Selasa, 18 September 2012
Datuk Seri Dr Ali Hamsa |
Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri
Dr Ali Hamsa pada Khamis mengingatkan semua ketua jabatan dan agensi kerajaan
agar sentiasa mengambil berat kebajikan serta kemudahan kerja penjawat awam di
bawah jabatan masing-masing.
Beliau berkata jangan hanya
mengharapkan mereka untuk memberikan perkhidmatan terbaik dan berkelas dunia
kepada rakyat namun pada masa sama mereka bekerja dengan kemudahan dan suasana
sebaliknya.
"Ketua jabatan jangan hanya
melihat apa yang berlaku di hadapan kaunter perkhidmatan, lihat juga apa yang
ada di belakang kaunter sama ada ia juga bertaraf dunia," katanya ketika
berucap pada majlis perjumpaan dengan ketua jabatan dan agensi kerajaan negeri
Sarawak di Wisma Bapa Malaysia di sini pada Khamis.
Katanya selain itu beliau turut
menggalakkan lebih ramai ketua jabatan dan agensi untuk turun padang melihat
dengan lebih dekat pelaksanaan dasar kerajaan agar ia sampai kepada golongan
sasar iaitu rakyat selain mencari penyelesaian segera kepada sebarang isu yang
dibangkitkan.
Menurutnya konsep Cepat, Tepat dan Integriti (CTI) bersama
dengan cara kerja yang lebih kreatif dan inovatif penting dalam meningkatkan
lagi perkhidmatan awam ke peringkat yang lebih baik.
KSN Datuk
Seri Dr Ali Hamsa mengingatkan semua ketua jabatan :
1. Sentiasa mengambil berat
kebajikan serta kemudahan kerja penjawat awam di bawah jabatan
masing-masing.
2. Jangan hanya mengharapkan mereka
untuk memberikan perkhidmatan terbaik dan berkelas dunia kepada rakyat namun
pada masa sama mereka bekerja dengan kemudahan dan suasana sebaliknya.
3. Jangan hanya melihat apa yang
berlaku di hadapan kaunter perkhidmatan, lihat juga apa yang ada di belakang
kaunter sama ada ia juga bertaraf dunia
4. Menggalakkan lebih ramai ketua
jabatan turun padang melihat dengan lebih dekat pelaksanaan dasar kerajaan agar
ia sampai kepada golongan sasar iaitu rakyat selain mencari penyelesaian segera
kepada sebarang isu yang dibangkitkan.