Pages

Wednesday 18 July 2012

JAMIL DIPERSOAL KPT SEMASA DIPANGGIL KPT

Pada 16 Julai 2012 jam 2.30 petang yang lalu bertempat di Bilik Perbincangan TKP (S) Aras 9 Kementerian Pengajian Tinggi Putrajaya  pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah memanggil pihak KUIN untuk memberikan penjelasan terhadap beberapa aduan terhadap kurapsi pentadbiran dan pengurusan kewangan KUIN, antaranya ;
1.Penolakan penggunaan pekeliling kenaikan gaji 13 %
2.Laporan kesihatan Jamil dan kaitan dengan tugas sebagai Ketua Eksekutif dan cuti sakitnya
3.Unsur nepotisme di dalam pelantikan kakitangan Insaniah Holdings.


Perbincangan tersebut  KUIN diwakili Jamil, Sayuti, En Latip dan Dato Syed Unan

Mungkin ramai kakitangan KUIN dan rakyat Kedah tertanya-tanya apa isi perbincangan pertemuan tersebut. Sebenarnya sengaja dirahsiakan oleh Jamil . Mari saya bongkarkan antara isi perbicangan tersebut yang sebenarnya  telah MENGHANTUKKAN KEPALA JAMIL DILUTUT SENDIRI, antaranya :

1.Pihak KPT mempersoalkan tindakan Jamil beriya-iya menolak penggunaan pekeliling kenaikan gaji 13%. Sudahkah Jamil sudah bersedia dengan skim perkhidmatan baru? Jika tidak ada lagi, kenapa tak guna dulu pekeliling perkhidmatan yang sedia ada(lama). Bila dah siap skim baru baru apply  skim baru.

2.Lantikan Jamil sebagai Ketua Eksekutif KUIN telah pun tamat dan hingga kini , KPT belum menyambungkan lagi lantikan Jamil sebagai ketua Eksekutif. Persoalannya , kenapa ? Pihak KPT telah pun mendapatkan laporan kesihatan Jamil daripada Hospital di Pulau Pinang tempat di mana Jamil dibedah jantungnya. Di dalam laporan tersebut disahkan bahawa Jamil berada dalam tahap kesihatan jantungnya yang kritikal dan tidak layak untuk menjadi Ketua Eksekutif KUIN (Rektor). Oleh itu sehingga kini Jamil belum disambung Ketua Eksekutif KUIN. Oleh sebab itulah segala tindakan Jamil ibuat dengan luar batasan kerana beliau gagal mengawal emosi dirinya.

3.Persoalan kronisme dalam jawatan yang dipegang di Insaniah Holding memang wujud

4.Staf di KUIN termasuk Insaniah Holding telah over load, melebihi sehingga tidak mampu menampung perbelanjaan KUIN.

5.KPT mempersoalkan tentang keuntungan yang kononnya didakwa Insaniah Holding menjana keuntungan. Di atas kertas nampak macam Insaniah Holding untung , tetapi hakikat sebenarnya Insaniah Holding telah rugi dan menyumbang besar kepada krisis kewangan KUIN yang sangat kritikal

(Admin tidak bertanggungjawab dengan info yang dikirim dalam email ini)