27 Ogos - Setelah sebulan pihak admin berehat bagi menumpukan kepada bulan Ramadhan, kini KUIN kembali sensasi di dada akhbar dan tv 3 apabila semua media turut mengetahui tentang isu email yang dihantar oleh Syaya (bekas CEO Insaniah Holding) yang ingin membeli KUIN memandangkan KUIN diakui sendiri menghadapi masalah Kewangan yang sangat kritikal.
Laporan lanjut boleh klik pada pautan di bawah :
- Kosmo
- The Star
- Bernama
- Malaysiakini
- Sundaydaily
KUALA NERANG 26 Ogos - Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid mendakwa pengurusan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) akan diambil alih oleh sebuah syarikat swasta.
- Sundaydaily
KUALA NERANG 26 Ogos - Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid mendakwa pengurusan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) akan diambil alih oleh sebuah syarikat swasta.
Beliau mendakwa kerajaan negeri Kedah telah menerima surat dari
sebuah syarikat antarabangsa berkenaan dengan pengambil alihan
pengurusan Kuin sejak dua bulan lepas.
"Ada surat menyurat dari syarikat swasta kepada kerajaan negeri Kedah
berhubung dengan proses pengambilalihan Kuin dari kerajaan negeri
kepada syarikat swasta.
"Kita minta kerajaan negeri memberi penjelasan mengenai surat
tersebut," katanya kepada pemberita pada Majlis Jamuan Hari Raya
Aidilfitri dekat sini hari ini.
Beliau berkata, pengambilalihan itu akan memberi kesan kepada pelajar
kerana pihak swasta sudah pasti mahu mengaut keuntungan yang tinggi
berbanding dengan kerajaan negeri.- BERNAMA