Pages

Saturday, 8 September 2012

9 SEPTEMBER : TEMUDUGA PENDAFTAR, BENDAHARI DAN KETUA PUSTAKAWAN, REKTOR BARU BILA NAK DITEMUDUGA ?

9 September - Jamil hari ini akan mempengerusikan temuduga 3 jawatan utaman di KUIN iaitu Pendaftar, Bendahari dan Ketua Pustakawan. Jamil yang cuti selama seminggu hari ini dijangka akan mempengerusikan temuduga tersebut.

Setelah Haji Najib Abdullah (Mantan Pendaftar) telah berjaya disingkirkan Jamil dengan menggunakan talian hayat Azizan dan Mesyuarat Lembaga kerana Jamil dan Najib tidak sengam atau sebulu kini Jamil dijangka akan membawa masuk orang yang boleh ikut arahannya.

Begitu juga Bendahari , satu potfolio penting kerana dalam krisis kewangan KUIN , Jamil perlu pastikan Bendahari baru dapat mengikut telunjuknya. Kerana jawatan ini banyak kaitannya dengan maslah kewangan Insaniah Holding yang ceroi.

Apatahlagi Ketua Pustakawan , Jamil perlu lakukan sesuatu supaya semua orang akan tunduk pada  dia.Atau kemungkinan jika calon yang ditemuduga tidak semua memihak padanya, temuduga kali kedua akan diadakan sehinggalah calon yang  bersesuaian dengan watak Jamil diperolehi.

Skuad BERSIH KUIN tak kisah siapa pun yang dapat jawatan tu. Jika kezaliman , penindasan dan pengabaian kebajikan kakitangan berterusan, perjuangan akan diteruskan hingga Jamil disingkirkan .

Tapi yang SKUAD BERSIH KUIN musykil ialah kenapa Mr SS tak buat sekali temuduga Rektor baru kerana Jamil tak lama lagi dah akan terkeluar dari KUIN kerana Azizan pun dah nak berhenti dari jadi MB dan Wakil Rakyat PAS . Buat temuduga siap-siap kan mudahhhhh !!!!

Atau mereka dah ada strategi lain dengan akan bawa masalah pensyarah kontrak baru dan lama-lama akan diangkat jadi Rektor KUIN? Biasalahhhh.

Maklumat terkini akan dimaklumkan dari masa kesemasa.

Thursday, 6 September 2012

AUDIT JABATAN ZAKAT TERHADAP PENGURUSAN DERMASISWA ZAKAT KEPADA KUIN

6 September - Pada hari ini beberapa orang pegawai dari Jabatan Zakat negeri Kedah telah datang untuk mengaudit duit zakat yang telah diberikan oleh Jabatan tersebut kepada KUIN bagi tujuan agihan kepada para pelajar KUIN.

Mereka telah bertemu dengan Kartina Jabatan Bendahari KUIN dan mengambil butiran-butiran yang diperlukan bagi tujuan berkaitan.

Sebelum-sebelum ini Jabatan Zakat telah memberi bantuan yang sama namun desas desus meragui kerana pihak KUIN lambat membayar kepada pelajar hingga menimbulkan ketidakpuasan hati pelajar.

Wednesday, 5 September 2012

JAMIL TUKAR SETIAUSAHA (P.A) DIA SENDIRI KERANA TAKUTKAN BAYANG-BAYANG SENDIRI


Berita KUIN menerima email mengenai sikap jamil yang berdendam dan bongkak apabila terasa terpukul dengan email Syaya yang berniat mahu membeli KUIN yang tersebar. Jamil sanggup melepaskan dendam kesumatnya kepada PA nya sendiri Kamaliah dengan menukar serta merta .

Ini bukan kali pertama cara Jamil mentadbir ala hitler. 

Pada 2011 jamil lalu pernah mengenepikan orang yang banyak membantunya ialitu Cikgu Ali.

Pada 2011 yang lalu juga  semua pensyarah tahfiz diarah keluar dari KUIN dan berada di bawah Yayasan Islam hanya kerana menegurnya menerusi demonstrasi.

Pada pertengahan 2012 Jamil juga telah menukarkan Ustaz Azki serta merta selepas ke Kuala Ketil hanya ditegur mengenai pentadbiran yang tidak menitik beratkan hal kebajikan kakitangan.

Kini PA nya sendiri pula ditukarkan serta merta. Esok, lusa , tulat siapa pula?Ingatlah wahai pembodek pembodek  Jamil, anda pun tak selamat , bila sampai masa Jamil akan tendang anda apabila jamil tak memerlukan anda , harap mesej ini dapa difahami oleh beberapa orang Mr. dan Madam di dalam KUIN.

Email yang Berita KUIN perolehi sebenarnya bukan dari  Kamaliah, tetapi dari kecuaian orang tingkat bawah yang menjadi orang kanan jamil. Mereka nak jaga Jamil tak pandai hingga terbocor maklumat. 

Berita KUIN memohon berbanyak-banyak maaf kepada Puan Kamaliah di atas penyiaran email Syaya  yang mahu membeli KUIN kerana Jamil telah bertindak menukarkan serta merta ke Jabatan lain walaupun telah berkhidmat dengan penuh komitmen di bawahnya. 

Kamaliah semenjak Jamil  mula masuk KUIN - 01 Mei 2008 bukan hanya menjaga urusan kerja pejabat  Jamil, jugak menguruskan majlis kahwin anak jamil di dewan Insaniah, malah sentiasa berulang ke Penang menziarahi semasa dia operate jantung dan komited dengan tugas dan patuh etika kerja kerana telah berkhidmat sejak Rektor yang pertama hingga yang keempat.

Kenapa Jamil tidak adakan domestic inquiry untuk mengenalpasti siapa sebenarnya yang membocorkan email yang telah Jamil minit kepada Bendahari dan Muslimah kerana salinan email yang ada pada kami tertera cop salah satu jabatan tersebut (kita tetap akan rahsiakan jabatan tersebut).

Inilah manusia yang bernama Jamil tidak pernah tahu menghargai staf sendiri dan kami berdoa dan berharap agar semua yang telah menjadi mangsa  Jamil  tabah dan redha, mungkin inilah hikmah yang Allah berikan.

Kita akan tengok pulak sejauh mana kebolehan dan kemampuan pengganti puan sekarang.  Bolehkah tahan dengan karenah Jamil sebab semua orang kanan Jamil dah kena.!

Semoga tabah dan terima kasih.

KATAKAN " TIDAK UNTUK 10 SEPTEMBER 2012"


Sempena Sambutan hari Raya Aidil Fitri KUIN yang bakal berlangsung pada 10 Jawatankuasa BERSIH KUIN memutuskan untuk TIDAK MENJAYAKAN program tersebut dan semua staf tidak digalakkan untuk hadir.

Sebab-sebab 
1. Ketidakhadiran kakitangan pada program tersebut tidak memberikan kesan kepada kepentingan awam
2. Pentadbiran KUIN pernah berkata semasa mereka tidak membenarkan kakitangan turun solat dhuha dan hajat di surau suatu ketika dahulu " BEKERJA ITU WAJIB DAN SOLAT ITU SUNAT". Maka hari ini skuad BERSIH KUIN  juga menggunakan ungkapan yang sama "BEKERJA ITU WAJIB MAKAN ITU HANYA HARUS JER"
3.Tuntutan BERSIH KUIN supaya Jamil meletak jawatan, kenaikan 13 %, Kebajikan yang diabaikan dan banyak lagi langsung tak diendahkan Jamil dan kroni. Jamun raya ini hanya sekadar gula-gula untuk melupakan perjuangan kakitangan.

Kepada kakitangan yang serba salah  untuk hadir atau tidak kerana tak tahu nak buat alasan, Skuad BERSIH KUIN membantu anda menyediakan alasan "saya puasa hari ini"

Tuesday, 4 September 2012

10 PELAJAR TAHFIZ YANG DITAHAN REMAN DIBEBASKAN DENGAN JAMINAN POLIS

Sebahagian waris pelajar yang setia menanti anak-anak mereka
4 September - Alhamdulillah petang ini dengan berkat usaha bersungguh-sungguh tok tok guru ulamak tahfiz dan doa serta solat hajat daripada rakan, waris dan semua , 10 pelajar Tahfiz yang telah ditahan reman selama 6 hari di Pejabat Polis Kota Setar di benarkan keluar dengan jaminan polis.

Sebahagian tok guru tahfiz bertungkus lumus membantu
Mereka yang dituduh mencederakan pencuri yang masuk mencuri barangan mereka di asrama hingga pencuri mati telah dibantu oleh 2 orang peguam yang dilantik.

Turut menanti mereka di Pejabat Polis Kota Setar ialah ibu bapa, sanak saudara dan tok-tok guru tahfiz. Penantian dengan penuh rasa kehibaan dan kesayuan sebenarnya disambut dengan kegembiraan.

Selepas dibebaskan mereka terus menuju ke Maahad Tahfiz bersebelahan  Masjid Sultanah.

Apa yang malangnya kepada 10 orang pelajar KUIN ini , masih tiada kelibat Timbalan Rektor HEP, Dekan HEP dan Timbalan-timbalan Dekan HEP  kelihatan di Balai Polis.KUIN seolah-olah melepas tangan dalam kes ini sedangkan semua 10 orang pelajar ini adalah pelajar KUIN yang berdaftar dengan KUIN dan memiliki no matrik KUIN.

TAHNIAH D AN TAKZIAH KEPADA WARGA KERJA KUIN

Skuad bersih KUIN mengucapkan tahniah dan takziah pada butiran berikut :

TAHNIAH:

Pertama  :

Ustaz Zakaria Othman (kakitangan KUIN yang dipinjamkan ke Perbadanan Menteri Besar Kedah) kerana telah mendapat cahayamata baby girl pada 30 Ogos 2012 jam 1.41 pm 

Kedua :

Ustaz Ariff Khan (kakitangan di Pejabat Teknologi Maklumat) kerana telah mendapat  cahaya mata baby boy pada Julai 2012 .

Ketiga :

Datin Wira Dato' Hajjah Che Barni (Timbalan Rektor ) yang telah berjaya melangsungkan perkahwinan anakandanya Fikri dan Dr Azni pada 2 September 2012 (Ahad) di Kuala Lumpur yang turut dihadiri Yang Dipertuan Agong.


TAKZIAH:

Pertama : 

Musa Bin Hussain  (kakitangan di Pejabat Hal Ehwal Pelajar) di atas kematian abangnya Ahmad Najri, 62 yang telah kembali kerahmatullah pada 28 Ogos 2012 di Rompin Pahang.

Monday, 3 September 2012

AZIZAN PERLU DISINGKIRKAN


Sinar harian 4 September

4 Sept -Azizan memang perlu disingkirkan kerana bahang kemeluatan orang kepada Azizan makin terasa. Dahulu ramai orang marah pada Azizan tetapi masing-masing tak berani nak bersuara. Kini semua lapisan sudah lantang mengkritik Azizan dan mendesak Azizan melepaskan jawatan MB Kedah.

Azizan pelru disingkirkan segera demi menyelamatkan Kedah dan KUIN
Doa kakitangan KUIN hampir mustajab. Ya Allah singkirkanlah manusia yangsentiasa melakukan kezaliman kepada kami. Kau gantikanlah dengan manusia yang adil dan saksama. Amin

ISU PELAJAR TAHFIZ : MANA TAULAN, CAKAP SAJA BANYAK.

YB Dr Ismail

Yb Dr Nasir Mustafa
4 September - Warga KUIN khususnya pelajar tahfiz merasal kesal dengan gelagat YB taulan yang langsung tak turun padang menjengok kes pelajar tahfiz di tahan remah. Taulan antara exco yang awal dimaklumkan mengenai kes ini. Beliau sebagai exco pendidikan yang bertanmgjungjawab kepada KUIN dan isu pendidikan patut turun padang.

Namun sperti diketahui oleh warga KUIN, Taulan hanya akan turun jika ada demo atau penyerahan memorandum atau isu meletup di akhbar.

Warga KUIN dan tahfiz mengucapkan setinggi terima kasih kepada YB Dr Ismail Salleh  Exco Kerajaan Negeri Kedah dan YB Dr Nasir Mustafa ADUN Kubang Rotan yang telah turun padang atas keprihatinan mereka di balai polis Alor Setar. kemarin

KES PELAJAR TAHFIZ: DAH LAH TAK TURUN PADANG, TELITI UNTUK TATATERTIB KUIN PULAK ?


3 September - Kes pelajar tahfiz KUIN ditahan reman untuk siasatan penjenayah yang terbunuh kerana mencerobohi dan mencuri barangan di asrama menjadi perbualan hangat media dan orang ramai. Namun yang lebih malang seorang ketua jabatan wanita di HEP seolah-olah baru mengetahui kes ini selepas hampir seminggu kes berlaku. Adakah dekan tak baca akhbar hingga menyerahkan bulat-bulat  kepada pensyarah tahfiz untuk menjenguk pelajar-pelajar tersebut, sedangkan pelajar tersebut adalah pelajar KUIN. Sekurang-kurangnya bacalah blog kami ini yang cepat dan tepat !! Dimanakah kebajikan pelajar terbela? Mana Wan Timb Rektor pulak ?

Namun usaha ulamak tahfiz siang dan malam berhasil hari ini dengan penuh situasi emosi kerana selepas mendapat 2 orang peguam yang bakal membela nasib pelajar tahfiz tersebut hingga berjaya menemukan pelajar-pelajar yang ditahan reman dengan ibu bapa mereka dan tok-tok guru hafiz mereka. Suasana ketika pertemuan tersebut digelenangi dengan air mata kerana seminggu mereka bermalam dalam tahanan reman , mereka juga dibawa makanan untuk di makan dikala rakan lain menikmati juadah raya dan rumah terbuka.

Apa yang lebih malang , ada seorang timbalan dekan lelaki di HEP yang menyatakan bahawa pelajar ini juga boleh didakwa dalam tatatertib KUIN jika perbuatan mereka menjadi jenayah. Subhanallah, kita masing-masing bertungkus lumus untuk mengeluarkan mereka dari kes ini dan membela kerana mereka tak bersalah, tiba-tiba , ada juga yang dok fikir tentang tindkan undang-undang kepada mereka. Dahlah tak turun tengok, pas tu nak tunjuk pandai hal undang-undang pulak.

Tahniah ulamak tahfiz yang amat perihatin dengan kebajikan anak didik mereka, dengan membuka billik gerakan bertempat di bangunan tahfiz sebelah maasjid sultanah sehingga jam 12 malam selama 2 minggu.

Sunday, 2 September 2012

SILALAH KE RUMAH BARU JAMIL SEMPENA HARI RAYA INI

Kediaman baru Jamil di Lagenda Height Sungai Petani

Sempena Hari Raya ini ramai warga KUIN menunggu rumah terbuka Jamil agar kita dapat mengeratkan lagi hubungan dan bermaaf-maafan. Beberapa kakaitangan KUIN cuba pergi ke Bukit Indah Water namun kedapatan Jamil tidak lagi mendiami rumah tersebut.

Warga KUIN tidak putus harap selepas mendapat khabar bahawa Jamil telah berpindah ke Lagenda Height Sungai Petani , rumah 2 tingkat setengah. Kami terus ke sana dan mendapati no rumahnya adalah betul (No 361). Silalah sesiapa yang ingin menziarahi Jamil sempena hari raya ni. Kami hanya menunjukkan saja lokasi rumah Jamil yang baru di Sungai Petani.


Jalan Lagenda 27

No rumah 361


BLOG PRO AZIZAN HENTAM AZIZAN , SURUH AZIZAN BERUNDUR




2 September - Blog Kedahlanie.info yang merupakan blog pro Pas dan Azizan, kini sudah mertubah haluan dengan mendesak Azizan berehat . Azizan memang patut meletak jawatannya dan memberi peluang kepada lantikan pemangku untuk mengemudi Kedah dan KUIN

MESYUARAT EXCO DI HOSPITAL : PETANDA BESAR AZIZAN SANGAT TAK SIHAT

Sampai mesyuarat exco pun kena buat di hospital, apa tunggu lagi: letak sahaja jawatan wahai Azizan
2 September- Azizan tak dapat menyelindung kemelut kesihatnnya apabila bakal mengadakan mesyuarat exco di hospital. Apa tandanya jika mensyuarat terpaksa diadakan di Hospital? itulah tandanya Azizan sakit teruk, kalau tak teruk masih boleh bertugas.

Banyak projek-projek Kerajaan tertangguh, pentadbiran Kerajaan menjadi lemah disebabkan Azizan. Sudah 4 minggu mesyuart exco tak dapat dijalankan sebab Azizan sakit. Cara yang paling baik bukan buat mesyuarat exco di hospital tetapi Azizan meletak jawatan MB dan dilantik pemangku.

Wah! Jamillah orang yang paling cemas jika azizan letak jawatan dan warga KUIN akan menjadi insan yang paling seronok kerana Jamil hampir akan dapat dikeluarkan dari KUIN



Sinar Harian 1 September


Saturday, 1 September 2012

JAMIL AKAN BAWA PULAK MANTAN REKTOR UIAM ?

Benarkah khabar angin yang sangat kencang mengatakan Prof. Datuk Dr. Syed Arabi Idid mantan Rektor UIAM akan dibawa Jamil ke KUIN ?

Dr Idid yang mempunyai hubungan rapat dengan salah seorang orang kanan Jamil adalah antara kenalan dan kawan rapat Jamil seperti juga Wan Sulaiman, Hamzah Ismail, Syaya dan lain-lain lagi.

Projek apa pulak dia nak buat ni? tak cukup dah ka dengan apa yang ada sudah melingkupwangkan KUIN.

Jika dakwaan ini benar ia mungkin dilihat sebagai projek Jamil untuk meletakkan pewarisnya jika Jamil meninggal KUIN ? Taktik ini juga telah dilakukan kepada Syaya ketika Syaya bertugas di KUIS . Taktik yang sama digunakan untuk tarik kroninya yang lain seperti Muslim Engeneering dan Wan HEP

MB SAH HADAPI MASALAH KESIHATAN KRITIKAL : GAGAH TUNJUKKAN WAJAH PADA RUMAH TERBUKA PAS DI PUSAT PAS BATU 9


Gambar terkini Azizan kelihatan tak bermaya dan letih seolah terpaksa hadir bagi mengelak spekulasi mengenai kesihatannya yang bermasalah

1 September - Teka teki yang hangat di dalam blog dan media melihat sendiri keuzuran yang dialami Azizan semasa jamuan raya terbuka PAS Kedah di Batu 9 sebentar tadi. Pihak skuad BERSIH turut ke lokasi untuk melihat sendiri secara live kedudukan kesihatan Azizan yang merupakan benteng kuat Jamil.

Azizan memang dah tak berdaya dengan emosi yang kurang stabil bagi mngemudi Kerajaan Kedah. kami warga KUIN mendoakan Azizan dapat meletak jawatan agar dapat memberi penumpuan kepada kesihatannya.

Dalam Majlis Raya Azizan kelihatan tidak aktif seperti biasa dan lemah serta uzur . Ini menggambarkan Azizan sudah tak relevan menjadi MB Kedah.

AZIZAN DI SARAN DIREHATKAN DAN DIGANTI DENGAN MB BARU





Setiausaha PAS mengesahkan Azizan tak berupaya untuk menjadi MB Kedah kereana penat berpunca pada sakitnya. Azizan perlu akur dengan saranan SU PAS agar berehat terus untuk memberi peluang beliau menjaga kesihatannya dan melantik penggati baru MB Kedah untuk menjaga Kedah.

Azizan yang sudah 4 minggu tak mengadakan mesyuarat exco di dapati menimbulkan banyak masalah dalam pentadbiran Kedah kerana gagal mentadbir hanya dengan sebab kesihatannya.Kegagalan mengadakan mesyuarat exco yang menjadi tunjang jentera pentadbiran Kerajaan Kedah sudah cukup menjadi bukti bahawa Azizan sudah hilang kelayakan mengemudi Kedah, dan pengganti baru perlu dilantik segera.