Pages

Tuesday 29 October 2013

MB BIJAK TANGANI ISU KUIN. TIDAK TERJERAT DENGAN PERANGKAP POLITIK

Hari ini dalam akhbar Utusan Malaysia, MB Kedah, Dato. Paduka Mukhriz Tun Mahathir telah mengeluarkan kenyataan yang bijak untuk mematahkan isu yang dibawa oleh pembangkang dalam PRK Sg Limau berhubung dengan isu Kuin. Dalam kenyataan tersebut MB telah menyatakan bahawa beliau telah sedaya upaya untuk menjaga Kuin terutama menjaga kebajikan staf dan pelajar Kuin. Ini bermakna beliau telah melaksanakan amanah yang telah diwasiatkan oleh Ustaz Azizan. Bagi Dato Paduka Mukhriz, menjaga kebajikan warga Kuin adalah yang paling utama kerana mereka adalah penggerak utama dalam Kuin berbanding untuk menjaga bangunan yang lebih bersifat fizikal.

Jika sebelum ini staf Kuin begitu tertekan di bawah pemerintahan JAZAN, maka MB baharu ini telah mengeluarkan staf Kuin dari semua tekanan tersebut dengan memberikan hak yang sepatutnya mereka terima. Warga Kuin amat berterima kasih kepada YAB MB. Malah warga Kuin juga menarik nafas lega kenyataan MB berhubung dengan `bangunan` yang bermaksud Kampus Kuala Ketil. Kita tahu mereka memainkan isu ini untuk mendesak kerajaan negeri sekarang ini untuk mewarisi masalah yang mereka tinggalkan dahulu. Kita percaya sekiranya mereka masih memerintah Kampus Kuala Ketil itu tidak dapat diuruskan denhan baik kerana ia menelan kos operasi yang sangat tinggi. Bagaimana mereka nak cari duit untuk menampung kos operasi sedangkan masa memerintah dahulu kedudukan kewangan begitu meruncing. 

Oleh itu MB kedah kini menyatakan bahawa dia tidak perlu untuk mewarisi masalah yang ditinggalkan oleh kerajaan dahulu cukuplah dia membantu staf Kuin kearah hidup yang lebih baik dan terjamin. Masalah harus diselesaikan dan bukan ditanggung.

Siapa yang tidak teruja dengan kampus Kuala Ketil yang nampak saja besar dan cantik tetapi bakal mendatangkan masalah yang besar kepada staf dan kerajaan negeri sendiri.. Walaupun kita tahu ada puak2 dalam Kuin sendiri yang sedang berusaha keras untuk berpindah tapi kita tahu kerajaan negeri bijak dalam membuat keputusan. Staf Kuin diharap bekerja dengan bersungguh-sungguh demi untuk menaikkan semula kegemilangan Kuin seperti dahulu dan jangan jadikan isu perpindahan membelenggu anda dan jadika kenyataan MB sebagai satu ekekuatan kepada kita.

Skuad Bersih Kuin sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada YAB MB Kedah