Pages

Sunday 5 August 2012

JAMIL MENGGUNAKAN TAKTIK "TANGGUH DAN LARI", JAMIL TAK HADIR BENTANG LAPORAN KUIN PADA EXCO

5 Ogos - Hari ini ialah hari yang sangat dinanti-nantikan oleh semua warga kerja KUIN apabila sepatutnya pada hari ini Jamil perlu membentangkan semua laporan kewangan dan pentadbiran KUIN di hadapan Exco Kerajaan Negeri Kedah setelah gagal membentangkannya pada Rabu yang lalu (1 Ogos ).

Malangnya , Jamil memang sudah takut dan kecut perut apabila hari ini buat kali kedua gagal hadir membentangkan laporan perkembangan KUIN. Semua exco yang menunggu-nunggu pembentangan laporan Jamil hampa apabila Jamil mendapat sokongan kekasihnya Azizan. Azizan tak telus, jika betul Azizan membawa wadah perjuangan keadilan dan kesejahteraan rakyat , warga KUIN cabar segerakan laporan KUIN. 

Azizan boleh tunjuk hero di peringkat nasional membela tradisi kebajikan rakyat dan pentadbiran telus, namun semua rakyat Kedah sudah mengtahui tembelang Azizan yang menggunakan politik kepartiannya untuk menutup kelemahannya.

Jamil pula tiada pilihan , terpaksa menggunakan taktik "TANGGUH DAN LARI" supaya laporan yang tak akan siap akan dimiinta tangguh sehinggalah exco akan sibuk dengan pilihanraya , dan kemudian akan lupa dan kemudian akan tidak dibentangkan. 

Jamil memang tak dapat menutup kelemahan , penyelewengan kewangan dan pentadbiran di dalam Insaniah Holding . Segalanya kini tunggu masa untuk meletup. Segalanya akan terkubur. jamil jangan ingat dia bagi jawatan pada Romliy akan melupakan semua kejahatannya.

Jamil dah mula gentar, terketar-ketar, jantung berdebar debar, penyelewengannya sudah tersebar dan kemarahan staf kepadanya semakin menular., tukar, tukar, tukar.... Jamil keluar