Sempena Sambutan hari Raya Aidil Fitri KUIN yang bakal berlangsung pada 10 Jawatankuasa BERSIH KUIN memutuskan untuk TIDAK MENJAYAKAN program tersebut dan semua staf tidak digalakkan untuk hadir.
Sebab-sebab
1. Ketidakhadiran kakitangan pada program tersebut tidak memberikan kesan kepada kepentingan awam
2. Pentadbiran KUIN pernah berkata semasa mereka tidak membenarkan kakitangan turun solat dhuha dan hajat di surau suatu ketika dahulu " BEKERJA ITU WAJIB DAN SOLAT ITU SUNAT". Maka hari ini skuad BERSIH KUIN juga menggunakan ungkapan yang sama "BEKERJA ITU WAJIB MAKAN ITU HANYA HARUS JER"
3.Tuntutan BERSIH KUIN supaya Jamil meletak jawatan, kenaikan 13 %, Kebajikan yang diabaikan dan banyak lagi langsung tak diendahkan Jamil dan kroni. Jamun raya ini hanya sekadar gula-gula untuk melupakan perjuangan kakitangan.
Kepada kakitangan yang serba salah untuk hadir atau tidak kerana tak tahu nak buat alasan, Skuad BERSIH KUIN membantu anda menyediakan alasan "saya puasa hari ini"