Pages

Friday 20 September 2013

KENDURI KESYUKURAN BERSIH KUIN


Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya skuad Bersih Kuin berjaya menggerakkan jentera kakitangan KUIN mendapat apa yang dihajati sebelum ini. Oleh itu  bagi menyempurnakan hajat ini skuad bersih bercadang mengadakan satu kenduri kesyukuran dan kenduri ini akan menumbangkan seekor lembu. Maka untuk itu sumbangan setiap kakitangan diperlukan iaitu sebanyak minimum/sekurang-kurangnya RM20 seorang untuk membeli seekor lembu dan bahan-bahan lain untuk memsasak.

Sumbangan untuk kenduri kesyukuran ini boleh diserahkan kepada amil yang akan dilantik disetiap Jabatan. Skuad Bersih berharap perkara ini mendapat sokongan dari semya staf dan ini merupakan tanda kesyukuran kita kepada Allah SWT.