab. Selalunya kalau air kena potong ni apa sebabnya ye? rasanya kita boleh jawab sendirilah. Lebih dari 3 meter di asaram wanita telah dibuang (potong) . Buat masa ini pelajar bergantung kepada air dlam tangki di dalam asrama masing-masing. Jika habis air tersebut barulah mereka akan tersedar apa sebenarnya telah terjadi pada mereka.

Air pun tak duit nak bayar ke, Jamil ?