Pages

Friday, 12 July 2013

TIADA KULLIYYAH DI KUIN DITUTUP : MASA DEPAN PENGAJIAN PELAJAR BERJALAN SEPERTI BIASA

Ada pihak-pihak tertentu cuba mengambil kesempatan untuk memburukkan keadaan dalam KUIN dengan mengapi-apikan bahawa terdapat beberapa Kulliyyah ditutup seperti Perubatan, Kaunseling dan Multimedia.

Semua tanggapan ini adalah tidak benar dan merupakan khabar angin sahaja.

Menurut sumber dalam KUIN tiada kulliyyah ditutup  bahkan semua akan berjalan seperti biasa. Kulliyyah yang dahulunya di bawah Holdings kini diserapkan di bawah KUIN seperti:

Kulliyyah Multimedia di bawah Insan Maya Sdn Bhd diserap di bawah Kulliyyah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat.

Kulliyyah Hospitaliti di bawah Insan Hospitality Sdn Bhd ditadbir semula oleh KUIN.

Insan Fasih Sdn Bhd di kendalikan semula oleh Pusat Bahasa KUIN.

Program Kaunseling yang berada dalam Insaniah Holdings Sdn Bhd dikembali diletakkan di bawah Pusat Pengajian Kaunseling KUIN.

Kulliyyah Medic dalam perbincangan untuk menyelesaikan masalah kewangan dan penggajian terutama yang melibatkan pensyarah.

Perubahan yang ada adalah suatu penambahbaikan di atas kecelaruan pentadbiran dan kewangan yang dilakukan di zaman lampau. Admin tak mahulah mengungkit dan mendedahkan masalah dalaman tersebut kerana sekarang adalah masa untuk membetulkan keadaan.

Mahu atau tidak sesiapa yang mengambil alih pentadbiran KUIN pasti akan menghadapi masalah bagaimana ingin membetulkan keadaan. Pembaharuan pentadbiran akan mengambil masa beberapa bulan kerana pentadbiran yang lama adalah selama 5 tahun terutama yang melibatkan kerumitan Insaniah Holdings Sdn Bhd.

Kesimpulannya ialah  tiada pelajar akan teraniaya dalam perubahan pentadbiran ini. Perubahan  - perubahan yang ada hanya melibatkan polisi baru Kerajaan baru. Pelajar akan belajar seperti biasa dan akan tamat dalam bidang pengajian masing-masing.

Harap ini dapat memberi penjelasan kepada awam agar tidak terpengaruh dengan provokasi dan khabar-khabar yang berlegar di alam maya.