Pages

Monday 29 July 2013

MPM TELAH DIAJAK BERBINCANG , TAPI PILIH BUAT DEMO ?

Pihak KUIN telah menerima surat dan memorandum daripada Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIN (MPM) mengenai cadangan MPM agar menangguhkan perpindahan kuliah Muamalat ke selepas sem satu ini tamat.

Pihak KUIN dengan hikmah yang ada telah membuat temu janji tanda memberi respon terhadap surat Presiden MPM akan bertemu dengan Presiden pada minggu ini untuk berbincang hal yang berkaitan kebajikan pelajar yang disuarakan MPM kepada pihak Pengurusan KUIN. Temujjani ini telah dibuat semenjak minggu lepas lagi.

Namun , kalau beginilah sikap pelajar yang mahu mempermainkan pihak pengurusan yang sedia berbincang dengan MPM tetapi terus buat demo ... bagi admin tak perlulah berbincang, kerana seolah-olah di belakang pelajar sudah ada parti politik dan orang politik yang sedang mencaturkan mereka. Pelajar hanya boneka yang dimainkan oleh orang politik.KUIN buat apa mesti tak akan betul

Menurut pelajar yang menyokong BERSIH KUIN yang turut hadir memaklumkan, dalam demo hari ini ada juga sebahagian exco MPM yang turut hadir memberi sokongan. Apa erti semua ini ? Berbincang hanyalah umpan untuk menutup kelemahan MPM sahaja.