Pages

Sunday, 26 January 2014

TERKINI : PELAJAR KUIN SESAT DALAM HUTAN GUNUNG JERAI

Gunung Jerai
Difahamkan, dua lelaki dan 16 pelajar perempuan yang menaiki tangga Kenari kira-kira jam 10 pagi semalam gagal turun sehingga ke hari ini menyebabkan sepasukan anggota bomba dan penyelamat dan polis dikejarkan ke tempat kejadian bagi kerja mencari dan menyelamat.
Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Kedah Nazri berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian jam 6.24 petang tadi sebelum enam anggota dari BBP Yan dikejarkan ke tempat kejadian.

"Jentera pertama tiba di lokasi pada jam 7 petang tadi diketuai Penguasa Bom Kanan II S Sivalingam dan usaha mencari serta menyelamat akan diteruskan malam ini," katanya

Namun menurut sumber kira-kira jam 10.00 malam semua 16 pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) bersama dua jurupandu arah ditemui selamat di puncak Gunung Jerai oleh pasukan penyelamat.

Pasukan keselamatan membawa mereka turun melalui Tangga Kenari di Titi Hayun.