Pages

Sunday 6 October 2013

SURAT TERBUKA DARI SURAT PEMBACA BUAT YUSOF

Email : Surat dari pembaca pembaca

Assalamualaikum Y. Bhg Datuk

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah  kepada Datuk kerana telah dilantik sebagai Rektor baru KUIN ke-5 dan yang kedua berlatarbelakangkan bidang Ekonomi. Bagi staf  KUIN perlantikan Datuk  adalah sebagai satu rahmat  kepada staf Kuin yang hampir 5 tahun dibelenggu kedukaan di  bawah  pentadbiran  mantan  Rektor  iaitu Dato. Jamil Osman dan para kroninya.

Perlantikan Datuk diharapkan dapat memberi sinar baru kepada warga KUIN yang mahukan pentadbiran yang bersih, adil dan berhemah.

Saya  percaya  Datuk  telah  mengkaji  latar  belakang  KUIN dan permasalahannya sebelum melapor diri di KUIN.  Untuk makluman Datuk warga KUIN  dalam  keadaan  tertekan  semasa  di  bawah  pentadbiran Jamil dan para kroninya di mana masalah gaji, pemotongan  pinjaman  bank, pengambilan  kakitangan  yang tidak mengikut prosedur, kebajikan kakitangan  dan sebagainya dianggap remeh oleh Jamil dan para kroninya. Atas sebab desakan ini  maka  BERSIH  KUIN  diwujudkan untuk memprotes segala salah laku dan kecelaruan yang dilakukan oleh Jamil dan disokong kuat oleh para kroninya.

Oleh itu pelbagai cara dilakukan oleh BERSIH KUIN untuk menentang  kezaliman  yang dilakukan termasuk mengadakan demonstrasi   dan  beberapa   penyerahan   memorandum   dilakukan   kepada Jamil  dan  kerajaan  negeri  yang  menuntut penubuhan Jawatankuasa Siasatan dilakukan terhadap Jamil dan para kroninya.

JAMIL DAN KRONI-KRONINYA

Saiapa dalam KUIN tak kenal Z MAn , Wan Su, Haji , Bapak A dan Mus. Mereka ini adalah orang kuat Jamil yang dibawa masuk dari UIA untuk membantu menjayakan misinya. Manakala madam AZ, Dr R, Mr SS pula adalah antara orang dalam yang bersekongkol dengan jamil. Mereka ini masih terdapat dalaam KUIN dan masih setia dengan segala tindakan Jamil semasa pentadbirannya di KUIN. Mereka begitu hebat menyokong Jamil dalam penubuhan anak-anak syarikat dan menghentam sataf-staf yang mengkritik tindakan Jamil 

Masih ingat lagi rakan-rakan  di  HEP  memberitahu Wan Su telah menghentam mereka di dalam mesyuarat kerana membantah segala usaha yang dijalankan oleh Jamil termasuk menubuhkan anak-anak syarikat. Maka  tidak hairanlah ada di  antara mereka  termasuk Wan Su mendapat Profesor penuh walaupun baru berkhidmat di KUIN padahal semasa mereka  berkhidmat  di  universiti  asal  mereka  bayangan Prof  Madya  pun  susah  nak  dapat.  Meraka  ini  jugalah yang mengkritik  hebat  apa yang dilakukan oleh BERSIH KUIN sehinggakan Wan Su mengatakan Skuad BERSIH amat kebulur sangat kenaikan gaji 13%. 13 % ITU ADALAH HAK KAMI.

Kini  semasa  pentadbiran Datuk,  muka  -  muka  mereka  ini  yang  masih   berada  di  sini  yang  telah  membantu  Jamil merosakkan KUIN menonjol kembali. 


 Mereka  inilah yang  menyebabkan  warga KUIN menderita akibat KUIN mengalami masalah kewangan yang serius. Tapi   kini  nada  mereka berbeza di mana mereka mengkritik apa yang telah dilakukan oleh Jamil adalah tidak betul dan salah dari segi undang-undang. Inilah manusia yang dikatakan lidah bercabang dan talam 40 muka. Mereka ini boleh pusing 360 darjah pada  bila - bila  masa  sahaja  dengan  menyokong  Jamil  pada hari ini dan esoknya menghentam Jamil pula. Tidak mustahil mereka menyokong Datuk pada hari ini dan menghentam Datuk pula kemudiannya. Mereka ini mencari tempat di sini kerana muka-muka mereka sudah tidak dikhendaki di mana - mana jua IPT lain.

Oleh itu berhati-hatilah dengan mereka ini dan staf KUIN ingin melihat manusia - manusia ini berambus dari KUIN tak lama lagi. Kami  sedar  yang Datuk  masih  menggunakan  meraka  ini sebagai tink-tank tapi mereka ini sepatutnya mengikut jejak Jamil dari dulu lagi. Mereka  ini  pastinya  akan mengampu Datuk habis-habisan  demi  memastikan survival atau periuk nasi mereka  tidak  terjejas  di KUIN. Saya  percaya  Datuk  orang  yang  berpengalaman  dan  dapat  menilai  dengan  baik  orang di sekeliling Datuk


PERPINDAHAN KE KUALA KETIL

Perpindahan ke Kuala Ketil  telah  mula  ditimbulkan  kembali  sebaik sahaja Datuk  masuk ke KUIN.  Siapa  tidak  teruja dengan  kampus  Kuala Ketil  yang  besar  dan  cantik TAPI untuk makluman Ybhg. Datuk kampus K Ketil terletak 95 km dari  bandar  Alor Setar dan mengambil masa 1 jam 30 minit untuk sampai ke situ. Untuk makluman Ybhg. Datuk,  KUIN telah ditubuhkan  pada tahun 1995 dan kini telahpun menjangkau usia 18 tahun. Dalam tempoh  tersebut  kebanyakan staf telahpun membeli rumah atau hartanah, berkahwin  dengan  mempunyai  suami  atau  isteri  yang bekerja di kawasan Alor Setar dan menyekolahkan anak mereka di sekitarnya. Maka  apabila  soal  perpindahan ini ditimbulkan semula  maka  staf berada dalam keadaaan gundah gulana dan tertekan.

Kami membayangkan bagaimana untuk berulang sejauh itu dengan keadaaan sekarang harga minyak melambung dan masa yang akan di ambil untuk berada di atas jalanraya setiap hari. Sebelum  ini  ada  staf  yang  telah  berulang  setiap  hari  dan beliau  mengatakan  bahawa  beliau  terpaksa  belanja  RM700  sebulan  untuk  tol dan minyak petrol malah beliau kadang-kadang tidur di masjid sebentar akibat terlalu mengantuk semasa memandu balik. Kesulitan  ini  diakui  sendiri  oleh  YAB Menteri Besar, Datuk Paduka Mukhriz  Mahathir yang mana beliau menyatakan dalam akhbar yang beliau kasihan melihat staf  KUIN yang terpaksa keluar seawal jam 6 pagi untuk sampai ke Kuala Ketil sebelum jam 8 pagi dan bila waktu pulang akan sampai di rumah jam 8 malam. Maka  bagi YAB Menteri Besar  perpindahan ke Kuala Ketil adalah tidak wajar.  Oleh itu kami berharap perpindahan ke Kuala Ketil tidak dibangkitkan lagi.

Kami maklum yang proposal sedang dibuat  untuk dibentangkan kepada YAB Menteri Besar  dalam  masa  terdekat  untuk menerangkan  rasional  perpindahan  ini dan  kami  juga  berharap  YAB  Menteri  Besar dapat mempertimbangkan dengan sewajarnya  perpindahan  ke Kuala Ketil dengan mengambil kira kebajikan staf KUIN. Skuad  BERSIH  KUIN  juga  akan bertemu dengan YAB Menteri Besar mengenai perkara ini.

Kami    percaya   orang   seperti   Datuk,  Z Man,  Wan  Su, Haji  B dan Mus  tidak  terkesan  dengan perpindahan kerana kata orang Kedah cuma `angkat bungkus' dan cari rumah. Tapi  bagi  kami  yang bergaji kecil dan telah membeli rumah di sini akan sangat terkesan dengan perpindahan ini. Cuma  kami berharap ayat`sapa nak pindah, pindah dan sapa tak mau pindah boleh berhenti` tidak keluar dari mulut Datuk seperti rektor yang dulu.

Apa pun kami percaya atas kebijaksanaan Datuk untuk menangani permasalahan ini
Akhir kata  saya  mengucapkan selamat bertugas dan semoga KUIN beroleh kecermelangan di bawah pimpinan Yang Bhg. Datuk

Sekian.