Pages

Friday, 24 January 2014

CERITA LAWAK...

 Penat dah berjuang, tak habis-habis lagi..laa ni kita rehat sat...hilangkan tension....

Kisah Lucu: Pencuri Kasut

Di sebuah masjid selepas sembahyang Jumaat kelihatan seorang lelaki resah mencari sesuatu di tangga.

  BB: Kenapa ni SS?
SS : Kasut aku hilang.
  BB: Cuba cari betul-betul.
SS: Takde.. yang tinggal selipar buruk ni je..Ishh.. kasut tu baru lagi aku beli. Baru 3 - 4 kali je aku pakai.
  BB: Aku rasa pencuri tu mengikut saranan tok khatib masa khutbah tadi kot.
SS : Maksud ko?
  BB: Ye la.. tok khatib tu kata..

"MAKA AMBILLAH YG BAIK-BAIK DAN TINGGALLAH YANG BURUK".

SS : Huh?
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kisah Lawak Orang Gila

 Seorang penduduk yang dikatakan kurang waras, secara tergesa-gesa pergi ke surau pada pukul 10 pagi, lalu melaungkan azan.

Penduduk kampung mendengar azan di luar waktu mula rasa pelik lalu semuanya bergerak ke masjid untuk menyiasat. Selepas melihat orang gila itu azan, ketua kampung menjerit

"Hoi, sekarang pukul 10 pagi ni azan solat apa? Zohor pun belum masuk!"

Orang gila menjawab:

"Tadi azan yang betul pukul 6 pagi ada 5 orang je datang, ni azan yang salah sekampung pulak datang?"

Penduduk kampung terdiam....