18 Julai - Tindakan Azlina Zakaria, Nadia Murshida, Firdaus Salleh berada di atas pentas PAS di Kompleks PAS Kedah pada 16 Julai yang lalu
dengan memberi penerangan rasmi kepada wakil-wakil pemuda setiap
bahagian adalah sesuatu yang mencalarkan imej sebuah Universiti yang
memartabatkan profesional akademik.
Siapa yang mengarahkan mereka
membuat taklimat tersebut, samada Pemangku Pendaftar Mr Sayuti atau
Jamil Rektor atau atas arahan parti PAS. Jika di atas arahan Universiti
kita mendesak agar mereka kemukakan bukti memo atau surat arahan. Jika
ia merupakan satu tindakan peribadi , tindakan tatatertib boleh
dikenakan kerana mereka berceramah di atas pentas parti politik yang
mempunyai logo parti.
Kita akan tunggu apa Mr SS akan
buat . Sewajarnya Mr SS mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada mereka
yang hadir memberikan penerangan atas tiket parti. Atau Mr SS pun
bersubhat sama dan enggan menonjolkan dirinya atas kepentingan jawatan
dan diri.
Inilah KUIN sebuah Universiti yang telah dipolitikkan.