Dalam mesyuarat Dekan baru-baru ini antara agenda yang hangat dibincangkan ialah isu 5 orang pensyarah Insan Maya yang menyambung pengajian Master Tahfiz Al Quran.
Pihak Kementerian semasa lawatan penguatkuasaan baru-baru ini dan lawatan MQA di sungai Petani telah membuat teguran atas kesalahan 5 orang pensyarah Multimedia yang tak layak sambung Master bidang Tahfiz Quran, tetapi kenapa KUIN membenarkan perkara tersebut. Salah seorang daripada mereka ialah Ramzul , anak kandung Jamil. Mennurut sumber, isu ini adalah antara punca Prof Yusof meninggalkan jawatan Pengarah Postgraduate.
Walaupun sebelum teguran telah diberikan sebelum ini , KUIN menerusi Dekannya Bapak Azharudin Indonesia tetap mempertahankan kelima mereka kerana Bapak Azharudin juga membpunyai hubungan rapat dengan Jamil.
Menurut sumber lagi soalan dan jawapan yang dijawab oleh mereka tidak langsung bertaraf Master, bahkan standard sekolah rendah sahaja, Tiada skima jawapan, skrip jawapan mereka dipegang oleh Bapak Azharudin kerana bimbang bocor temberang.
Jika tidak percaya pergilah bersembang dengan pensyarah tahfiz yang turut sambung master Al Quran, mereka pernah kata kelima-lima pensyarah Insan Maya itu bukan sahaja tak mampu hafaz Quran bahkan baca Quran pun tak betul.
Adakah ini pun masuk kategori KUIN ke arah jual sijil? AWAS Jamil jangan rosakkan KUIN.
Dekan Kuliah Mutimedia dalam mesyuarat dekan mempertahankan agar kawan2 nya masih boleh belajar master sedangkan ramai yang memprotes demi maruah akademik KUIN. Yang lebih malang lagi seorang ustazah yang kini menjadi Dekan telah mengutarakan cadangan agar ditukuarkan nama Kuliah Al Quran kepada nama kuliah lain agar dapat menjadi alasan untuk ambil juga mereka yang tak layak sambung Master Al Quran.
KITA MESTI PERTAHANKAN NAMA KULIAH QURAN. Dulu mereka singkirkan ulamak tahfiz dari KUIN , kini ada perancangan pula nak tukar nama Kuliah Quran.