Pages

Wednesday, 7 November 2012

JAMIL DAN AZIZAN TAK YAKIN DAPAT KEKAL : BAKAL SEGERAKAN PERASMIAN KAMPUS KUALA KETIL

Krisis kewangan yang tersangat melampau melanda KUIN memberi isyarat kepada Jamil supaya sesuatu mesti diambil bagi memastikan Kampus Kuala Ketil (KKK)  akan tetap beroperasi pada tahun hadapan.. Jamil sedar bahawa jika Kerajaan Kedah bertukar tangan kemungkinan besar kakitangan dan pelajar KUIN tidak akan berpindah ke KKK kerana berhadapan masalah kewangan dan hutang besar yang bakal  ditinggalkan Azizan dan Jamil.

Oleh itu Jamil merangka strategi bahawa sesuatu mesti dilakukan supaya usahanya dianggap sebagai wira. Menurut sumber Jamil bakal mengundang SPBYDP Agong untuk merasmikan KKK pada bulan Januari 2013 bagi merasmikan KKK dan mengadakan special konvo. Sedangkan KKK hanya akan boleh diduduki oleh KUIN pada bulan 4 2013.

Inilah strategi Jamil palsu kerana apabila Jamil pergi dan Azizan turun , maka mereka boleh mendakwa sesiapa sahaja yang menggantikan mereka sebagai pemusnah kerana tak menduduki kampus yang telah mereka buat dengan hutang yang besar yang ditinggalkan.