Pages

Wednesday 13 June 2012

JAMIL TAKUT PADA 1906

Jamil digesa agar jangan takut pada bayang-bayang sendiri. Bermacam-macam perkara boleh berlaku pada 1906 (19 jun 2012) kerana pada tarikh itu MB Kedah akan turun, Jamil akan turun , bahkan kebanyakan IPT akan turun. Inilah masa yang sesuai untuk memastikan semua tuntutan kebajikan kakitangan KUIN dapat disampaikan kepada MB, Jamil dan diketahui semua yang hadir.

Walaupun ada desas desus menyatakan bahawa MB akan mengumumkan sesuatu pada hari tersebut, namun kakitangan KUIN sedar bahawa kami tidak dapat di 'gula-gula'kan oleh pihak MB Kedah. Tuntutan kebajikan akan diteruskan, bahkan jika KUIN dianggap swasta , tuntutan penyelarasan gaji melebihi anak anak syarikat mestilah dibuat daripada tarikh mula KUIN didaftar swasta serta selain daripada kenaikan melebihi 20 % daripada gaji terkini. Banyak lagi kebajikan yang lain akan dikeutarakan .. bersambung .