Pages

Saturday 1 February 2014

APABILA INSAN TULIS MENULIS.....TERIMA KASIH IT


KUIN Mergong. Disinilah lahirnya para ulama dan umara yang bertebaran seluruh dunia.
Pemilihan BKS Staf telah berlaku baru-baru ini. Tahniah kepada barisan AJK yang diketuai oleh Ustaz Hazli Al-Hafiz dilantik menjadi pengerusi yang baru. Saya ingin  menyentuh ucapan perasmian yang dibuat oleh Rektor KUIN. Banyak maklumbalas yang saya dengar bahawa Datuk bercakap pelbagai perkara untuk kakitangan KUIN sewaktu ucapan tersebut. Untuk pengetahuan Datuk, ada beberapa perkara yang kakitangan KUIN tidak mahu dengar atau tidak berminat untuk dengar. Saya akan senaraikan beberapa perkara yang harus Datuk tahu sekiranya berlakunya perjumpaan kakitangan KUIN selepas ini. 

1.    Berjanji berkenaan kenaikkan gaji, bonus, pencen dan sebagainya.  
Umum mengetahui bahawa sewaktu pengurusan terdahulu, kakitangan KUIN dijanjikan dengan pencen yang hampir 1 juta....saya ulang....1 juta!!! Namun janji tersebut hanya tinggal janji yang harus ditelan oleh kakitangan KUIN. Jesteru itu, saya memohon Datuk agar tidak mengulangi ayat yang telah lama kami dengar ketika pemerintahan terdahulu. Tidak perlulah berjanji akan memberi bonus mahupun gaji yang tinggi kerana kakitangan KUIN sudah kenyang dengan janji yang mengarut dan merapu. Selesaikan dulu masalah yang membelenggu kakitangan KUIN seperti bayaran kepada klinik panel, kad insuran dan sebagainya. Selesaikan juga masalah kakitangan KUIN yang sudah lama berkhidmat tetapi masih berada dalam status sementara, sambilan, kontrak dan sebagainya. Selesaikan juga hutang-hutang lama yang ditinggalkan oleh pengurusan terdahulu. Selesaikan terlebih dahulu isu kampus Stargate. Buktikan dahulu KUIN mampu mencapai kadar kenaikkan pelajar seperti yang dimomokkan sebelum ini. Kemudian barulah boleh berjanji itupun biarlah secara rasional. Percayalah Datuk, kakitangan KUIN langsung tidak memerlukan bonus puluhan ribu, gaji jutaan ringgit. Tetapi cukuplah segala kebajikan kakitangan diambil peduli. Tidak mustahil kakitangan KUIN akan bangkit sekiranya hak dan kebebasan mereka dirampas sesuka hati. 

 2.    Isu perpindahan ke KKK 
Ingin saya tegaskan disini bahawa sekiranya perjumpaan bersama kakitangan KUIN berlaku dengan Datuk selepas ini, perkara diatas tak perlu untuk disebut. Ini kerana ramai kakitangan KUIN merasa terbeban sekiranya isu perpindahan ini sentiasa disebut-sebut. Pada ketika pengurusan dahulu, isu ini sentiasa diulang dan diulang sehinggakan kakitangan KUIN terpaksa bangkit untuk melawan. Isu perpindahan inilah menjadi suatu isu yang sangat sensitif oleh kakitangan KUIN, bilamana kakitangan kuin terpaksa bermula dari kosong sekiranya perpindahan berlaku. Mereka yang berada diluar negeri Kedah atau bukan orang Kedah tidak perlu risau kerana boleh pindah pada bila-bila masa sahaja. Tetapi sekiranya kakitangan KUIN yang telah berbelas tahun berada di Alor Setar akan merasa tertekan dengan isu ini.  Kakitangan KUIN berpaksa berulang alik ke KKK sekiranya perpindahan berlaku kerana anak, isteri dan suami kami berada di Alor Setar. Kami tidak mempunyai gaji yang tinggi, kami juga tidak ada pemandu peribadi, kami juga terpaksa membayar duit minyak, tol malahan sewa rumah dengan hasil titik peluh gaji kami yang tidak seberapa. Jadi saya mohon agar Datuk berhati-hati apabila membicarakan isu ini.  

3.    KUIN swasta atau kerajaan (badan berkanun) 
Untuk pengetahuan Datuk, sewaktu kerajaan dahulu memerintah, terlalu banyak kepincangan yang berlaku. Seperti contoh, pembayaran gaji yang terlalu tinggi, penubuhan anak syarikat yang tunggang langgang dan sebagainya. Ini disebabkan oleh KUIN diletakkan di bawah swasta tanpa ada pengawasan oleh badan yang berautoriti seperti SPA negeri Kedah. Disebabkan itulah, perkara utama yang diperjuangkan oleh kakitangan KUIN dahulu adalah supaya KUIN diletakkan dibawah badan berkanun negeri kerana untuk menggelakkan masalah seperti diatas berlaku. Kunjungan YAB Menteri Besar Kedah pada 9 Julai tempohari telah bersetuju bahawa KUIN akan dijadikan badan berkanun negeri. Kakitangan KUIN merasa begitu gembira dengan pemakluman ini. Tetapi setelah Datuk masuk sebagai Rektor, perkara ini langsung tidak kedengaran dan berlaku. Tiada langsung usaha untuk dijadikan KUIN sebuah badan berkanun negeri. Datuk perlu wujudkan sebuah jawatankuasa kearah perkara tersebut.  Kakitangan KUIN begitu hairan dan pelik sedangkan YAB Menteri Besar telah mengumumkan perkara ini. Disebabkan itulah kakitangan KUIN begitu khuathir sekiranya KUIN akan menjadi seperti dahulu.   

4.    Memuji penasihat 
Sewaktu pengurusan terdahulu, beliau sering memuji insan-insan yang berada di sekeliling beliau. Sehinggakan insan tersebut begitu istimewa dimata beliau. Jesteru itu, kakitangan KUIN harapkan bahawa Datuk tidak terlalu memuji penasihat-penasihat yang berada disekeliling Datuk. Kami yang bekerja lama di KUIN ini tahu akan perangai penasihat-penasihat sekarang. Untuk apa bertukar kerajaan negeri, untuk apa bertukar menteri besar, untuk apa bertukar barisan exco, untuk apa bertukar rektor, untuk apa bertukar timbalan rektor, untuk apa bertukar ketua-ketua jabatan sekiranya penasihat-penasihat kerajaan lama masih boleh memberi nasihat??? Datuk turunlah..tanyalah kakitangan KUIN...adakah mereka berpuashati dengan apa yang berlaku sekarang??? Kita banyak tok-tok guru yang telah jatuh bangun bersama KUIN. Tanyalah pandangan mereka seikhlas-ikhlasnya agar mereka dapat memberikan input yang terbaik buat KUIN.

 Itulah sedikit sebanyak perkara yang tidak perlu Datuk sebut sewaktu perjumpaan bersama kakitangan KUIN. Untuk pengetahuan Datuk, ini adalah pandangan peribadi saya semata-mata. Datuk boleh abaikan sekiranya semua perkara diatas tidak relevan kepada Datuk. Semoga Datuk berjaya mengambil semula hati kakitangan KUIN yang selama ini direnyuk, dipijak dan  diludah setelah sekian lama. Saya turut ingin mengucapkan jutaan terima kasih terhadap Dato’ Barni kerana jawatan singkat beliau sebagai Pemangku Rektor telah banyak menggembirakan kakitangan KUIN seperti kenaikkan gaji 13 peratus, COLA, bonus tahunan, pembayaran tertunggak kepada pihak bank seperti rumah, kereta, pinjaman peribadi, zakat, insuran, klinik panel, usaha beliau menjadikan KUIN badan berkanun negeri dan banyak lagi yang tidak disebut. Semoga Allah S.W.T sentiasa bersama Dato’ dan dikekalkan kesihatan yang berpanjangan. Terima kasih Dato’.
-IT- 

admin: khabarnya kakitangan Sekolah Bestari telah ditemuduga. Kita tidak tahu apa perancangan yang sedang diaturkan oleh pengurusan baru ini. Harap kakitangan KUIN bersabar dengan perkara ini.

"Menegur demi KUIN yang dicintai, bukan demi peribadi yang mempunyai agenda tersendiri"