Adakah Jawatan Kuasa Disiplin parti PAS takut nak panggil Azizan..???
oleh Raja Jembal
Adakah Azizan sudah melanggar dasar Parti PAS..??
- Azizan sokong AUKU sedangkan PAS pusat menolak AUKU..
- Azizan beri permit kelab malam sedangkan PAS pusat menolak premis kelab malam yang melampau
- Azizan ugut hendak ambil tindakan OSA kepada pembangkang sedangkan undang-undang tersebut ditentang oleh PAS pusat
- Azizan iktiraf PTPTN sedangkan di PAS pusat menjanjikan pendidikan percuma
- Azizan beli saham FGVH sedangkan perjuangan PAS pusat menolak penyeneraian saham tersebut
Daripada penyeneraian perkara-perkara diatas adakah Azizan masih lagi tidak layak di adap kepada JAWATANKUASA DISIPLIN PARTI...
Jika perkara seperti ini masih lagi tidak layak adakah nak tunggu senarai macam Hasan Ali baru nak panggil beliau mengadap.
Sebenarnya isu yang ditimbul de Kedah sana telah mengakibatkan kami di
negeri lain penat untuk membalas hujah dengan pihak lawan... cuba
bayangkan... dalam kita melawan nak tolak AUKU tetiba beliau sebagai
PENGERUSI KUIN telah menggunakan AUKU mendakwa pelajar KUIN.
Begitu juga dengan isu pembelian saham FGVH oleh PKNK.. dilihat seperti
tiada peranan apa beliau memegang jawatan PENGERUSI.. dilihat seperti
dipermain-mainkan pun ada.
Sekarang kami yang dibawah ini hadapi masalah untuk berhujah dengan pihak musuh. Oleh itu diharap pihak JAWATANKUASA DISIPLIN PARTI bolehlah melihat akan isu ini.. jangan kerana kita hendak mempertahankan sebuah negeri lalu perkara mungkar dan salah kita pertahankan...
Firman Allah yang bermaksud, "Jangan kamu cenderung pada orang-orang yang melakukan kezaliman, kelak kamu disambar api neraka..." [Surah Hud: 113]