Monday, 20 January 2014

PANTUN SELOKA KLINIK MAHKOTA....

Pergi ke klinik sebab sakit mata
Nak ambik ubat beriya-iya
P ke kaunter kononnya percuma
Depa huluq bil rupa-rupaya kena bayaq juga

Sakit mata dah berminggu-minggu
Tiap-tiap malam dok terganggu-ganggu
Nak ke klinik Mahkota orang dah bagi tahu
Bil dah tak bayaq dah berminggu-minggu

Sakit mata dok tak hilang lagi
Awal pagi ke Klinik Mahkota
Aku dah pesan kat hang awal-awal lagi
Hang p sana, depa kata “Insaniah dgn. kami dah xda apa-apa”

Hilang sakit mata, mai plak sakit perut
P Mahkota, depa kata keracunan kot
Ambik ubat aku terus terkejut
Sebab depa kata..”Encik kena bayaq kot…”

Hilang sakit perut, mai pulak sakit telinga
Pagi-pagi tetap p Mahkota
Dah nak buat macam mana
Walau kena bayaq, tetap ku tunggu jua…

Mai pengurusan baru, staf gembira selalu
Tetapi masalah lama terus berlaku
Takkan depa tak tahu-menahu
Staf bawahan dok nangis tersedu-sedu

Itulah dia pantun seloka, Klinik Mahkota
Untuk semua kakitangan Insaniah
Harap kita terus tabah dan berdoa
Agar kita mendapat Hidayah olehNya…