Pages

Monday, 22 July 2013

BETULKAH KENYATAAN AHMAD PINTU MENGENAI MADAM

Admin bila cari jumpa lagi, JUMPA statement Madam Azlina yang agak tidak sepatutnya . Saya tak pasti benar atau tidak tapi cuba baca kenyataan di bawah :

Dulu geng BERSIH KUIN lawan Jamil, sekarang takkan Madam nak lawan Barni kot. Harapnya tidaklah !!!!!!


MESYUARAT PERMUAFAKATAN MPM TIADA SAMBUTAN

Info dari email :

Menurut FB rasmi MPM semalam satu majlis permuafakatan MPM dengan kelab dan persatuan yangbanyak dalam KUIN berlangsung, namun :

1. Kelihatan tiada sambutan, seolah-olah ada masalah di kalangan sesama pelajar dan MPM
2. Mesyuarat yang dibuat kali pertama di Kuala Ketil lebih ramai berbanding  kali ini.

Selamat buat yang terbaek untuk KUIN. selesaikan dengan cara yang baek. Pelajar adalah belajar bukan menentukan dasar dan polisi Universiti.
Mesyuarat pada 23 Julai di Mergong selepas himpunan pelajar muamalat nampak tiada sambutan

Mesyuarat kali pertama pada 21 Julai di Kuala Ketil lebih ramai.


WARIS SOKONG PINDAH DEMI KEBAIKAN PELAJAR



Email dari pembaca :
 
Syukur Alhamdulillah!! itulah reaksi para waris yang menelefon ke Kuin Mergong untuk meminta kepastian apakah anak-anaj mereka yang berada di kuliah Muamalat akan dibawa kembali ke Mergong. Apabila ditanya kenapa mereka berkata demikian para waris memberitahu bahawa anak mereka sering merungut sejak tinggal di Kuala Ketil dengan keadaa asrama yang tidak selesa, jarak asrama yang terlalu jauh dan para waris juga terbeban kerana terpaksa menghantar anak mereka pulang ke asarma bila hujung minggu kerana jarak rumah ke Kuala Ketil terlalu jauh. Mereka juga memaklumkan bahawa anak mereka merungut kerana terdapat terlalu banyak lalat di sana yang menimbulkan rasa tidak selesa terutama waktu makan.

Tetapi apabila waris dimaklumkan anak mereka membantah untuk dibawa pulang ke Mergong mereka kecewa dan bagi tau bukan semua yang tak mau pindah mungkin yang tinggal dirumah sewa saja. Para waris juga memaklumkan bahawa tuan punya rumah sewa juga mengenakan cas sewa mengikut semester dan bukan lagi secara bulanan. Ini membebankan pelajar dan waris, Oleh itu para waris berharap anak mereka akan kembali ke Mergong untuk meneruskan pelajaran.

Oleh itu para pelajar sedarlah apa yang dilakukan oleh Kuin untuk kebaikan para pelajar dan juga waris. Bersabarlah dalam menghadapi apa jua dugaan dan Kuin akan berusaha yabg terbaik untuk memastikan semua pelajar selesa dalam menghadapi pembelajaran mereka.

WARIS PELAJAR MUAMALAT

APA DI SEBALIK KENYATAAN FB MADAM

Baru ni Madam Azlina kata saya sibuk dengan PhD saya  dan tak sempat melayan FB. Tapi bila berlaku isu pelajar KUIN dok bising dalam FB, maka muncullahhhhhh  madammmm, tak jadi nak sibuk buat PhD.... la boleh pulak sibuk FB ?

Madam Azlina ni ada sesuatu yang dibuat dalam FB nya untuk mencapai sesuatu matlamat dalam menjadikan sesuatu itu sebagai alasan untuk menutup sesuatu yang lain.

Faham ? ... tak faham.... baca artikel FB di bawah anda akan faham... saya tak ulas panjang sebab bulan romadhon ...

Madam kata staf baru kenyang dengan janji: hang tak kenyang ka. kedarah dua-dua belah, masa Jamil dan zaman la. Kalau tak mau pi bagitau Pendaftar saya tak mau termakan dengan janji kenaikan janji





SIAPAKAH AGAKNYA PENSYARAH YANG SELALU TURUN BANTU SET UP GERAKAN LAWAN KUIN?



Saya selalu mengikuti perkembangan FB student, yer lah kadang-kadang student akan terlepas cakap dlam FB . Dan kali ni memang dah terlepas cakap pun.

Cuba baca statement Ahmad Pintu :
"Tidak malukah pada pensyarah dan staf yang menyokong. Ada  kalangan murabbi sanggup ualang alik dari Alor Setar (ke Kuala Ketil) untuk brainstorming (merancang) dan set up gerakan"

Dalam kenyataan Ahmad Pintu dalam laman FB yang lalu juga telah terlajak kata dengan menyenaraikan 3 nama staf KUIN yang menjadi rujukan pelajar KUIN untuk mengadakan satu gerakan bagi menentang Kerajaan sekarang iaitu :

1. Azlina (Pensyarah Usul yang dibiayai KUIN untuk buat PhD)
2. Redoudin (Pen Pendaftar KUIN yang sebelum ini berkhidmat di KIDU)
3.Ubaidillah (Pensyarah KUIN yang dibiayai KUIN buat chambering, juga adik ipar Azlina)

Sila lihat copy FB yang berkenaan :



Saya berharap Top management mengkaji menyiasat kenyataan di atas. Mungkin staf KUIN yang ada kepentingan dan arahan pihak-pihak tertentu menggunakan pelajar untuk menimbulkan huru hara dalam KUIN ibarat mereka ini adalah musuh dalam selimut.

Sepandai-pandai tupai melompat , akan jatuh juga akhirnya .

Sunday, 21 July 2013

TAK SEMPAT BERPERANG DAH BERTELAGAH

Terdapat dua team dalam pelajar KUIN.

tengok cara letak isu dalam fb memang hangat tapi rupanya banyak juga pelajar yang kontra yang tak disedari ramai atau sengaja dikaburkan antaranya kenyataan sesama mereka didapati bertelagah dalam blog mereka iaitu blog pelajarperihatin (klik)


Seolah-olah pelajar yang berhimpun tak 'ngam' dengan MPM. Mereka kutuk pimpinan pelajar yang mereka sendiri pilih.

kita pun boleh fikir sendiri.

Saturday, 20 July 2013

MPM DULU LANTANG TAK MAHU CAMPUR TANGAN LUAR, TAPI KENAPA TIDAK POLISI YANG SAMA SEKARANG ?

Presiden MPM KUIN dulu dengan lantang kononya amat perihatin dengan isu KUIN mengeluarkan kenyataan rasmi di dalam Sinar Harian dengan mengatakan  :

MPM  TOLAK CAMPURTANGAN LUAR : tidak mahu sebarang masalah dalam Insaniah mejadi semakin teruk.


Namun pada minggu ini tersebar dalam FB dan blog bahawa pelajar KUIN cuba meraih campurtangan luar dengan membuat satu artikel dan dihantar kepada seorang MP yang bukan warga KUIN (orang luar)

Persoalan :

1. Tidak ada langsung ada kenyataan rasmi dari Presiden MPM yang mengkritik tindakan siswa KUIN yang memilih presiden dalam pilihanraya kampus, agar jangan melibatkan orang luar dalam isu KUIN

2. Atau memang Presiden main baling batu belakang saja.Sebab masa pertemuan warga Muamalat mengenai perpindahan saya nampak presiden ada di sana.

3. Atau sebenarnya kenyataan dulu ada agenda lain yang ada kaitan dengan politik

4.Atau bila BERSIH KUIN menuntut hak haram libatkan orang luar. Tetapi kalau pelajar yang haram boleh dihalalkan.

5. Atau Presiden akan keluarkan kenyataan media agar orang luar jangan masuk campur urusan KUIN dalam masa terdekat.... (Kami lebih bersangka baik, presiden akan buat perkara yang kelima ini)

PELAJAR GUNA FACEBOOK UNTUK RAIH SIMPATI KUALA KETIL

Ada baca semua paparan print screen FB pelajar, alumni dan pensyarah KUIN anda akan dapat tahu apa di sebalik perancangan untuk menentang pentadbiran KUIN yang sebenar ...dalam nukilan saya yang seterusnya saya akan dedahkan satu persatu
Gerakan ? Ajaran pemuda PAS ?
Komen Ahmad Pintu : benarkah gerakan ini dipimpin oleh orang dalam KUIN Azlina,Redho dan Ubai, pokok tak bergoyang kalau taka ada angin

Step pertama buat pertemua pelajar sebelum step kedua pelajar akan berdemo : siapa dibelakang mereka ?
Facebook yang agak kontra dengan tindkan yang diambil sekarang.... Hmm macam-macam


Friday, 19 July 2013

NAMPAKNYA PIHAK TERTENTU BETUL-BETUL GUNAKAN STUDENT UNTUK HURU HARAKAN KUIN

Warkah email :
Saya cuba mengamati dan meneliti setiap ayat dan rangkan kata yang ditulis oleh pelajar yang cuba diapi-apikan kemarahan oleh orang dalam KUIN sendiri yang masih setia dengan Jamil

Kini Jamil hanya jasad diluar, tapi kroninya masih ramai di dalam. Ada sebahagian mereka cuba berlakon setia dengan pentadbiran sekarang tetapi sebenarnya menjadi musuh dalam selimut untuk mengapi-api kan pelajar

Mereka tipu bagi pelajar marah, lepas tu mereka kata pelajar tak suka dengan pentadbiran baru
Mereka hasut pelajar keluar supaya mudah nak kata pelajar meluat KUIN

Mereka memberi informasi berunsurkan hasutan dan provokasi agar pelajar marah.

Dulu berpindah randah , tak kata apa pun
Dulu asrama tak ada kebajikan tak kata apa pun
Dulu yuran naik tak kata apa pun
pendek kata apa yang Jamil buat semua ... OK Bosss

Saya mencadangkan BERSIH KUIN buat strategi baru dan projek kali ini dinamakan C.D.G .

CARI - DEDAH - GEMPUR

AKEEEF KMM

Friday, 12 July 2013

TIADA KULLIYYAH DI KUIN DITUTUP : MASA DEPAN PENGAJIAN PELAJAR BERJALAN SEPERTI BIASA

Ada pihak-pihak tertentu cuba mengambil kesempatan untuk memburukkan keadaan dalam KUIN dengan mengapi-apikan bahawa terdapat beberapa Kulliyyah ditutup seperti Perubatan, Kaunseling dan Multimedia.

Semua tanggapan ini adalah tidak benar dan merupakan khabar angin sahaja.

Menurut sumber dalam KUIN tiada kulliyyah ditutup  bahkan semua akan berjalan seperti biasa. Kulliyyah yang dahulunya di bawah Holdings kini diserapkan di bawah KUIN seperti:

Kulliyyah Multimedia di bawah Insan Maya Sdn Bhd diserap di bawah Kulliyyah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat.

Kulliyyah Hospitaliti di bawah Insan Hospitality Sdn Bhd ditadbir semula oleh KUIN.

Insan Fasih Sdn Bhd di kendalikan semula oleh Pusat Bahasa KUIN.

Program Kaunseling yang berada dalam Insaniah Holdings Sdn Bhd dikembali diletakkan di bawah Pusat Pengajian Kaunseling KUIN.

Kulliyyah Medic dalam perbincangan untuk menyelesaikan masalah kewangan dan penggajian terutama yang melibatkan pensyarah.

Perubahan yang ada adalah suatu penambahbaikan di atas kecelaruan pentadbiran dan kewangan yang dilakukan di zaman lampau. Admin tak mahulah mengungkit dan mendedahkan masalah dalaman tersebut kerana sekarang adalah masa untuk membetulkan keadaan.

Mahu atau tidak sesiapa yang mengambil alih pentadbiran KUIN pasti akan menghadapi masalah bagaimana ingin membetulkan keadaan. Pembaharuan pentadbiran akan mengambil masa beberapa bulan kerana pentadbiran yang lama adalah selama 5 tahun terutama yang melibatkan kerumitan Insaniah Holdings Sdn Bhd.

Kesimpulannya ialah  tiada pelajar akan teraniaya dalam perubahan pentadbiran ini. Perubahan  - perubahan yang ada hanya melibatkan polisi baru Kerajaan baru. Pelajar akan belajar seperti biasa dan akan tamat dalam bidang pengajian masing-masing.

Harap ini dapat memberi penjelasan kepada awam agar tidak terpengaruh dengan provokasi dan khabar-khabar yang berlegar di alam maya.

Thursday, 11 July 2013

BERITA KEBAJIKAN KUIN DIBELA DALAM TV 3 BULETIN UTAMA

Pada 9 Julai 2013 beritan gembira buat kakitangan KUIN apabila hak dan kebajikan mereka dikembalikan apabila semua pekeliling kenaikan gaji telah diluluskan oleh pihak Kerajaan negeri Kedah dan KUIN diisytiharkan sebagai Badan Berkanun. Klik untuk menonton berita BULETIN UTAMA TV 3


KUIN SUBSIDIARY STAFF GET NEW JOBS


SUMBER : NST.COM.MY

ALOR STAR: Twenty-six supporting staff of Insaniah Holdings, a Kolej Universiti Insaniah (Kuin) subsidiary, will start their new jobs at the state-owned university college soon.

    Their appointment letters have been handed over by Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir, who is also Kuin chairman, to a staff representative during his surprise visit to the main campus in Kuala Ketil here on Monday.
    They will receive the same perks and monetary rewards as other Kuin lecturers and staff once the institution is converted into a statutory body.
    Kuin public relations department director Azki Hafizi Ibrahim said the move to absorb the general workers, who are mostly single mothers, into Kuin proved that the state government was living up to its promise to look after the welfare of Insaniah Holdings' staff.
    It was reported that Kuin had been ordered to stop injecting funds into its subsidiary, set up by the former Pas-led state government, as it had became a bane to the institution.
    Investigations have revealed there were irregularities in the running of the company, which was established to generate more funds for Kuin.
    However, instead of achieving its aim, it had landed the university college into deeper financial difficulties.
    Maznah Din, 50, who worked as a cleaner at Insaniah Holdings, said she had been losing sleep since she heard the company would be out of business soon.
    "I was worried thinking of what would happen to my children, who are in primary and secondary schools.
    "Thanks to Datuk Mukhriz Mahathir and Kuin acting rector Datuk Che Barni Mohd Nor, I now have a new job with better pay and benefits," she said here yesterday.
    Sharing her sentiment was another supporting staff, Amnah Omar, 48. Amnah said she, too, was thankful to the state government for absorbing the workers.
    "Most of us had been having problems with late salary payments before Barisan Nasional took over the state government in May.
    "I am thankful that the state government has solved our problems in less than three months."

    26 PEKERJA INSANIAH HOLDINGS DISERAP SEBAGAI KAKITANGAN KUIN

    Dato Mukhriz menyampaikan surat tawaran kepada pekerja kebersihan 
    ALOR SETAR, 10 Julai (Bernama) -- Keputusan kerajaan Kedah menjadikan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) sebagai badan berkanun turut dinikmati 26 pekerja Insaniah Holdings Sdn Bhd yang diserap sebagai kakitangan tetap.
    Pengarah Perhubungan Awam Kuin Muhammad Azki Hafizi Ibrahim berkata mereka yang terdiri daripada pekerja penyelenggaraan dan kebersihan itu akan menikmati semua kemudahan sebagai anggota sebuah badan berkanun.
    Beliau berkata surat pelantikan pekerja itu diserahkan sendiri Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Kuin kepada wakil mereka Salim Baharom pada perjumpaan dengan kakitangan Kuin baru-baru ini.
    "Pelantikan ini menandakan kerajaan negeri juga prihatin dengan kebajikan kakitangan anak syarikat milik Kuin kerana antara mereka ialah ibu tunggal yang mempunyai tanggungan.
    "Pengurusan Kuin berharap pelantikan ini menggembirakan semua pihak terlibat terutama dalam menyambut bulan Ramadan al Mubarak ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
    Semalam, Mukhriz ketika mengumumkan institusi pendidikan swasta milik kerajaan negeri itu dijadikan badan berkanun, berkata tindakan itu bermakna semua kakitangan Kuin bakal menikmati enam kelebihan antaranya kenaikan gaji 13 peratus mengikut Sistem Saraan Malaysia (SSM) dan mengguna pakai Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012.
    Sementara itu, seorang pekerja terlibat yang ditemui melahirkan kesyukuran dan berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional Kedah yang diterajui Mukhriz kerana tidak mengenepikan golongan bawahan.
    Pekerja pembersihan, Amnah Omar, 48, berkata Insaniah Holdings mengalami masalah kewangan sehingga gaji mereka tidak dibayar dan Kuin tampil menyelesaikan masalah itu.
    "Saya dan rakan-rakan sangat lega dengan keputusan kerajaan Kedah menyerap kami sebagai kakitangan tetap Insaniah Holdings," katanya.
    -- BERNAMA

    Wednesday, 10 July 2013

    100713 - NST . THE STAR . KOSMO . METRO . GUANG MING DAILY


    Harian Metro : Setempat


    NSTP Prime News

    Guang Ming Daily News



    Kosmo

    100713 - SINAR HARIAN :KUIN UBAH STATUS BAGI KEMBALIKAN HAK DAN KEBAJIKAN KAKITANGAN




    Sinar harian : Muka hadapan 
    ALOR SETAR - Seluruh kakitangan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) menerima berita gembira apabila Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir mengumumkan kerajaan negeri dan Lembaga Pengarah Kuin bersetuju menjadikan kolej universiti itu sebagai sebuah Badan Berkanun negeri.

        
    Pengarah Jabatan Perhubungan Awamnya, Muhammad Azki Hafizi Ibrahim berkata Mukhriz mengumumkan perkara itu pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kakitangan Kuin di sini petang semalam.
        
    Muka 20 : Utara semuka penuh
    "Ini secara tidak langsung menjawab semua tohmahan dan menamatkan khabar-khabar angin yang mendakwa kononnya Kuin bakal diswastakan dan kakitangan Kuin tidak dibayar gaji," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.