Pages

Monday, 25 June 2012

GELOMBANG BERSIH MELANDA ANAK BUKIT KEDAH 28 JUN

En Yusof  Ismail atau lebih dikenali dengan Pak Cop, pemandu Dato' Barni telah membuat tuntutan representasi untuk diambil berkerja kembali yang difailkan di Pejabat Perhubungan Perusahaan Kedah/ Perlis Kompleks Kerajaan Persekutuan Anak Bukit Kedah pada 28 Jun ini (Khamis) jam 10.30 pagi.

Pak Cop memfailkan representasi di bawah seksyen 20. Akta Perhubungan Perusahaan 1967.

Kes ini difailkan kerana penganiyaan yang telah dilakukan oleh Jamil kepada Pak Cop dan Haji Najib pendaftar apabila diarah bersara dengan mengejut sedangkan masing-masing telah menandatangani opsyen yang dikeluarkan KUIN mengenai umur bersara wajib 60 tahun.

Sayuti Sanusi (Mr SS) dijangka akan mewakili KUIN dan Pak Cop akan mewakili diri sendiri. (PC vs SS)

Semua kakitangan wajib memberikan sokongan padu pada Pak Cop kerana tindakan Pak Cop memfailkan kes ini bukan tindakan peribadi tetapi adalah mewakili semua kakitangan KUIN untuk mencabar Jamil yang selalu bersembunyi disebalik pegawai undang-undangnya.

Menang atau kalah bukan ukuran , tetapi kita mesti tidak gentar menuntut hak kita yang dirampas Jamil dan kroninya. 

Jika Pak Cop menang bermaksud :
- KUIN malu lagi lepas kalah dengan tindakan mahkamah mahasiswa yang digantung
- Jamil akan dipercepatkan untuk tinggalkan KUIN
- Haji Najib akan berpeluang kembali bertugas sebagai pendaftar.
- Kita akan saman dan report kepada pihak berkuasa , kerana kita dilindungi oleh undang-undang.

Jom sama-sama berikan sokongan dengan berdoa dan melakukan solat hajat, walaupun dengar cerita KUIN dah rujuk kepada pegawai dan pensyarah undang-undang, namun Pak Cop hanya rujuk dengan kawan-kawan sahaja.

Apa yang perlu kita lakukan untuk sokong dan bantu Pak Cop. Nantikan arahan dan maklumannya di dalam BERITA KUIN