Pages

Wednesday 27 June 2012

STORY 1 : KRISIS PENGABAIAN KEBAJIKAN KUIN - JURUTUNJUK DIABAIKAN

Mungkin ramai yang tak mengetahui tentang kebajikan jurutunjuk tahfiz Quran yang diabaikan.

Episod bermula apabila jurutunjuk tahfiz KUIN yang tamat pada 20 Mei 2012 . Selepas tamat tempoh , semua juru tunjuk mendesak agar dimaklumkan tentang status mereka sama ada akan disambung atau dihentikan , namun Dekan Kuliah Quran , Dr Azharudin kata, tak mengapa walaupun dah tamat tempoh , semua jurutunjuk boleh datang bertugas dulu nanti KUIN akan bagi surat tawaran baru.

Dr Azharudin tiada pilihan melainkan terpaksa pujuk jurutunjuk untuk datang bekerja sebab Dr Azharudin perlu gunakan mereka untuk temuduga pelajar baru. bahkan Dr Azharudin menjanjikan kepada jurutunjuk jika mereka bantu KUIN maka mereka akan diberikan kemudahan mendapat slip gaji , mendapat potongan KWSP dan akan diserapkan ke jawatan yang lebih baik. Namun itulah yangdikatakan Bapak Indon berjanji, hampehh, selepas madu sepah dibuang , hingga kini jurutunjuk bekerja tanpa slip gaji dan tidak dibuat potongan KWSP oleh KUIN.

Namun selepas selesai temuduga hingga kini, KUIN langsung tak bayar elaun hadir bertugas .

Apabila jurutunjuk mendesak agar dibayar elaun mereka mengikut hari yang mereka datang bertugas, Dr Azharudin berkata, nanti kalau KUIN sambung kontrak baru KUIN akan bayar..

Zalim zalim zalim... Mereka dah tolong KUIN tapi KUIN tak bayar pun penat lelah pengorbanan mereka. Bayangkan kalau ada di kalangan mereka yang dapat kerja ditempat lain , adakah KUIN akan bayar penat lelah mereka.

Inilah bukti kezaliman dan krisis kewangan KUIN yang menghimpit kebajikan kakitangan KUIN