Pages

Tuesday 25 December 2012

NASIB PEMBUKAAN PERSEKOLAHAN 2013 UNTUK KAKITANGAN KUIN : KEBAJIKAN DIPIJAK JAMIL

Jamil akan berselindung dibelakang Azizan dan mesyuarat Lembaga Pengarah KUIN . Inilah alasan Jamil untuk menutup kebaculannya dengan tidak memberikan pemberian bonus 2012 kepada kakitangan KUIN . Azizan kena sedar slogan Negara Berkebajikan dan Kedah Sejahtera Nikmat untuk semua telah mula difahami oleh semua warga kerja KUIN.

Penutup 2012 meninggalkan seribu kenangan hitam kepada kakitangan KUIN. Lebih memeritkan lagi , menjelang 2013 dan pembukaan sesi persekolahan baru anak anak, kakitangan yang kebanyakannya  setiap tahun bergantung kepada bonus tahunan untuk membuat persiapan persekolahan anak-anak dengan pembelian baju, pembayaran yuran dan lain-lain, permulaan 2013 membuktikan slogan hanyalah umpan politik sahaja. Tiada bonus untuk kakitangan KUIN.Inilah kali pertama dalam sejarah KUIN semenjak ditubuhkan 1995, kakitangan KUIN tidak diberikan penghargaan kerja dengan tidak diberikan ganjaran bonus.

Menurut sumber, bonus tahun 2012 tak diberikan  kerana KUIN menghadapi masalah kewangan kritikal kerana KUIN dengan hutang berjuta -juta , juga mengalami kerugian besar kerana kegagalan anak-anak syarikat KUIN menjana keuntungan bahkan dengan rakus menelan dan merampas duit peruntukan KUIN yang diberikan oleh Kerajaan Negeri dan hasil kutipan Yuran pelajar.

Sudah jatuh ditimpa tangga. Menyedari keadaan krisis ini kakitangan KUIN terus merancang untuk hidup dan demi persekolahan anak-anak ke sekolah. Mereka membuat pinjaman peribadi untuk tujuan tersebut. namun malangnya sebaik sahaja mereka pergi ke Bank tersebut untuk menandatangani perjanjian pinjaman, mereka dikejutkan dengan berita buruk apabila pihak pengurusan Bank mengatakan arahaan atasan Bank untuk membekukan semua urusan pinjaman dengan kakitangan KUIN kerana KUIN mengahadapi maslaah kewangan yang sangat kritikal termasuk hal berkaitan dengan hubungan dengan Bank bank.

Inilah kezaliman KUIN di bawah JAMIL. Semua ini kerana Jamil , kerana jamil telah menubuhkan anak syarikat yang langsung tak menguntungkan bahkan menelan duit hasil usaha kakitangan KUIN. Anak syarikat KUIN bukan sangant nak berniaga melainkan untuk memasukkan kroni-kroni Jamil dan diberikan gaji yang terssangat melampau tinggi.

Di atas kezaliman inilah, semua kakitangan KUIN bersumpah dan berdoa agar Allah membebaskan KUIN dari penzalim dan dikembalikan kebenaran dan hak kami.