Pages

Monday 24 February 2014

STAF KUIN MENERIMA SUMBANGAN BKS


Add caption

En. Sobri (atas) dan Pn. Kamaliah menerima sumbangan daripada Pengerusi BKS, Ustaz Hazli Ismail
Alor Setar - Bertempat di Pusat Komuniti, Kolej Universiti INSANIAH, Mergong satu majlis khas yang berbentuk sumbangan telah diadakan untuk kakitangan KUIN yang telah ditimpa musibah kesihatan. Majlis penyampaian sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Badan Kebajikan Staf KUIN (BKS) iaitu Al-Fadhil Ustaz Mohamad Hazli bin Ismail. Puan Kamaliah bt. Osman daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan En. Mohamad Sobri bin Ghazali dari Jabatan Bendahari adalah diantara penerima sumbangan tersebut.

Pengerusi BKS, dalam majlis itu memberi kata-kata harapan dan semangat kepada kedua-dua kakitangan tersebut agar sentiasa menjaga kesihatan supaya sentiasa sihat sejahtera.

Turut hadir pada  majlis tersebut adalah Timbalan Pengerusi BKS iaitu Dr. Akli bin Ahmad dan Bendahari BKS iaitu En. Zulhilmi bin Mat Nayan @ Ahmad serta beberapa orang tetamu yang lain.
Pada masa yang sama, En. Mohamad Sobri bin Ghazali menyatakan kesyukuran di atas sumbangan tersebut dan berterima kasih terutamanya kepada Pengerusi BKS kerana sudi menyampaikan sumbangan. Beliau turut menyatakan bahawa BKS yang diterajui oleh Pengerusi yang baru adalah seorang yang amat prihatin dan sentiasa  menjaga kebajikan warga INSANIAH.

http://www.insaniah.edu.my/portal/index.php/berita-semasa/230-staf-kuin-menerima-sumbangan-bks

Admin : Tahniah kepada BKS KUIN dan teruskan membela kebajikan warga INSANIAH