Pages

Monday 3 February 2014

BENGKEL PLAN TANFORMASI KUIN....

Admin mendapat email daripada salah seorang pembaca blog merah berkenaan bengkel di Sungai Petani. Baca dan fikirkan secara rasional....sekadar pendapat beliau....

Park Avenue, Sungai Petani, Kedah
Salam semua pembaca blog merah....


Esok dimaklumkan bahawa satu bengkel berkenaan hala tuju KUIN akan diadakan di Sungai Petani, Kedah. Saya tidak mahu menyentuh bengkel yang dianjurkan oleh ......(malas nak sebut nama) kerana ianya akan memeningkan kepala sahaja. Tetapi saya ingin menyentuh berkenaan rasional pemilihan tempat di hotel tersebut yang terletak di Sungai Petani. Kita sedia maklum bahawa kewangan KUIN tidaklah  sebaik mana. Terlalu banyak hutang yang perlu dibayar dan dijelaskan. Disebabkan itulah tempat untuk melaksanakan bengkel tersebut adalah kurang wajar dilaksanakan kerana jemputan terdiri daripada Dekan Kulliyyah dan Ketua Jabatan yang kebanyakkan mereka tinggal di Alor Setar. Apabila ini berlaku, sudah tentulah para peserta akan 'claim' kepada KUIN berupa tol, minyak, penginapan dan sebagainya. Ini secara tidak langsung akan membebankan lagi kewangan KUIN. Apa salahnya bengkel tersebut dibuat di dalam KUIN itu sendiri seperti di dewan santapan?Mungkin sedikit sebanyak dapat mengurangkan kos...betul tak?? Sekian. Terima kasih......

admin : mmmmm....betul juga tu apa yang disuarakan oleh sahabat kita ni......yang mana kita boleh jimat, baik kita jimat....