Pages

Thursday, 5 July 2012

MARI SELONGKAR PEMBOHONGAN MB DISEBALIK SOKONGANNYA PADA JAMIL

5 Julai -Kenyataan MB Kedah menyokong mengekalkan kuasa diktator Jamil telah menyerlahkan siapa MB Kedah yang sebenar.
- Jamil berselindung disebalik MB Kedah.
- MB Kedah berselindung di sebalik politik PAS.

Dalam artikel ini saya akan menjawab semua pembohongan MB Kedah dalam kenyataan akhbarnya hari ini.

PERTAMA 

MB Kedah berkata kemelut KUIN sebenarnya bukan mengurangkan bilangan pelajar bahkan peningkatan bilangan pelajar setiap tahun memasuki KUIN.

JAWAPAN DAN ULASAN SAYA 

- Sebenarnya pertambahan program pengajian akademik tidak memberi kesan kepada pertambahan bilangan pelajar memasuki KUIN.
- Bilangan pelajar memasuki KUIN setiap tahun adalah merosot bukan semakin bertambah.
- Statistik kemasukan pelajar ke KUIN adalah seperti berikut :
          Julai intake 2010 - Bilangan pelajar mendaftarkan diri 1900
          Julai intake 2011 - Bilangan pelajar mendaftarkan diri 1600
          Julai intake 2012 - Bilangan pelajar mendaftarkan diri   900
Ini memberi isyarat bahawa pertambahan program yang dijalankan di KUIN tidak boleh dibanggakan kerana tiada sambutan.
Menurut sumber, kemasukan pelajar tahun 2012, sebahagian program pengajian yang pelajarnya langsung tidak memberangsangkan :
- Program Ijazah Kejuruteraan  hanya seorang (1) pelajar mendaftar , sedangkan programnya ada 3 Ijazah
- Postgraduate hanya  11 pelajar mendaftarkan diri
- Ijazah Perakaunan hanya 4 orang sahaja
- Ijazah Perniagaan hanya 6 orang sahaja.

KEDUA 
MB berkata dakwaan dan tuntutan  kakitangan KUIN adalah tidak benar.

JAWAPAN DAN ULASAN

-Kakitangan KUIN sekarang bersedia memasuki fasa ketiga dalam desakan Jamil meletak jawatan.
-Kami tidak mahu menjawab isu ini dengan kata-kata, tetapi  tunggulah pihak penguasa datang mendedahkan segalanya dalam masa terdekat.
-Kami sayang KUIN dan mahu KUIN dibersihkan daripada tangan yang merosakkan, sebab itulah kami tak dedahkan maklumat berfakta pada umum.
Sekarang kenyataan MB Kedah telah mencabar kami, dan cabaran itu kami akan sahut dan buktikan kepada semua masyarakat Malaysia.

KETIGA 

MB berkata tindakan tatatertib tidak akan diambil bahkan memberikan kebebasan bersuara kepada kakitangan KUIN.

JAWAPAN DAN ULASAN

- Skrip yang sama MB pernah kata kepada pelajar yang berdemonstrasi pada tahun 2011 yang lalu. Apabila pelajar buat demo pada 11.1.11, MB puji pelajar berdemo dan kata tak akan ambil sebarang tindakan kerana memberikan kebebasan bersuara.
-Namun apabila demo kedua berlaku oleh pelajar tahfiz pada 1 April 2011, MB melenting dan mengarahkan Jamil mengambil tindakan tatatertib kepada 6 orang pelajar yang berdemo , juga mengenakan tindakan memecat jawatan Us Idrus serta merta dari Timbalan Dekan Al Quran , juga mengeluarkan Ulamak Tahfiz dari KUIN dan pindahkan ke Yayasan Islam Kedah..
-Dalam isu demo staf pun sama juga , hari ini MB kata tak akan ambil tindakan , kononnya nak bagi tau dia orang baik berikan kebebasan bersuara. Namun sebenarnya di belakang tabir MB memang nak sangat kakitangan yang berdemo dikenakan tindakan tatatertib terutama Mohd Azki dan Sajiah, tetapi hingga kini agar sukar untuk mencari peruntukan undang-undang  yang boleh bertindak demikian. Apatah lagi kaedah tatatertib kakitangan KUIN belum diwarta dengan rasmi. jadi MB terpaksalah pusing fakta kononya dia baik, berikan kebebasan bersuara.

Wednesday, 4 July 2012

ADA BLOG CADANG TELEFON JAMIL " GOOD IDEA"

Blog mahasiswa prihatin milik pelajar mencadangkan apa yang Jamil pernah lakuakn kepada pelajar apabila Jamil menawarkan kepada pelajar agar menelefonnya jika ada masalah.

Sekarang kakitangan, pelajar , kontraktor dan warga setempat ada masalah dengan Jamil. Sewajarnya Jamil bagi orang telefon nombor telefonnya. 0162382340

Blog mahasiswa seperti berikut :
sumber : mahasiswaprihatin.blogspot.com

TAHNIAH KAKITANGAN KUIN KERANA BERANI MELEBIHI MAHASISWA

Hidup, hidup.. hidup kebenaran     Undur,undur..undur Jamil. Wooow , saya amat kagum sungguh dengan keberanian yang ditunjukkan barisan kakitangan Insaniah yang sangat berani dengan lantang mendesak Rektor Insaniah meletak jawatan

Seingat saya keberanian ini melebihi mahasiswa dan MPM yang masih lagi dirundung ketakutan dan takut 'orang kata' . Kita mahasiswa haru keluar dari kepompong ini agar menjadi MAHASISWA PROFESIONAL'

Peristiwa demo staf yang lebih dikenali sebagai "HIMPUNAN AMAN BERSIH KUIN 2.0" pada 3.7.12 mengingatkan saya kepada HIMPUNAN MEGA MAHASISWA KUIN pada 11.1.11. Persamaanya kedua-dua himpunan ini berlaku pada hari yang sama (Selasa). Mahasiswa warna tema protes ialah Merah Hitam manakala kakitangan KUIN warna Putih.

Dalam himpunan mega siswa Dato Rektor berjanji akan selesaikan banyak masalah, tapi hanyalah gulu-gula kepada pelajar dan kebanyakan tuntutan hingga kini belum selesai.

Dato Rektor Prof Jamil hingga memberikan no telefonnya kepada semua pelajar di dalam dewan , jika tak puas hati telefon hensetnya. Mungkin kakitangan KUIN pun kalau demo tak berkesan , kena banyak hantar sms dan telefon dato Jamil rasanya, No Dato Rektor , kami masih simpan , kalau Dato tak tukar inilah nombornya 0162382340

Any way , cong.. to all KUIN staff. ,

LAWAN TETAP LAWAN

RAMZUL BIN JAMIL REKTOR KUIN : MASTER DAPAT 3.8 VS SKRIP JAWAPAN YANG MISTERI

Seperti yang telah saya dedahkan mengenai kronisme Jamil hingga anaknya dapat 3.8 dalam master al Quran sedangkan anaknya bahasa arab pun tak pandai, alQuran bukannya hafaz , baca pun lemah tapi bila ambil Master Quran dapat 3.8.Ulamak tahfiz yang terkenal di Kedah yang dah hafaz 30 juz Quran pun, tak dapat 3.8. Inilah suatu yang sangat misteri.Lebih misteri apabila skrip jawapannya hilang. Adakah konspirasi ala jual sijil berlakuk di KUIN. Nantikan jawapannya  dalam masa terdekat.

Sila rujuk artikel saya sebelum lebih lanjut (KLIK DI SINI)


JAMIL KERAS KEPALA , MB KETEGAQ

4 Julai - Patutlah sangat 2 orang exco Kerajaan menentang secara terang semasa krisis pelantikan exco baru-baru ini kerana mempunyai masalah yang kritikal dengan MB Kedah.

Kini virus ketegaq MB Kedah sedah mula berjangkit dalam isu KUIN apabila tetap ingin menyimpan kekasih lamanya Jamil di KUIN. 

Jamil kata dia tetap akan jadi Rektor dan enggan tunduk kepada desakan seluruh kakitangan dan pelajar KUIN yang sudah tidak mahukan Jamil menjadi pemimpin.

Memang tak ada maruah dan tak tahu malu, nantikan BERSIH 3.0 yang akan terus merentap Jamil dari takhta pemerintahan KUIN ala hitler.

Kini gelombang putih BERSIH KUIN akan memasuki fasa yang ketiga untuk memastikan Jamil akan tidak menjadi Rektor KUIN.

BANNER TOLAK JAMIL , DESAK LETAK JAWATAN DIGANTUNG ATAS PEJ REKTOR




Tuesday, 3 July 2012

KUIN DALAM AKHBAR ONLINE

Utusan Malaysia

Sinar Harian 

Berita Harian

Malaysiakini

New Strait Times

Bernama 

Kosmo


Harian Metro

SEBAHAGIAN KERATAN AKHBAR DEMO STAF KUIN


Berita TV 1




PELAJAR KUIN PERNAH BUAT DESAKAN YANG SAMA AGAR JAMIL LETAK JAWATAN. KINI STAF PULA, SILALAH LETAK JAWATAN

Sebahagian mahasiswa desak Jamil di hadapan wisma
Bukan kakitangan KUIN sahaja yang mendesak jamil meletakkan jawatan, bahkan piahk mahasiswa terlebih dahulu mendesak perkara yang sama di hadapan wisma Darulaman pada 19 Februari 2012.


mantan presiden mpm kuin pernah gesa rektor letak jawatan

Jika mahasiswa, kakitangan dan warga KUIN dah mendesak Jamil meletak jawatan , apa tunggu lagi . Jika MB Kedah gagal memahami mesej daripada warga KUIN, inilah malapetaka besar kepada pemerintahan.

kain rentang hadapan wisma digantung mahasiswa KUIN
kini giliran staf pula berani desak Jamil letak jawatan
Saidina Omar pernah berkata , jika aku ada melakukan kesalahan tegurlah, jika kebenaran bantulah. Sekarang warga KUIN sudah jelas pembohongan Jamil. TURUNLAH SEBELUM KAMU DITURUNKAN

WARNA WARNI SEKITAR HIMPUNAN AMAN BERSIH KUIN 2.0








SEBAHAGIAN SEPANDUK HIMPUNAN BERSIH KUIN 2/0













Monday, 2 July 2012

HIMPUNAN AMAN BERSIH KUIN 2.0 : KAKITANGAN KUIN DESAK JAMIL LETAK JAWATAN

3 Julai - Isu KUIN semakin panas apabila seramai lebih 200 orang kakitangan KUIN mengadakan himpunan mendesak Dato’ Jamil meletakkan jawatannya sebagai  Rektor KUIN. Himpunan yang dinamakan ‘Himpunan Aman BERSIH KUIN 2.0” itu diadakah dihadapan pejabat Rektor dan disertai pelbagai lapisan gred kakitangan KUIN dan juga turut disertai oleh pelajar KUIN. 

Walaupun hujan , namun  kakitangan KUIN tetap keluar di lapangan hadapan Pejabat Rektor bagi mendesak Jamil melepaskan jawatannya. Selain daripada warga KUIN turut kelihatan pihak keselamatan, wartawan media , alumni KUIN dan orang masyarakat setempat.

Desakan Jamil meletak jawatan itu adalah kerana kakitangan KUIN sudah hilang kepercayaan kepada  beliau yang telah banyak mengabaikan kebajikan kakitangan dan juga pelajar. Ini ditambah lagi dengan kewujudan anak-anak syarikat KUIN yang tidak mampu beroperasi dengan sendiri dan terpaksa bergantung kepada kewangan KUIN yang akhirnya mencetuskan krisis kewangan yang sangat kritikal. Berpunca daripada krisis pentadbiran yang hilang amanah dan pengurusan kewangan yang tidak cekap, maka kakitangan dan pelajar diheret menjadi mangsa seperti :
1.dinafikan kenaikan gaji kakitangan 13 %,
2.tidak membuat potongan gaji kepada bank walaupun telah dipotong gaji,
3.menolak kenaikan elaun kadar sara hidup RM 50.00,
4.kenaikan yuran pelajar yang amat mendadak dari RM 60 kepada RM 200 satu kredit,
5.mengenakan caj medical chek up kepada pelajar baru sebanyak RM150 hingga RM 250,
6.kenaikan yuran asrama pelajar
7.mengenakan caj untuk menyemak status kemasukan pelajar.
8.Dan lain-lain penganiyaan ( akan di dedahkan dalam artikel seterusnya)

Dalam menghadapi pelbagai krisis ini pihak kakitangan telah berusaha mengadakan rundingan dengan Jamil agar dapat diberikan penjelasan untuk penyelesaian kemelut namun Jamil langsung tidak mengendahkan semua tuntutan kakitangan. Berikut disenaraikan tindakan yang telah dilakukan kakitangan :

Awal Mei 2012
Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ), sebuah jawatankuasa yang mewakili semua lapisan kakitangan pelbagai gred  jawatan telah bermesyuarat dan bersetuju untuk mengemukakan memorandum tuntutan penyelesaiaan hal berkaitan kebajikan KUIN kepada Rektor KUIN.
14 Mei 2012 
Pihak wakil kakitangan KUIN telah bertemu dengan YAB MB Kedah di Kediamannya di Jalan Sultanah jam 8.50 malam. Seramai 6 orang kakitangan KUIN menyertai pertemuan tersebut bagi menjelaskan isu yang sebenar yang berlaku di dalam KUIN.
20 Mei 2012
Pihak kakitangan menerusi MBJ telah pun mengemukakan surat dan memorandum tuntutan penyelesaian hal berkaitan kebajikan KUIN . Memorandum tersebut disampaikan kepada Rektor KUIN dan di buat salinan kepada pengerusi dan ahli Lembaga Pengarah KUIN dan ahli Mesyuarat Tertinggi KUIN.
30 Mei  2012
5 orang wakil kakitangan KUIN Mohamad Azki, Sajiah, Tawfek, Asri dan Arif telah mengadakan pertemuan dengan Rektor KUIN pada jam 12.30 pm, namun dalam petemuan tersebut Jamil hanya ingin bertemu dengan seorang wakil sahaja iaitu Mohamad Azki. Dalam pertemuan tersebut Jamil memandang dingin terhadap isu yang dikemukakan di dalam memorandum sebaliknya banyak menyoal tentang 'validility', bahkan selepas perjumpaan dilakukan pada jam 4.00 petang Mohamad Azki terus ditukar Jabatan Pembangunan Kuala Ketil melalui surat pertukaran yang ditandatangani oleh Rektor.
19 Jun 2012
Memorandum kedua telah diserahkan kepada YAB MB Kedah melalui YB Taulan ketika merasmikan Majlis Perasmian Budaya Kualiti KUIN di Dewan KUIN
20 Jun 2012
Memo telah ditulis kepada Rektor agar segera mengadakan perjumpaan dengan semua kakitangan KUIN bagi menjelaskan isu yang berbangkit namun sehingga kini Rektor KUIN langsung tidak memberi tindak balas dan respon terhadap perjumpaan tersebut.
26 Jun 2012
Disebabkan tempoh sebulan yang diberikan kepada Rektor KUIN untuk menyelesaikan isu tunggakan gaji yang tidak dibayar KUIN kepada pihak ketiga walaupun gaji dipotong di dalam slip gaji , maka beberapa kakitangan KUIN membuat laporan polis di Pejabat Polis Daerah Kota Setar.
28 Jun 2012
Pihak kakitangan kemudian melakukan rundingan dengan menjadikan pihak Jabatan Perhubungan Perusahaan Kedah sebagai orang tengah terhadap kes sebahagian kakitangan KUIN yang di tamatkan perkhidmtaan tanpa mengikut prosuder yang sah.

Desakan Jamil meletak jawatan bukanlah kali pertama , bahkan pada 19 Februari 2012 , pelajar-pelajar KUIN pernah berhimpun di hadapan wisma darulaman bagi mendesak Jamil melepaskan jawatannya. Kain rentang panjang juga direntang di hadapan wisma melaungkan slogan ‘Jamil letak jawatan rektor’.

Warga KUIN yang rata-ratanya sudah tidak mahu Jamil menjadi Rektor KUIN mengharap agar Menteri Besar Kedah juga bertanggungjawab dan mengambil tindakan memecat Jamil sekiranya Jamil masih tegar dan enggan melepaskan jawatannya sebagai Rektor.

Perhimpunan dijalankan secara aman dengan melaungkan desakan JAMIL MELETAK JAWATAN di samping  banner dan sepanduk kakitangan tidak mahu Jamil sebagai Rektor.

Kemelut KUIN dijangka dipercayai akan kembali reda dan dapat diselesaikan jika Jamil  berundur dari Rektor KUIN.

KAKITANGAN AKAN TERUSKAN HIMPUNAN BERSIH KUIN 2.0

Walaupun awal-awal pagi Jamil mengarahkan Ketua Jabatan mengawal anak buah masing-masing tidak  menyertai Himpunan tetapi rata-rata kakitangan tidak gentar dengan ugutan Jamil dan himpunan aman akan di teruskan jam 1 tengahari.

Jamil tidak hadir di pejabat hari ini kerana takut dengan himpunan kakitangan. Jamil tidak profesional untuk jumpa kakitangan yang sudah muak dengan propaganda Jamil.

Semua kakitangan TURUN  untuk HIMPUNAN BERSIH KUIN 2.0  walau apa terjadi, hujan ,panas dan gangguan kita tetap akan turun.

Jaga akhlak , jangan ada unsur ugutan, hasutan, merosakkan harta awam. Jika ada provokasi musuh , ambil gambar untuk kita buat repot polis. Kita sentiasa rujuk kepada peguam dan perundangan . Jangan bimbang.

PERTEMUAN SULIT MB, JAMIL, MR SS, WAN SULAIMAN , WAN KUALI T, AZNI, RAMLI


Kereta Wan Sulaiman dan Ramly Medic dalam kaw rumah MB
2 Jun 2012 -  Jamil terus dirundung dengan ketakutan himpunan BERSIH KUIN 2.0 apabila mengadakan pertemuan sulit dengan MB Kedah di Kediaman MB Kedah Jalan Sultanah malam ini .

Pada jam 9.50 kelihatan kereta Sayuti (Mr SS) WRS 1100 berhenti dihadapan rumah MB yang dipandu oleh MR SS, turut kelihatan keluar dari kereta Mr SS ialah Jamil, Wan Sulaiman dan Wan Kuali T. Sejurus lepas itu , Mazman (pemandu) Jamli mengambil alih untuk memandu kereta Mr SS dan diletakkan berhampiran rumah MB Kedah.

Pada jam  10.15 kelihatan Dr Ramli dan isterinya Azni berjalan dan masuk kerumah MB. Kereta Wan Sulaiman dan Ramly sebenarnya sudah lama diletakkan dalam kawasan kediaman MB.
Kereta Sayuti disembunyikan sebang jalan rumah MB
Seperti yang kita tahu Jamil memang sudah takut dengan gerakan staf yang bencikannya dan terpaksa meminta belas kasihan MB untuk berlindung di belakang MB.

Mr SS pun semasa bertemu dengan kakitangan di Pej Perhubungan Perusahaan  berkata , beliau pun banyak tak setuju dengan Jamil dan terkepit atas dan bawah. Tetapi pada mala mini terbukti memang Mr SS orang kuat Jamil, dan amat tidak langsung prihatin kepada staf bawahan.

Siang tadi semua pegawai utama KUIN telah mengadakan seharian perbincangan mengenai kemelut yang sedang berlaku di KUIN.

Kereta Sayuti tiba hadapan rumah MB, Jamil, Wan turut turun



Tetapi yang menariknya perbincangan dilakukan diluar KUIN, sama seperti mala mini kerana bimbang akan diketahui oleh gerakan gelombang putih KUIN.
Kami bersedia dengan sebarang kemungkinan esok  untuk menghadapi Jamil dengan strategi kotornya.

UPDATE 10.30 MALAM

Sunday, 1 July 2012

PANDUAN LENGKAP MENYERTAI HIMPUNAN AMAN BERSIH 2.0 SELASA (3 JUN)

Semua staf , pelajar dan warga KUIN dijemput menyertai Himpunan Aman BERSIH KUIN 2.0  sebagai desakan mengembalikan kegemilangan KUIN , tanda rasa sayang warga KUIN kepada KUIN dan dihindari daripada tangan ghaib . maklumat himpunan adalah seperti berikut :
Tarikh  : 3 Julai 2012 (Selasa)
Masa  : 1.00 tengahari
Lokasi  : Dalam kawasan kampus KUIN Mergong
Apa yang perlu anda lakukan :

1. Hadir pada hari tersebut dengan BERPAKAIAN PUTIH dan solat Dhuha jam 9 pagi (sendirian)
2. Anda juga boleh berpakaian warna lain ketika tiba di pejabat atau kuliah tetapi bawa bersama PAKAIAN     PUTIH dan pada jam 12.30 pm  anda bolehlah menukar pakaian PUTIH untuk sertai himpunan jam 1.00 tengahari. Jangan lupa berwuduk ketika menyertai himpunan.
3.Tepat jam 1.00 tengahari , wisel akan ditiup oleh urusetia BERSIH KUIN 2.0 dan anda dikehendaki berkumpul ditempat wisel ditiupkan.
4. Jika hujan pada waktu tersebut, jangan beredar, kita teruskan himpunan. Nak selamat bawa baju tambahan supaya boleh ganti baju yang basah.
5. Perhimpunan dijangka tamat SEBELUM jam 1.50 petang.
6. Bagi mahasiswa KUIN boleh turut menyertai bersama dengan membawa sepanduk yang berkaitan kebajikan pelajar diabaikan
7. Bawa bersama anda air minumm jika perlu 
8. Digalakkan membawa banner dan kain rentang yang berkaitan ISU KUIN
9. Yang PALING PENTING , ikut arahan yang dikeluarkan dari masa ke semasa, kerana pelbagai kemungkinan mungkin berlaku yang memerlukan pertukaran strategi diminit-minit akhir.
10. Ketika berhimpun pastikan anda JANGAN lakukan perkara di bawah :
- Jangan rosakkan  harta awam kerana itu perbuatan berdosa dan tidak SMART
- Jangan mengeluarkan kata-kata kesat, ugutan, hasutan dan menghentam peribadi.
- Jangan melayan provokasi yang dicetuskan musuh untuk gagalkan himpunan.
-Jangan mengeluarkan sebarang kenyataan akhbar kepada MEDIA. Jika gambar diambil media tak menjadi kesalahan.
11. JANGAN TAKUT pada ugutan dan gertakan pihak pentadbiran
- Kita akan buat di luar waktu pejabat (waktu rehat). 
- Kita akan menjalankan perhimpunan dengan aman dan selamat.
- Tindakan disiplin tidak boleh diambil kepada peserta yang hadir ke perhimpunan aman
- Perlembagaan Malaysia mengiktiraf hak kebebasan bersuara selagi mengikut undang2
- Akta Himpunan Aman membenarkan selagi tidak timbul kekacauan awam
- Pihak polis tidak akan mengganggu dan menghalang walaupun diarahkan KUIN kerana pihak polis hanya akan menjaga kententeraman selagi kita ikut arahan perkara 10 Pihak Urusetia BERSIH KUIN akan mengadakan perbincangan dengan Polis sehari sebelum himpunan.
- Kepada kakitangan sementara dan sambilan , anda juga perlu turun dan jangan takut, anda boleh hadir berada sekitar himpunan . Yang penting berikan sokongan .
- Undang-undang Tatatertib KUIN belum diwartakan dan belum diluluskan di dalam Lembaga Pengarah KUIN, jika KUIN ambil tindakan tatatertib kita boleh ‘fight’ menggunakan peguam yang dilantik oleh BERSIH KUIN.
12. Kemungkinan strategi akan bertukar mengikut keadaan. Sila layari blog.

PELAJAR KIDU JADI MANGSA PENIPUAN JAMIL

1 Julai - Admin Berita KUIN turut bersimpati dengan nasib pelajar KUIN yang belajar di Kolej Islam darul Ulum (KIDU) kerana menjadi magsa kezaliman dan penipuan Jamil.

Suatu ketika dahulu , Jamil yang baru sahaja mengisi borang menjadi Ahli PAS, cuba untuk menampakkan kerjasama dengan KIDU maka Jamil kononnya menawarkan kerjasama antara KUIN dan KIDU. Lantas calon pelajar baru KUIN yang tak layak (tak cukup syarat) kerana tak lulus satu atau dua mata pelajaran STAM dihantar untuk belajar di KIDU.

Apabila pihak Kementerian membuat serbuan baru-baru ini, semua tembelang Jamil terbongkar kerana Jamil sudah menipu Kementerian dengan melanggar peraturan Kementerian. Lalu Jamil menghantar Sayuti bagi memberi penjelasan kepada waris dan pelajar KUIN yang belajar di KIDU.

Sayuti yang telah terjangkit virus penipu jamil memberi penerangan kepada waris dan pelajar , antarannya :

- Pelajar yang tidak cukup syarat (tak lulus STAM) sebelum ini, tetapi sudah menduduki semula peperiksaan tersebut dan lulus , bolehlah terus menyambung pengajian di KUIN bukan di KIDU.

- Sebaliknya jika pelajar yang belum menduduki peperiksaan ulangan STAM atau masih tak lulus, diminta untuk menangguhkan pengajian dulu atau mereka berehat dulu hingga ambil STAM semula dengan llulus.

- Peperiksaan STAM boleh ambil 3 kali sahaja, jika tak lulus juga bolehlah tukar pengajian ke KIDU dengan mengambil Diploma KIDU

KESIMPULAN

- Pelajar KUIN yang belajar di KIDU lebih kurang 100 orang terpaksa menjadi mangsa penipuan Jamil. Dulu Jamil kata tidak ada masalah, sekarang Jamil lari, Sayuti jadi Balachi Jamil untuk tutup kelemahan Jamil.

- Bayangkan jika pelajar mengambil semula peperiksaan STAM tetapi gagal juga, mereka akan terpaksa dikeluarkan daripada KUIN, sedangkan mereka sudah habiskan masa yang lama dan menghabiskan duit beribu-ribu ringgit membayar yuran.